Ahad, 6 September 2020

LOKASI PELANCONGAN MENARIK -USAHAWAN ECO PELANCONGAN INSKEN(Ins Keusahawanan Negara)

 USAHAWAN ECO TOURISM-IBC INSKEN

1. JENOBA OUTDOOR TERENGGANU   013-702 6923 EN NAJIB

Kami menyediakan pelbagai pakej pelancongan pengembaraan.

Ditubuhkan pada tahun 2012, kami adalah satu-satunya syarikat di Terengganu yang diperakui dengan kategori Sijil Pelancongan Perniagaan Pelancongan Malaysia untuk kategori Pelancongan Pengembaraan yang menggunakan kami menjalankan program kami dengan selamat.

Semua krew kami disahkan dalam bidang masing-masing dan berpengalaman



Package:

1.     Kayak in Little Amazon of Terengganu

2.     Terengganu Hidden Pool Waterfall Trekking                                                          

Facebook: Jenoba Outdoor

Instagram: Jenobaoutdoor

Youtube: Jenoba Outdoor

web: www.Terengganuadventures.wordpress.com

Maklumat laanjut hubungi no di atas





Ahad, 26 Julai 2020

PAKEJ MENDAKI GUNUNG IRAU


Saya memang teringin nak tawan Mini Irau sebab kawan saya Uteh yang jadi guide di Cameron Highlands.Kami plan hanya berlima  sahaja,sebab saya tak minat nak open pada kawan-kawan yang ramai nak ikut.Bila ramai sangat susah nak control.Saya,Syahmi,Ijat,Jihah dan Kak Mah.3 orang lagi tak ikut hiking,Pak Din ,Ezatti dan Nurul.




Kami bertolak dari Ipoh dengan 2 buah kereta,terus ke Tanah Rata.Bila sampai dah petang terus check in di dorm Hikker Sleep Port Tanah Rata tempat Uteh.

Petang tu jugak kami di beri taklimat oleh Ja (Faizal)isi borang serta tandatangan persetujuan untuk hiking serta petuhi SOP PKP.Lepas rehat sekejap kami turun bawah dorm untuk makan malam beramai-ramai.





Balik lepak kat tempat kami sempat buat sesi live fb lagi.Sambil sembang santai-santai.Uteh orang yang sempoi boleh bergurau lagi tempat dia agak rare dengan barang antik dan siap ada tanjak.
Semua minuman disediakan dengan layan diri jika nak minum.Ada jugak minah salleh yang tido di dorm kami tapi block perempuan la,mana boleh campur.
Awal pagi kami dah sarapan,kedai depan tempat kami stay jer.Kedai menggamit kenangan.Makan beratmnasi lemak sebab nak simpan tenaga untuk hiking.

8.30pg kami mula naik Land Rover ke starting point ambil masa dalm 20min.

Uteh uruskan bayaran tiket dan permit,nampak ramai jugak orang yang nak naik mossy forest.Lebih kurang 50 orang jugak la,tuu pon hari biasa kalau hujung minggu tak tahu la.
Kami mula mendaki kira-kira 9.30 pg.Hanya team kami 6 orang ja yang masuk hiking ke Gunung Mini Irau.Mula tu kami ambik gambar dulu,sebab view yang cantik waktu matahari nak naik.Tengok la gambar yang saya kongsikan ni.


Sepanjang perjalanan semua laju ja sebab tenaga masih banyak.Laluan yang kami lalu agak lancar Cuma akar pokok yang melambatkan melangkah.

Kami sampai puncak masa yang tepat,pukul 12.30 tengahari.Ambik gambar dan video.Makan tengahari pon hanya bekalkan roti jer sebab ringan senang nak bawa.





Turun dari puncak pukul 1ptg dan sampai di starting point lebih kurang pukul 3.30ptg,cuma Kak Mah ja lambat sikit.Saya tak tungggu dah sebab Uteh jadi swiper cover Kak Mah.
Pukul 5 kami pick up ke dorm untuk makan sebab lapar sangat
Yang berminat untuk hiking pm saya 012-6316132
Atau Uteh(Khairil Yusre)012-435 0530








Kos seorang lebih kurang rm150-200 seorang(2h1m)
Penginapan dorm,permit dan guide berlesen
makan sendiri tanggung


Terima kasih






Ahad, 19 April 2020

MEMBINA KERJAYA PEMANDU PELANCONG DI NEGERI PERAK

REZEKI KUALA SEPETANG EPISOD 2 

TAHUN 2012 

Pada tahun ini aku memulakan tugas pemanduan secara sambilan dan baru belajar cara-cara untuk menguruskan pelancong ketika hujung minggu sahaja.Walaupun tugasan ini masih baru,tapi aku amat berminat dengan tugasan outdoor ini.Pengalaman dalam ATM sekurang-kurangnya dapat dipraktik dan dikongsikan bersama mereka yang memerlukan.Syarikat aku Kuala Sepetang Eco Track mula diambil alih olehku dari En Khairul sebagai pemilik tunggal manakala dia membuka syarikat sendiri bersama agensi pelancongannya KS Eco Tours Sdn Bhd.Pada pesara tentera boleh cuba buat sesuatu dengan skill yang kita ada bila kita dah pencen atau pon akan berpencen.
Permohonan aku untuk kursus sebagai pemandu pelancong telah pon lulus pada tahun 2013.Kami 29 peserta mula berkursusu di Pusat Biodeversiti Wang Pinang Kuala Perlis,dibawah Jabatan Perhilitan.King sebagai Kem Komandan yang banyak mengajar selok belok jadi pemandu pelancong sepanjang 17 hari disini.Kursus macam ala tentera pon ada dengan tak cukup tidor assignment nak kena siap nak kena present public speaking.


