Khamis, 10 April 2014

IKAN LUMBA-LUMBA KUALA SEPETANG

          Pada lawatan kali ini rombongan dari SMK Sultan Omar dari Dungun Terengganu melawat dibawah pakej Kuala Sepetang Eco Tourism.Kehadiran 24 pelajar istimewa serta 5 orang guru  ini diketui Cikgu Azram bermula dari Bukit Merah,Bukit Larut dan Kuala Sepetang.
          Lawatan pertama dibawah kendalian saya bermuala di Muzium Ngah Ibrahim,Kilang Arang,Hutan Eco Pendidikan,naik bot memancing, melihat kelip-kelip dan makan malam di Kedai Mee Udang Banjir Mak Teh.
 
Kenangan yang sukar dilupakan adalah bertemu dengan ikan lumba-semasa aktiviti river cruise.
Air hari ni memang cantik,tenang dan jernih kehujauan.Yang menyeronokan.. apabila dapat melihat Ikan Dolphin bermain-main depan bot kami seolah-olah menyambut ketibaan kami.Belum saya temui ikan sebanyak ini sepanjang bawa pelancong,malah muncul di tepi bot saja.Kalau nak dikira melebihi 15 ekor sebab muncul dalam 3-4 dalm kumpulan kecil.
          Saya risau cuaca mendung,sebab sehari dua ini cuaca tak menentu kejap hujan kejap mendung.Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Saya amat bersyukur kerana dapat mengembira mereka anak-anak istimewa ini...,mungkin dengan kehadiran mereka Allah permudahkan segala urusan..disebalik kekurangan mereka ada kelebihan yang kita tidak ketahui.Begitu juga cabaran guru-guru yang mendidik mereka ini..perlukan kekuatan dan kesabaran ..Ganjaran juga hanya Allah yang lebih mengetahui.
         Balik dari aktiviti memancing kami terus ke Sungai Sepetang untuk melihat kelip-kelip.Selesai semua aktiviti perut pun dah lapar kami singgah untuk makan malam di Me Udang Banjir Mak Teh.Majlis selesai selepas pertukaran cenderahati dengan pelajar.
Link SMKSO Dungun Terengganu..http://istimewapkbpsmkso.blogspot.com/

                                                   Ikan Dolphin menunjukan rupanya yang cute

Atas Bot Kakap Tua

Pertukaran Cenderahati
Tanda terima kasih bersama pelajar dan Cikgu Azram


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...