Isnin, 29 April 2019

KURSUS SURVIVAL BERSAMA RENJER


PENGANJURAN KURSUS SURVIVAL 

Kursus survival ini bagi mendidik agar seseorang itu mampu menjalani ikhtiar hidup bila tersesat di hutan berseorangan atau berkumpulan.Ilmu yang dikongsi oleh pasukan yang mahir selok-belok hutan iaitu Pasukan Renjer ATM yang terlatih dan berpengalaman.

Walaupun saya seorang bekas anggota tentera Artileri Para,namun ilmu survival saya masih perlu mendalami dengan mereka yang lebih pakar dalam bidang ini.Pengalaman berguru dengan Ketua Jurulatih dari 9RRD Kem Kamunting satu yang sukar dilupakan.




Saya bercadang ingin menganjurkan kursus survival ini bersama orang awam pada hujung tahun ini.Buat masa sekarang ini banyak perlu dibuat perancangan dengan beberapa Jurulatih mereka yang terlibat.Juga pemilihan lokasi sesuai serta jumlah peserta kursus.

Beberapa modul telahpun disusun atur bagi memberi tunjuk ajar dengan masa yang lebih teratur.Bagi memudahkan perjalanan kursus banyak perkara yang perlu dititikberatkan.




Modul yang dipilih bersesuaian selama 3 hari 2 malam dengan jadual yang tidak terlalu padat.Penting bagi pengurusan agar tiada penderaan atau tekanan pada peserta sepanjang kursus,dengan tumpuan lebih kepada perkongsian ilmu.




Modul termasuklah:

-Jungle Survival
-Membuat perangkap
-Survival cooking
-Belajar membuat pondok sementara
-Mengenali tumbuhan beracun/tidak beracun
-Cara keluar dari kawasan sesat
-Cara membuat api primitive
-Cara membaca kompas
-Cara membuat signal
-Teknik keselamatan di air



Kursus ini hanya mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja.Jika di utara tanah air lokasi adalah di Bt Kurau Taiping dan di Lembah Klang akan dilaksanakan di Gombak Selangor.
Peserta adalah berumur 18 tahun hingga 50 thn sahaja.Yuran pendaftaran tertakluk pada jumlah peserta yang akan sertai kursus survival ini.
Gambar dirakamkan semasa kursus di Kuala Kangsar pada 21hb hingga 23hb Apr 2019 yang lalu.
Jika ada pertanyaan boleh hubungi saya di no 012-6316132 Mohd Jusri Yusof



Pada majlis penutup, penyampaian sijil pada peserta akan disampaikan oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar. Sesi bergambar sebagai penutup kursus survival ini.

Terima kasih semua.

Isnin, 1 April 2019


KEM REMAJA ALAM SEKITAR KUALA SEPETANG

Lawatan daripada Penang Green Council ke Kuala Sepetang. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam . Bilangan pelajar yg terlibat ialah seramai 70 orang dan fasilitator 8 orang. Kami Kuala Sepetang Eco Tours diberi tanggungjawab oleh Penang Green Council dalam Program Alam Sekitar adalah untuk menyediakan :

-          Penginapan
-          Makan minum
-          Aktiviti
-          Dewan
-          Bilik speaker
-          Tour Guide
 AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Aktiviti yang dijalankan terbahagi kepada dua modul. Modul pertama adalah aktiviti indoor seperti ice breaking yang di handle oleh pihak PGC sendiri manakala modul kedua adalah outdoor.


Aktiviti ice breaking 


 Aktiviti outdoor dihandle oleh pihak kami sendiri. Antara aktiviti outdoor yang kami jalankan adalah lawatan dan jungle trekking ke kilang arang kayu bakau, menaiki boat river cruise bagi menyaksikan keindahan flora dan fauna,  sangkar ikan, warisan sejarah di sekitar perkampungan nelayan Kuala Sepetang dan melihat keindahan kelip-kelip di Kuala Sepetang.



 Tour guide memberi penerangan mengenai proses pokok kayu bakau 



 Aktiviti jungle trekking di hutan bakau

 
Sangkar ikan 

 
Tour guide memberi taklimat kelip kelip kepada pelajar


Oleh itu, kami amat berbesar hati dapat memberikan tunjuk ajar yang baik sepanjang melaksanakan program alam sekitar di Taman Tasik Taiping dan Kuala Sepetang. Jika ada sebarang pertanyaan atau berminat boleh hubungi atau pergi ke laman web kami :
Jusri: 017-6316132

Atau pergi ke laman web kami:
www.gosepetang.com 


PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...