Khamis, 18 Julai 2019

PENGANJURAN FAMILY DAY TOUR KE TAIPING DAN KUALA SEPETANG


Peserta Family Day daripada Kolej Kejururawatan Taiping JP 01/2001 yang telah memilih kami KSET sebagai pengurus program Family Day pada kali ini.Mereka pernah berkhusus di Kolej Kejururawatan pada 2001 dan ini merupakan Reunion kenangan masa berkursus dulu.
Program ini telah berjalan selama 2 hari 1 malam iaitu daripda 6 Julai 2019 (Sabtu) sehingga 7 Julai 2019 (Ahad). Seramai 4 orang telah menyertai rombongan Family Day ini dan ianya terdiri daripada 15 keluarga.
Program dimulakan pada 6/7/2019 dimana peserta Family Day bersarapan di homestay masing-masing dan kemudiannya berkumpul di perkarangan parkir Zoo Taiping untuk aktiviti pertama pada hari tersebut, iaitu melawat Zoo Taiping. Sebanyak 20 keping tiket dewasa dan 23 keping tiket kanakp-kanak telah ditempah  untuk sesi lawatan Zoo Taiping pada hari tersebut. Sesi lawatan dijalan selama 1 jam dimana peserta dibawa melawat mengelilingi seluruh kawasan Zoo Taiping dengan menggunakan train yang diediakan oleh pihak zoo.
Seterusnya, setelah melawat Zoo Taiping, peserta dibawa ke Kilang Spritzer untuk melawat dan melihat proses pembuatan air mineral jenama Spritzer. Disini, peserta diberi penerangan ringkas mengenai latar belakang kilang ini daripadda pegawai yang bertugas. Seterusnya, peserta dibawa masuk ke kawasan pemprosesan untuk sesi lawatan. Lawatan di dalam kawasan pemprosean berlangsung selama setengah jam. Selepas esi lawatan tamat, peserta dibawa ke Spritzer Ecopark yang terleta bersebelahan dengan kilang. Disini, peserta dapat menikmati pemandangan yang menghijau dan menikmati suasana yang mendamaikan. Selain menimati pemandangan yang mendamaikan, peserta juga dapat membeli ole-ole untuk dibawa pulang.


Dalam pukul 2 petang begitu, para perta berkumpul di terminal bas Taiping untuk menaiki bas rapid, bagi sesi seterusnya iaitu Taiping Heritage Trail, dimana para peserta dibawa pusing-pusing di bandar taiping selama 1 jam. Setelah selesai pusing bandar Taiping, para peserta dibawa ke keai Cndol yang terkenal di banddar Taiping iaitu Cendol Ansari. Peserta menikmati cendol tersebut dengan begitu berselera.
Setelah itu, peerta Family Day dibawa melawat ke Kilang Kopi Antong. Di kilang ini, para peerta diberian demonstrai secara live cara-cara membuat an memasak biji-biji kopi dan seterusnya para peserta diberi tester setiap jenis keluaran kopi untu dirasa oleh mereka. Seleai di kilang kopi, kami bertolak ke Kuala Sepetang untuk sesi river cruise.
Ketika sesi river ruise di Kuala Sepetang, para peserta dibawa menyusuri Sungai Sepetang dan melihat pemandangan yang indah di sungai tersebut. Para pesrta ddibawa untu melihat Ladang Ikan, Burung Helang , perkampungan nelayan dan lain-lain. Sesi ini mengambil masa sejam lebih untuk selesai. Setelah itu, peserta dibawa ke Kilang Arang, untuk menyaksikan sendiri proses pembikinan arang kayu dari awal hingga akhir proses.





Selesai di kilang arang, para peserta dibawa ke Restoren Mee Udang Mak Teh yang terkenal dengan kesedapan mee udangnya. Para peserta menikmati Mee Udang Mak Teh dengan penuh berselera. Selesai makan, peserta pulang ke homestay masing-maing untuk berehat.
Pada hari kedua (7 Julai 2019, Ahad), peserta bersarapan di homestay masing-masing dan seterusnya berkumpul di Taman Tasek Taiping untuk aktiviti Zumba an sukaneka. Aktiviti pada pagi tersebut dimulakan dengan aktiviti Zumba yang diketuai oleh Puan Fatin. Acara Zumba berlangsung selama 1 jam dan para peserta kelihatan begitu bersemangat ketika berzumba. Seterusnya, aktivitui pada hari tersebut diteruskan dengan acara sukaneka yang melibat seluruh ahli keluarga para peserta. Antara permainan yang dijalankan ketika acara sukaneka adalah Radio Karat, Kepit Bola, Belon Misteri, Belon Kasih Sayang, Berebut Kertas dan Sepak Botol. Acara sukaneka berjalan dengan lancar dan dipenuhi dengan gelak ketawa yang menceriakan.
Akhir sekali, setelah selesai sesi sukaneka, bergambar dan pembahagian hadiah kepada pemenang, peserta dibawa ke destinasi terakhir tour Family Day tersebut iaitu ke Burmese Pool. Peserta bermandi manda dan beriadah bersama keluarga dengan gembiranya.

Sesi tour Tamat dengan jayanya.




PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...