Isnin, 26 Disember 2016

TAHUN MELAWAT PERAK 2017

Sempena tahun melawat Perak 2017 promosi perlu proaktif bagi menarik ramai pelancong untuk berkunjung ke tempat-tempat menarik di negeri Perak.Walaupun Kuala Sepetang agak dipinggirkan oleh sesetengah pihak namun kehadiran pelancong semakin meningkat setiap tahun bukan saja pelancong domestik termasuk juga pelancong dari luar negeri.

Perak merupakan negeri yangagak  besar yang mana banyak tempat-tempat menarik untuk diterokai dan dijelajahi.Bagi saya penggiat industri perlu bergiat aktif secara berterusan tanpa mengharap pihak pelancongan untuk mempromosi tempat yang mempunyai produk yang cantik dan semualajadi.


Antara tempat yang perlu diambil perhatian adalah:
-Bukit Gantang
-Kuala Sepetang
-Batu Kurau
-Bagan Serai
-Semanggol
-Grik
-Lenggong
-Teluk Intan
-Segari
-Teluk Batik
-Tanjung Malem
dan banyak lagi yang tidak tersenarai

Tahun 2017 kerajaan lebih beri tumpuan pada 3 negeri iaitu Negeri Perak,Pahang dan Terengganu sempena tahun melawat negeri tersebut.Jika dapat berpeluang saya bercadang untuk bercuti dengan cara bersendirian ke negeri Terengganu iaitu Pualau Perhentian.


Saya amat berharap semua pihak bergembling tenaga bagi merealisasikan peningkatan kehadiran pelancong semakin bertambah.Kami juga menyediakan pelbagai pakej dan aktiviti untuk pelancong berkumpulan secara rombongan atau yang bekeluarga.Memberi perkhidmatan yang terbaik adalah tema syarikat bagi memberi kepuasan kepada semua pelancong yang menggunakan perkhidmatan kami.