Khamis, 2 April 2015

TEMPAT TUMPUAN KAJIAN MARITIM DAN SAINS MARIN-KUALA SEPETANG

MUARA KUALA SEPETANG JADI TUMPUAN KAJIAN DAN PENYELIDIK IPTA
Coretan sepanjang trip menyiapakan tugasan penyelidik dari UMT

Pensyarah Fakulti Pengajian Maritim dan Sain Marin Universiti Malaysia Terengganu Pror. Dr. Satya yang mengetuai penyelidikan telah menginap di Jabatan Hutan Kuala Sepetang selama seminggu bagi menyiapakan tuagasan dibantu 2 lagi pensyarah bersama 22 pelajar 13 buah Negara.Perbincangan bot dengan jabatan hutan menemui kegagalan,ketika itu saya dipanggil bagi membantu member perkhidmatan bot sepanjang trip berlangsung.

Saya cuba memberi perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan memandangkan bot tidak menerima tempahan dari mana-mana pihak ketika itu.Setelah semua pihak bersetuju,malam pertama membawa semua pelajar untuk melihat keindahan kelip-kelip di Sungai Sepetang pada malam tersebut.Pelajar semua teruja melihat keindahan kelip-kelip yang tidak pernak melihat sebelum ini.



Hari kedua,bermula dengan taklimat dalam bilik mensyuarat,makan tengahari dan menaiki bot bersama peralatan selepas waktu zohor kira-kira jam 2 petang.Saya tidak dapat untuk join trip kerana ada tugasan di Hotel Pedana,menyerahkan tugasan pada sahabat baik saya Sham Masid yang mengetui konvoi bot juga sebagai guide pada hari tersebut.

Port yang dituju pada hari itu di muka laut Kuala Sangga untuk meletakan pengesan seperti torpedo untuk mengesan tekanan dan arus air pasang surut.Selepas itu mereka masuk kehutan bakau mencari spises yang hidupan dan eco system hutan bakau yang menyesuaikan diri dengan air masin.
Pada hari seterusnya pergi ke Pulau Kuala Sangga melihat kehidupan komoniti cina yang terasing dari tanah besar semata-mata mengguinakan bot sebagai pengangkutan.Kebetulan pula dapat berjumpa dengan ketua kampong dapat mengongsi ilmu dan maklumat masyarakat di sini.Masyarakat disini yang bekerja nelayan sepenuh masa serta menghasilkan produk hasil laut.
PERALATAN YANG DIBAWA

Mempunyai sebuah sekolah SJKC Poay Chee,10 orang guru serta 25 orang murid sahaja.Rumah mereka mempunyai palong tadahan air hujan dan sumber letrik menggunakan generator.Ramai anak-anak mereka yang telah bekeluarga berhijrah ke bandar.Yang tinggal hanya orang tua serta anak yang sanggup meneruskan kerja sebagai nelayan.

Sesekali apabila sambutan Tahun Baru Cina barulah ramai anak-anak mereka balik mejengok orang tua mereka di sini.Apabila hujung minggu dan cuti sekolah ramai pelancong datang kesini dengan menaiki bot pelancong menikmati keindahan laut serta melihat kehidupan nelayan yang terasing di mana dengan menaiki bot mengambil masa 30 minit untuk sampai.
Kuala Sepetang yang menjadi daya tarikan pelancong merupakan icon pelancongan yang semakin mendapat perhatian ramai pengunjung datang ke sini.Saya melihat tahun demi tahun kedatangan pelancong semakin meningkat salah satunya di sini adalah distinasi bajet yang seua orang mampu beriadah ke sini.
Berbalik kepada penyelidikan UMT,kami bersyukur semua trip berjalan lancar menggunakan bot selama 5 hari bagi meyelesaikan tugasan penyelidikan di sini.Profesor amat-amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan semua pelajar enjoy dan sasaran yang dicari tercapai

SEKOLAH DI PULAU SANGGA

Saya pun tidak menyangka saat untuk berpisah ketika mereka hendak bertolak ke Setiu Terengganu kesedihan menyelubungi kawan-kawan bersama pelajar Pak Abu,Sham dan semua yang terlibat.

Kata-kata terakhir dari Prof. Satyia saya akan datang lagi bawa pelajar dengan menggunakan perkhidmatan kami sebagai guide dan bot pada trip penyelidikan akan datang.
Sehari selepas itu dari Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Malaya pula datang buat kajian.Sebelum ini Dr.Yoki dari Jepun,Pensyarah dari Indonesia dan bayank lagi yang saya tak ingat.
Apa pun terima kasih pada semua yang datang buat kajian dan penyelidikan di sini.
Ada rezeki kita jumpa lagi....FB Mohd Jusri Yusof

                                         Prof Satya(tengah)Azeman dan Sham
                                          
JETI