Khamis, 6 Mac 2014

EKO PELANCONGAN KUALA SEPETANG

             Pada 2hb Mac menunggu panggilan handphone dari En Azhar Pensyarah Kolej Antarabangsa Teknologi Cybernetic Kuala Lumpur.Lebih kurang jam 1 petang mereka sudah sampai dan terus makan Mee Udang Banjir Kedai Mak Jah.Aktiviti atas kehendak pelajar dan terpaksa membahagikan kepada 2 grop dengan trip pertama River Cruise perkampungan nelayan 1jam dan Aktiviti nelayan ke Kuala Sangga 2 jam.
             Aktiviti menyauk kerang dan memancing agak sukar dalam keadaan air pasang agak besar,sahabat saya Ah Leong terpaksa mengubah bot untuk mencari tempat yang ada ikan,namun tak sia-sia kerana seekor ikan duri setengah kilo dapat dinaikan pada minit-minit akhir aktiviti.Selepas selesai kami bertolak balik pada pukul 5 petang sampai di jeti sempat bergambar beramai-ramai.
             Ketika saya bersiap mengangkut batang pancing ada seorang pelancong melayu memberhentikan kereta bertanya tentang pakej yang saya tawarkan.Setelah berbincang dia berkata pakej yang auti cina murah lagi dari saya,padahal saya dah bagi diskaun padanya.Saya cakap,kalau begitu pergilah naik dengan cina tu..dia tak nak...Dia kata nak naik bot dengan saya dan minta kurang lagi rm10 ringgit. Namun saya mengalah sebab saya terbaca dalam nasihat Utzah masa kat jeti..katanya..rezeki biar sedikit asalkan berkat..
So saya layan jugak 2jam sampai habis kira-kira jam 7 petang.Terima Kasih pada En Azhar dan pelajar-pelajar tahun akhir di kolej beliau kerana sudi mengikuti pakej yang Kuala Sepetang Eco Tourism sediakan..ada rezeki kita jumpa lagi..bye..bye




               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...