Khamis, 12 Oktober 2017

PEMANDU PELANCONG KUALA SEPETANG

RINGKASAN SINOPSIS PERJALANAN KARIER
SEBAGAI PEMANDU PELANCONG
TAHUN 2012
Pada tahun ini saya memulakan tugas pemanduan secara sambilan dan baru belajar cara-cara untuk menguruskan pelancong ketika hujung minggu sahaja.Walaupun tugasan ini masih baru,tapi saya amat berminat dengan tugasan outdoor ini.Pengalaman dalam ATM sekuarang-kurang dapat dipraktik dan dikongsikan bersama mereka yang memerlukan.



TAHUN 2013
Memulakan kerjaya sepenuh masa sebagai pemandu pelancong alam semulajadi setelah,berjaya memiliki lesen Pemandu Pelancong Alam Semulajadi pada penghujung tahun 2013. Di daerah ini Larut Matang ini hanya 2-3 orang saja yang memiliki lesen pemandu pelancong alam semulajadi termasuk saya.Banyak yang perlu saya belajar tentang hutan paya laut dari Jabatan Hutan Kuala Sepetang,yang mana ilmu tersebut perlu didalami bagi memudahkan penerangan pada pelancong dan pelajar yang datang menggunakan perkhidmatan saya.



TAHUN 2014
Oleh kerana ada permintaan untuk program outdoor dan teambulding,saya memerlukan tambah nilai dalam kerjaya, dengan menghadiri kursus Asas Reakrasi di Kedah.Dengan lulusnya kursus ini saya dapat pentaulihan sebahagi jurulatih reakrasi untuk mengendalian tugasan baru yang selari dengan tugasan pemandu pelancong. Tambahan pulak pihak guru dan ketua rombongan lebih berkeyakinan untuk mengambil saya bagi mengendalikan program outdoor apabila memiliki Sijil Jurulatih Reakrasi.


JUL 2015
Menerima pencalonan dari Majlis Perbandaran Taiping yang memilih saya untuk  Anugerah Pemandu Pelancong Negeri Perak pada bulan November.Walaupun sekadar calon saya berasa amat teruja dan tak mengharapkan untuk menang, sebab saya masih baru dalam bidang eko pelancongan ini.Terima kasih pada pihak MPT yang memilih saya untuk percalonan itu dan saya terpilih untuk memenangi anugerah tersebut yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak.Penutup tahun 2015 pula, saya mendapat pengiftirafan dari PERHEBAT(Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera)Kem Sg Buluh dimana saya di panggil untuk menerima Anugerah Mentor Usahawan Eko Pelancongan PERHEBAT 2015 oleh Menteri Pertahanan Dato Seri Hishamudin bin Tun Hussain.Bagi saya anugerah dari Tourism Perak yang membolehkan saya mendapat kepercayaan dari pihak PERHEBAT untuk anugerah ini.Saya amat bersyukur dan berterima kasih pada yang meyokong karea saya ini.2015 sukar dilupakan banyak kenangan pahit dan manis dalam menempuhi bidang yang agak mencabar  ini.Tahun ini juga merupakan tugasan terbanyak saya sepanjang bertugas sebagai pemandu pelancong alam semulajadi



TAHUN 2016
Tahun 2016 Kementerian Pelancongan memilih Kuala Sepetang sebagai salah satu kluster pembangunan Eko Pelancongan Kebangsaan.Persatuan Eko Pelancongan terlibat sebagai ahli mensyuarat pada kluster tersebut.Sebagai pengerusi persatuan saya berusaha juga untuk luangkan masa bagi menghadiri mensyuarat tersebut yang diadakan di beberapa kali di Ipoh dan juga Putrajaya.
Pada penghujung tahun 2016 saya menerima surat panggilan untuk berkursus di bawah INSKEN(Institut Keusahawanan Negara) untuk menjadi seorang biskaunselor INSKEN.Antara ramai biskaunselor INSKEN saya seorang sahaja dalam bidang pelancongan.
Sepanjang bertugas sebagai biskaunselor,pihak INSKEN beberpa kali membawa saya program outreach membantu usahawan termasuk di Tawau,Kuala Terengganu dan terbaru di Ipoh Perak.



TAHUN 2017
Pada 2017 saya diberi kepercayaan oleh INSKEN untuk membantu usahawan eko pelancongan dalam membangunkan projek pembangunan MODAL INSAN, membimbingan bagi memajukan kem untuk pendaki Gunung Trusmadi di Sinua Keningau Sabah.Saya dan pegawai INSKEN akan ke Keningau, sebulan sekali bagi memberi tunjuk ajar serta menaikan industri eko pelancongan disana
Pada tahun NCIA(Koridor Utara) memilih saya diantara usahawan dibawah bimbingannya untuk bertemu Perdana Menteri di Putrajaya.Amat teruja atas pilihan tersebut yang mana saya seorang sahaja dalam bidang eko pelancongan berbanding dengan 20 orang dari pelbagai bidang keusahawanan.Saya melihat bidang pelancongan merupakan salah satu industri penjana ekonomi Negara yang mendapat perhatian dari Perdana Menteri.
Kenangan manis,.2017 kami menerima tempahan lawatan dari Deligasi Kementerian Perhutanan dan Perikanan Myanmar.Mereka seramai 18 orang yang diketuai Ketua Pengarah Perhutanan sebab menteri mereka yang mana tidak dapat hadir.Mereka menggunakan perkhidmatan kami untuk lawatan tersebut serta mempelajari selok-belok pengurusan hutan bakau,kerana di Kuala Sepetang pernah memenangi pengurusan hutan bakau terbaik dunia.Apabila saya bertugas mengendalikan lawatan dari luar Negara,perkara utama adalah imej Negara Malaysia perlu dijaga.Mereka amat berpuashati dengan perkhidmatan kami selama 4 hari 3 malam di sini.
Semoga kecemerlangan ini akan diteruskan..dengan tidak menharap apa-apa balasan dan penganugerahan.Terus buat yang terbaik demi Negaraku Malaysia.



.