Isnin, 9 Disember 2019

PAKEJ KUALA SEPETANG KE BAN PECAH KUALA KURAU

JOM TEROKAI PAKEJ BARU KAMI

Pakej ke Kuala Kurau mula mendapat permintaan apabila kami mempromosikan lokasi baru untuk pelancong.Lokasi terletak di pinggir laut yang diberi nama BAN PEAH KUALA KURAU.
Ban Pecah menjadi tumpuan pelancong pada setip petang,bagi menik mati suasana keindahan yang memiliki sedikit kelainnan dari lain-lain pantai.

Di sini kami boleh beri gambaran apabila kita mengadap ke utara laut terletak di sebelah kiri,,ban atau batas jalan sebelah kanan dan sebelah kanan jalan terletaknya sawah padi.Boleh jelas permandangan dengan melihat dari pandangan dron link yang kami siarkan di sini.

link video Ban Pecah Kuala Kurau
https://www.youtube.com/watch?v=sWjY3Kz17i8



Kami ke sini dah tak ingat berapa kali dan situasi permandangan sentiasa berbeza mengikut perubahan cuaca.Bukan hendak memuji destinasi disini,Permandangan memang cantik dan menarik


Permandangan Arah Sawah Padi

JADUAL LAWATAN KUALA SEPETANG KUALA KURAU
-PELANCONG DARI SINGAPURA











Ahad, 3 November 2019

KURSUS USAHAWAN EKO PELANCONGAN KUALA SEPETANG

Kursus ini Insken Industry Based Training
Kursus ini diadakan di Batu Kurau Perak

Gambardan testimoni dari peserta kursus








Assalamualaikum dan salam sejahtera, terutama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada coach Encik Jusry dan Puan Nora kerana telah banyak kongsikan banyak ilmu-ilmu baharu kepada kami dalam program tersebut. Program tersebut berlangsung pada 25,26,27 Oktober. Pada mulanya saya hadir kursus itu bertempat di Homestay Mawaddah, Kuala Kurau. Alhamdulillah semuanya terbaik sekali. Dari segi makanan, tempat tinggal dan pengurusan program tersebut. Dan jugak atas penyampaian ilmu tentang keusahawanan yang coach bagi pada hari tersebut. Pada 26/10/2019 kami melawat ke Kuala Sepetang(portweld). Disitu banyak pengetahuan baharu yang kami dapat, tentang proses kilang arang, jenis-jenis bakau dan cara bakau itu membesar. Terima kasih jugak kepada Encik Abu, kerana telah memberi maklumat yang lanjut tentang petumbuhan bakau-bakau yang ada di sana. Tak kurang jugak untuk hidangan makanan di Kuala Sepetang, Semuanya menarik dan mencukupi cita rasa kami. Pada hari terakhir 27/10/2019, sedikit lagi ilmu yang dikongsikan tentang pengurusan perniagaan dari coach Encik Jusry dan Puan Nora. Dan terima kasih untuk penyampaian sijil INKENS tersebut.





Isnin, 30 September 2019

NAIK BOT PELANCONG KUALA SEPETANG

RIVER CRUISE KUALA SEPETANG

Kami sedia membawa pelancong bersiar-siar di muara sungai Kuala Sepetang.Jika anda dapat menaiki bot di sini pelbagai flora dan fauna dapat di lihat di sekitar Sungai Sepetang ini.Pemandangan yang cantik dengan alam semulajadi masih kekal dari duhulu hingga ke hari ini.
Perkampungan nelayan yang padat serta memiliki sejarah tersendiri membuatkan ia satu tarikan pelancong disini.



Malah juga makanan laut yang sedap membuatkan ramai pengunjung memilih untuk makan me udang disini.Jika anda meniki bot bersama kami di Kuala Sepetang kami sediakan jekat keselamatan dan juga tour guide secara percuma.
Pentingnya tour guide adalah untuk memberi penerangan kepada pelancong untuk dapat mengetahui info yang menarik disini.

Ramai juga pelancong dari luar negara datang ke sini hanya ingin naik bot dan makan makanan laut yang sedap dan murah.Kami banyak juga terima tempahan dari pelancong luar seperi Australia,Sepanyol,Itali dan lain-lain negara.


Kami juga menerima tempahan untuk pakej dari pelajar IPTA dan sekolah dari dalam dan luar negara.Setakat ini anda tidak perlu risau dengan keselamatan yang terjamin dengan insuran dan permit serta lesen yang lengkap.
Boleh hubungi kami untuk sebarang tempahan.

