Khamis, 25 Jun 2015

PAKEJ DISTINASI BAJET NEGERI PERAK-SMK TMN MELAWATI

Saya ingin mencadangkan supaya anda di luar sana cuba datang ke Kuala sepetang yang saya maksudkan sebagai distinasi yang dicari.Sekarang nama Kuala Sepetang mulamenempa nama di persada Malaysia sebagai distinasi percutian yang memiliki eco system hutan bakau yang menarik dan cantik.
Perjalanan dengan kenderaan dari Kuala Lumpur hanya menyambil masa 4 jam dengan meyusuri tol Bkt Gantang/Changkat Jering.Dari tol tersebut hanya 15km sahaja ke sini,yang mana kebiasaan keluarga memilih untuk menikmati me udang banjir yang popular dengan udangnya yang besar dan banyak.Bila ditanya me udang mana yang sedap,saya tak dapat nak beri jawapan sebab rasa terletak pada selera dan rasa masing-masing.Cuma saya dapat ceritakan lokasi serta nama kedai sahaja,mula-mula jumpa Me Udang Mak Teh di Kg Tebuk,Me Udang Mak Jah di Kg Menteri dan e Udang Salleh Stall di pekan Kuala Sepetang yang mula-mula menjual me udang.
Ramai pengunjung yang datang pada musim cuti sekolah dan hujung minggu.Selain itu ada beberapa produk eco pelancongan di sini selain mee udang termasuk kilang arang.Pusat Eco Pelajaran,bot River cruise dan lain-lain lagi.Tidak ketinggalan sejarah keretapi juga bermula di sini suatu ketika dahulu.Buka saja keluarga,saya juga menerima tempahan dari pihak sekolah dan IPTA untuk membuat lawatan sambil belajar dan merasai aktiviti nelayan di sini.Kebiasaannya jadual lawatan,penginapan,makan minum serta aktiviti sudah pun saya susun mengikut kehendak guru atau pensyarah rombongan.

Bagi memudahkan tugasan kami di sini menyediakan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan pemandu pelancong yang berpengalaman serta bertauliah akan mengiringi pelajar yang terlibat sepanjang lawatan.

Sekolah yang baru selesai membuat lawatan adalah SMK Taman Melawati Kuala Lumpur yang diiringi oleh cikgu Zaila dan dibantu oleh 3 lagi guru iringan.Target yang sukar adalah mencari  dolphin di perairan Sungai Sangga ke Selat Melaka.Saya akan terkejut apabila ibubapa murid yang inginkan anak-anak mereka dapat melihat dolphin.
Kebiasaan saya jumpa pada waktu tengahari ketika mamalia tersebut mencari makan.Pada Jam 11.30 pagi saya terpaksa menghentikan aktiviti di hutan bakau untuk memilih menaiki bot dan aktiviti bakau bersambung selepas waktu zohor.

Setelah berdoa sebelum bertolak saya nasihatkan pelajar jangan terlalu exciterd dan niat di hati untuk melihat dolphin timbul di permukaan air.Syukur ..Alhamdulillah ketika kami sampai di simpang sungai Sangga Kecil kelihatan mamalia tersebut timbul dipermukaan air betul-betul depan bot yang saya naik.
Bot dibelakang cuba mengejar ada yang sempat dan ada yang tidak,sebab kami guna 3 bot bersama 40 orang peserta semuanya.Selepas itu kami terus ke Kuala Sangga untuk merasai sendiri menyauk kerang seperti nelayan kerang.



Pada waktu malam majlis penutup disudahi dengan persembahan pelajar dan penyampaian cenderahati.
Keesokan hari pelajar bertolak ke Industri Labu Sayong di Kg Dall Kuala Kangsar.Melihat cara menghasilkan labu sayong dan membeli sedikit cenderahati untuk dibawa balik.Selepas itu saya hantar mereka ke Galeri Sultan Perak sebagai penamat lawatan.Saya cadangkan tidak pergi ke Dataran Sg Perak sebab kesibukan hari minggu sukar mengawal pelajar serta tiada tempat meletak kenderaan seperti bas rombongan.
Selepas itu bas terus menyusuri lebuhraya dan singgah di RnR Sg Perak untuk makan tengahari dan terus pulang ke Kuala Lumpur.Saya dimaklumkan mereka sampai si sekolah pada jam 6.30 petang ada ibubapa sudah pun menunggu untuk menjemput anak-anak balik kerumah dengan membawa kenangan menarik dari  Kuala Sepetang.
   


TERIMAKSIH SEMUA GURU DAN PELAJAR SMK TMN MELAWATI
JUMPA LAGI JIKA ADA REZEKI