Rabu, 16 September 2015

PENINGKATAN PELANCONG DI KUALA SEPETANG

Kuala Sepetang merupakan kawasan agak terpencil di daerah Matang yang terkenal dengan makanan me udaang banjir.Saya mula menjadi seorang guide secara sambilan pada tahun 2010.Selepas mendapat lesen Nature Guide baru saya bergiat aktif dalam eco pelancongan ini.

Sepanjang saya menjadi guide di Kuala Sepetang ini saya amat terkejut dengan jumlah kehadiran pelancong yang meningkat dari tahun ketahun yang berikutnya.Baru-baru ini saya menghadiri mensyuarat pengusaha pelancongan bersama MPT,Eco pelancongan di sini mula mendapat perhatian PBT dan kemmenterian berkaintan,termasuk juga Jabatan Laut kerana pertambahan bot pelancong yang meningkat secara mendadak.

Saya juga terima statistik carta kehadiran pelancong ke sini dari tahun 2010 dari pihak Pelancongan MPT.


  • TAHUN 2010          16 000 PELANCONG         BOT PELANCONG      3   BUAH BOT
  • TAHUN 2013          22 000 PELANCONG         BOT PELANCONG      10 BUAH BOT
  • TAHUN 2014          46 000 PELANCONG         BOT PELANCONG      20 BUAH BOT
Sejak akhir-akhir ini jugak saya bawa media elektronik membuat pengambaran termasuk TV3,NTV7,Astro dan RTM.Ada juga media masa yang memaparkan artikel berkenaan tempat-tempat menarik serta produk eco pelancongan menarik ramai pelancong untuk datang melawat.

                                                       KELONG SANGKAR IKAN

Salah satu produk baru adalah sangkar ikan untuk pelancong melawat dan memberi ikan makan.Pada mulanya saya sekadar memberi cadangan pada Ah Pin taukeh sangkar untuk membina sangkar ikan bagi pelancong singgah.Namun bila siap, bukan saja saya hantar pelancong ke sini,ada ramai pengusaha bot pelancong yang turut bawa pelancong singgah untuk melihat ikan dalam sangkar.



Selain itu tempat ini juga terkenal dengan sejarah keretapi pertama di Tanah Melayu pada ketika itu 1885 di bini di sini.Tujuannya adalah untuk menghantar bijih timah dari Taiping ke Port Weld sebagaai pelabuhan memindahkan hasil bumi dari Tanah Melayu ke British.

Produk arang kayu yang dikomersialkan dari kayu bakau jugak merupakan produk terbaik disini juga mendapat perhatian pengunjung.Kebiasaan pelancong akan singgah untuk melihat kilang arang di tepi jalan sebelum sampai ke pekan Kuala Sepetang,sebab ianya dekat dan mudah untuk pelancong datang melawat.


Sebagai kesimpulannya,semua pihak perlu bersatu tenaga bagi mempromosi dan membangunkan produk eco pelancongan bagi menambah pendapatan komuniti setempat dan negara.Kesempatan yang ada perlu direbut bagi menjana ekonomi penduduk yang majoritinya nelayan,agar taraf pendapatan dapat dinaikan untuk memajukan ekonomi pada masa akan datang.

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...