012 6316132















Khamis, 18 Julai 2019

PENGANJURAN FAMILY DAY TOUR KE TAIPING DAN KUALA SEPETANG


Peserta Family Day daripada Kolej Kejururawatan Taiping JP 01/2001 yang telah memilih kami KSET sebagai pengurus program Family Day pada kali ini.Mereka pernah berkhusus di Kolej Kejururawatan pada 2001 dan ini merupakan Reunion kenangan masa berkursus dulu.
Program ini telah berjalan selama 2 hari 1 malam iaitu daripda 6 Julai 2019 (Sabtu) sehingga 7 Julai 2019 (Ahad). Seramai 4 orang telah menyertai rombongan Family Day ini dan ianya terdiri daripada 15 keluarga.
Program dimulakan pada 6/7/2019 dimana peserta Family Day bersarapan di homestay masing-masing dan kemudiannya berkumpul di perkarangan parkir Zoo Taiping untuk aktiviti pertama pada hari tersebut, iaitu melawat Zoo Taiping. Sebanyak 20 keping tiket dewasa dan 23 keping tiket kanakp-kanak telah ditempah  untuk sesi lawatan Zoo Taiping pada hari tersebut. Sesi lawatan dijalan selama 1 jam dimana peserta dibawa melawat mengelilingi seluruh kawasan Zoo Taiping dengan menggunakan train yang diediakan oleh pihak zoo.
Seterusnya, setelah melawat Zoo Taiping, peserta dibawa ke Kilang Spritzer untuk melawat dan melihat proses pembuatan air mineral jenama Spritzer. Disini, peserta diberi penerangan ringkas mengenai latar belakang kilang ini daripadda pegawai yang bertugas. Seterusnya, peserta dibawa masuk ke kawasan pemprosesan untuk sesi lawatan. Lawatan di dalam kawasan pemprosean berlangsung selama setengah jam. Selepas esi lawatan tamat, peserta dibawa ke Spritzer Ecopark yang terleta bersebelahan dengan kilang. Disini, peserta dapat menikmati pemandangan yang menghijau dan menikmati suasana yang mendamaikan. Selain menimati pemandangan yang mendamaikan, peserta juga dapat membeli ole-ole untuk dibawa pulang.


Dalam pukul 2 petang begitu, para perta berkumpul di terminal bas Taiping untuk menaiki bas rapid, bagi sesi seterusnya iaitu Taiping Heritage Trail, dimana para peserta dibawa pusing-pusing di bandar taiping selama 1 jam. Setelah selesai pusing bandar Taiping, para peserta dibawa ke keai Cndol yang terkenal di banddar Taiping iaitu Cendol Ansari. Peserta menikmati cendol tersebut dengan begitu berselera.
Setelah itu, peerta Family Day dibawa melawat ke Kilang Kopi Antong. Di kilang ini, para peerta diberian demonstrai secara live cara-cara membuat an memasak biji-biji kopi dan seterusnya para peserta diberi tester setiap jenis keluaran kopi untu dirasa oleh mereka. Seleai di kilang kopi, kami bertolak ke Kuala Sepetang untuk sesi river cruise.
Ketika sesi river ruise di Kuala Sepetang, para peserta dibawa menyusuri Sungai Sepetang dan melihat pemandangan yang indah di sungai tersebut. Para pesrta ddibawa untu melihat Ladang Ikan, Burung Helang , perkampungan nelayan dan lain-lain. Sesi ini mengambil masa sejam lebih untuk selesai. Setelah itu, peserta dibawa ke Kilang Arang, untuk menyaksikan sendiri proses pembikinan arang kayu dari awal hingga akhir proses.





Selesai di kilang arang, para peserta dibawa ke Restoren Mee Udang Mak Teh yang terkenal dengan kesedapan mee udangnya. Para peserta menikmati Mee Udang Mak Teh dengan penuh berselera. Selesai makan, peserta pulang ke homestay masing-maing untuk berehat.
Pada hari kedua (7 Julai 2019, Ahad), peserta bersarapan di homestay masing-masing dan seterusnya berkumpul di Taman Tasek Taiping untuk aktiviti Zumba an sukaneka. Aktiviti pada pagi tersebut dimulakan dengan aktiviti Zumba yang diketuai oleh Puan Fatin. Acara Zumba berlangsung selama 1 jam dan para peserta kelihatan begitu bersemangat ketika berzumba. Seterusnya, aktivitui pada hari tersebut diteruskan dengan acara sukaneka yang melibat seluruh ahli keluarga para peserta. Antara permainan yang dijalankan ketika acara sukaneka adalah Radio Karat, Kepit Bola, Belon Misteri, Belon Kasih Sayang, Berebut Kertas dan Sepak Botol. Acara sukaneka berjalan dengan lancar dan dipenuhi dengan gelak ketawa yang menceriakan.
Akhir sekali, setelah selesai sesi sukaneka, bergambar dan pembahagian hadiah kepada pemenang, peserta dibawa ke destinasi terakhir tour Family Day tersebut iaitu ke Burmese Pool. Peserta bermandi manda dan beriadah bersama keluarga dengan gembiranya.

Sesi tour Tamat dengan jayanya.




Isnin, 29 April 2019

KURSUS SURVIVAL BERSAMA RENJER


PENGANJURAN KURSUS SURVIVAL 

Kursus survival ini bagi mendidik agar seseorang itu mampu menjalani ikhtiar hidup bila tersesat di hutan berseorangan atau berkumpulan.Ilmu yang dikongsi oleh pasukan yang mahir selok-belok hutan iaitu Pasukan Renjer ATM yang terlatih dan berpengalaman.

Walaupun saya seorang bekas anggota tentera Artileri Para,namun ilmu survival saya masih perlu mendalami dengan mereka yang lebih pakar dalam bidang ini.Pengalaman berguru dengan Ketua Jurulatih dari 9RRD Kem Kamunting satu yang sukar dilupakan.




Saya bercadang ingin menganjurkan kursus survival ini bersama orang awam pada hujung tahun ini.Buat masa sekarang ini banyak perlu dibuat perancangan dengan beberapa Jurulatih mereka yang terlibat.Juga pemilihan lokasi sesuai serta jumlah peserta kursus.

Beberapa modul telahpun disusun atur bagi memberi tunjuk ajar dengan masa yang lebih teratur.Bagi memudahkan perjalanan kursus banyak perkara yang perlu dititikberatkan.




Modul yang dipilih bersesuaian selama 3 hari 2 malam dengan jadual yang tidak terlalu padat.Penting bagi pengurusan agar tiada penderaan atau tekanan pada peserta sepanjang kursus,dengan tumpuan lebih kepada perkongsian ilmu.




Modul termasuklah:

-Jungle Survival
-Membuat perangkap
-Survival cooking
-Belajar membuat pondok sementara
-Mengenali tumbuhan beracun/tidak beracun
-Cara keluar dari kawasan sesat
-Cara membuat api primitive
-Cara membaca kompas
-Cara membuat signal
-Teknik keselamatan di air



Kursus ini hanya mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja.Jika di utara tanah air lokasi adalah di Bt Kurau Taiping dan di Lembah Klang akan dilaksanakan di Gombak Selangor.
Peserta adalah berumur 18 tahun hingga 50 thn sahaja.Yuran pendaftaran tertakluk pada jumlah peserta yang akan sertai kursus survival ini.
Gambar dirakamkan semasa kursus di Kuala Kangsar pada 21hb hingga 23hb Apr 2019 yang lalu.
Jika ada pertanyaan boleh hubungi saya di no 012-6316132 Mohd Jusri Yusof



Pada majlis penutup, penyampaian sijil pada peserta akan disampaikan oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar. Sesi bergambar sebagai penutup kursus survival ini.

Terima kasih semua.

Isnin, 1 April 2019


KEM REMAJA ALAM SEKITAR KUALA SEPETANG

Lawatan daripada Penang Green Council ke Kuala Sepetang. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam . Bilangan pelajar yg terlibat ialah seramai 70 orang dan fasilitator 8 orang. Kami Kuala Sepetang Eco Tours diberi tanggungjawab oleh Penang Green Council dalam Program Alam Sekitar adalah untuk menyediakan :

-          Penginapan
-          Makan minum
-          Aktiviti
-          Dewan
-          Bilik speaker
-          Tour Guide
 AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Aktiviti yang dijalankan terbahagi kepada dua modul. Modul pertama adalah aktiviti indoor seperti ice breaking yang di handle oleh pihak PGC sendiri manakala modul kedua adalah outdoor.


Aktiviti ice breaking 


 Aktiviti outdoor dihandle oleh pihak kami sendiri. Antara aktiviti outdoor yang kami jalankan adalah lawatan dan jungle trekking ke kilang arang kayu bakau, menaiki boat river cruise bagi menyaksikan keindahan flora dan fauna,  sangkar ikan, warisan sejarah di sekitar perkampungan nelayan Kuala Sepetang dan melihat keindahan kelip-kelip di Kuala Sepetang.



 Tour guide memberi penerangan mengenai proses pokok kayu bakau 



 Aktiviti jungle trekking di hutan bakau

 
Sangkar ikan 

 
Tour guide memberi taklimat kelip kelip kepada pelajar


Oleh itu, kami amat berbesar hati dapat memberikan tunjuk ajar yang baik sepanjang melaksanakan program alam sekitar di Taman Tasik Taiping dan Kuala Sepetang. Jika ada sebarang pertanyaan atau berminat boleh hubungi atau pergi ke laman web kami :
Jusri: 017-6316132

Atau pergi ke laman web kami:
www.gosepetang.com 


Rabu, 6 Februari 2019

MANGROVE EDUCATION PROGRAM

Kami menawarkan pakej Mangrove Education Program kepada sesiapa sahaja yang berminat yang ingin mendalami dalam program pendidikan pokok kayu bakau ini. Kami ada menyediakan pakej untuk rombongan sekolah, para universiti, keluarga dan lain-lain. Minima adalah 10 orang. 







Kami juga ada menyediakan pakej penginapan, makan dan minum, tour guide, boat river cruise, cenderahati dan sijil.


Sesiapa yang berminat ingin menyertai program ini boleh hubungi dan layari laman web yang tertera di atas. Terima kasih.

Rabu, 30 Januari 2019

PROGRAM KEM REMAJA 2019
Program Kem Remaja dijalankan selama 3 hari 2 malam dari Penang Green Council. Mereka memberi kepercayaan kepada kami bagi manjalankan program ini dan juga program alam sekitar di Taman Tasik Taiping dan Kuala Sepetang. 
Program ini bagi mendidik kesedaran alam sekitar dan mencintai alam semulajadi. Mereka juga dibawah menaiki boat river cruise bagi menyaksikan keindahan flora dan fauna di sekitar perkampungan nelayan Kuala Sepetang.
Bagi aktiviti malam terakhir, mereka sempat dibawa melihat keindahan kelip kelip Kuala Sepetang. Semua pakej termasuk :
- Penginapan 
- Makan & Minum
- Aktiviti
- Dewan
- PA System dan Projektor
- Tour Guide


Aktiviti menaiki boat cruise di Kuala Sepetang

Situasi para pelancong yang sedang menaiki boat cruise

Pemandangan di sekitar Kuala Sepetang

ATURCARA PROGRAM KEM REMAJA 2019

HARI PERTAMA - 23 Mac 2019 (Sabtu)
Masa
Perkara
8.00 am
Bertolak dari Penang
11.00am
Tiba di Taiping
Check-in di asrama/ pusat kem
11.30pm
Ice Breaking / Pembahagian kumpulan
  -Dewan pusat kem
12.30pm
Makan Tengah hari & Rehat
2.00pm
Modul 1
Aktiviti dalam kumpulan
-Aktiviti oleh Penang Green Council  di dewan pusat kem
4.00pm
Bertolak ke Taman Tasik Taiping
4.30pm
Modul 2
-Aktiviti di sekitar Taman Tasik Taiping
6.30pm
Bertolak balik ke pusat kem
6.45pm
Makan malam
Rehat
9.00pm
Modul 3
-Aktiviti oleh Penang Green Council di dewan pusat kem
11.30pm
Rehat & lampu dipadamkan


HARI KEDUA - 24 Mac 2019 (Ahad)
Masa
Perkara
8.00 am
Sarapan
8.30am
 Bertolak ke Kuala Sepetang
 -Aktiviti oleh Penang Green Council di dean pusat kem
9.00am
Bertolak ke Kuala Sepetang
9.30am
Dijangka tiba di Kuala Sepetang
10.00pm
Lawatan ke kilang arang kayu bakau
11.00pm
Trekking laluan kampong ke tapak persemaian
-aktiviti menyemai dan tanam anak bakau
-Penerangan Geografi Hutan Paya Laut ekosistem dan pemuliharaan alam sekitar
12.30pm
Makan tengahari
3.00pm
Modul 4
A-ktiviti oleh Penang Green Council
5.00pm
River cruise
-Melihat aktiviti nelayan, flora, fauna, warisan sejarah,kg nelayan, sangkar ikan
6.00pm
Kuala sepetang Heritage trail
-Jejak warisan ktm
 7.00pm
Makan malam dan rehat
8.00 pm
Night walk
9.00pm
Aktiviti melihat kelip-kelip
9.30pm
Bertolak ke pusat kem
10.00pm
Penerangan ringkas
10.30pm
Rehat





























HARI KETIGA- 25 Mac 2019 (Isnin)
Masa
Perkara
7.30am
Senaman pagi
8.00am
Sarapan
9.00am
  Check out asrama

11.30am
Bertolak pulang ke Penang
-Akan singgah di RnR Gunung Semanggol untuk bersihkan diri
3.00pm
Dijangka tiba di Penang












Nota

Sebut harga berdasarkan program tentatif termasuk:

    Penginapan 3 hari 2 malam (beserta gambar dan nama tempat penginapan)
    Makan & minum (2x sarapan, 2x makan tengah hari, 1x minum petang, 2x makan malam)
    Dewan dan sistem PA di tempat penginapan
    Pengangkutan ke Taman Tasik Taiping & Pusat Eko Matang (jika ada)
    Servis Tour Guide

Jumlah keseluruhan peserta dan urusetia adalah 80 orang


Aktiviti trekking di Kuala Sepetang

 Aktiviti di sangkar ikan 



 Aktiviti persemaian yang dijalankan di Kuala Sepetang

Nak tahu lebih lanjut sila ke website kami www.gosepetang.com

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...