Baru tahu pentingnya tatacara pengucapan awam untuk berdepan dengan pelancong.Bukan senang nak jadi seorang pemandu pelancong yang bertauliah





 Mr King duduk kiri sekali En Nash baju biru muda dan En Din Stone kanan sekali

Team Semut Merah
Jusri Hasmadi Farouk Yana June Keren Jerry dan Faizal
semua mereka di Langkawi aku dan Faizal di Perak

Memulakan kerjaya sepenuh masa sebagai pemandu pelancong alam semulajadi setelah,berjaya memiliki lesen pada penghujung tahun 2013. Di daerah ini Larut Matang ini hanya 2-3 orang saja yang memiliki lesen pemandu pelancong alam semulajadi termasuk aku yang masih baru ketika itu..Banyak yang perlu aku belajar tentang hutan paya laut dari Jabatan Hutan Kuala Sepetang,yang mana ilmu tersebut perlu didalami bagi memudahkan penerangan pada pelancong dan pelajar yang datang menggunakan perkhidmatanku.Aku terpaksa melepaskan tugasan sebgai DJ rumah orang kahwin,untuk terus focus dalam bidang tourism ini Pada masa yang sama aku mula teringin untuk memiliki dan jadi jurumudi bot pelancong sendiri.Tahun yang sama juga aku mengambil lesen jurumudi bot di Pulau Pinang.Dengan nekad dan tawakkal Alhamdulillah aku dapat beli bot pelancong panjang 28kaki x 7.5 kaki boleh bawa 12 orang pelancong pada satu-satu masa.Bot dibuat Tanjung Dawai Pantai Merdeka Kedah dan didaftar di Manjung Lumut Perak.Susah juga bila ada bot pelancong kena ada permit,daftar permit di Jabatan Laut Malaysia Manjung Lumut Perak.No plat masa tu ALM 00692P.Sekarang dah ada 2 bot, 1 lagi baru sikit ALM 00835P.Di Kuala Sepetang bot pelancong semakin bertambah dari masa ke semasa,bagi aku itu satu persaingan sihat dalam industry ini.Ada beberapa pengitarafan yang aku dapat dari beberapa agensi dan NGO. Rasanya tak perlulah aku nyatakan terperinci anugerah yang aku dapat,cukuplah sekadar itu dan aku tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah taala bagi. Tiada niat di hatiku untuk mendapat apa-apa anugerah dalam industry.Tapi dengan pengitirafan inilah aku diberi peluang dan untuk membantu usahawan kecil untuk membina peniagaan untuk terus mampu bersaing.Salah satunya aku bermula dari zero satu langkah ke satu langkah susah payah untuk capai ketahap ini.


Bersama Staf INSKEN dan Coach IBC dan BEP-3 hari sebelum PKP(INSKEN)Dr Mai,En Izaidi,En Asraf dan Pn Yati


 Sikit yang nak dikongsi kenangan pahit sepanjang dalam industry bot pelancong ini.

-Awal mula dah ada orang kampung hendak memukul aku sebab katanya aku masuk ke jeti tanpa kebenaran-Pernah kena halau dari parking bot di Kg Menteri,merata juga aku cari tempat parking bot hinggalah dapat jumpa tempat sekarang(rahsia)

-Banyak kali juga bot akau karam hinggakan injen bot Yamaha 100hp aku terpaksa tukar injen lain kos terpaksa tangung sendiri.

-Kes terbaru kipas bot orang curi,hilang pada hari raya tahun lepas kos kipas steel pun hamper rm3k-Kos injen bot memang mencecah rm500 ke rm5k jika berlaku kerosakan sekarang 1 bot gearbox rosak belum siap.

-Tidak lagi jual pakej memancing sebab kos servis injen melebihi kos keuntungan dengan kos minyak yang mahal.Lebih memberi sedikit keuntungan bila jual pakej tengok lumba-lumba(dolphin) 

 


BAGAIMANA KUALA SEPETANG MULA MENCURI TUMPUAN.


Kuala Sepetang mula terkenal dengan me udang banjir bila Majalah 3 datang membuat liputan.Bila keluar TV3 desrinasi ini mula mencuri tumpuan pelancong untuk datang ke sini.Masa pilihanraya kecil Bukit Gantang tahun 2012 rasanya banyak media cetak dan media elektronik serbu Kuala Sepetang untuk membuat liputan dan mengeluarkan cerita hebatnya me udang Kuala Sepetang.


Masa tu jugak warung me udang mula muncul macam cendawan pulak.Betapa hebatnya berita yang viralkan me udang Kuala Sepetang.Selain me udang disini juga memiliki khazanah alam yang hebat hutan bakau yang luas.Lebih kurang 40 ribu hektar
Memenangi anugerah pengurusan hutan bakau terbaik didunia.Dibawah selian Jabatan Hutan Negeri Perak.Tahun 2016 Kementerian Pelancongan memilih Kuala Sepetang sebagai salah satu kluster pembangunan Eko Pelancongan Kebangsaan.


PELUANG BERSAMA INSKEN(Institut Keusahawanan Negara) 

 

Pada penghujung tahun 2016 aku terima surat panggilan untuk berkursus di bawah INSKEN(Institut Keusahawanan Negara) untuk menjadi seorang biskaunselor INSKEN.Antara ramai biskaunselor INSKEN saya seorang sahaja dalam bidang pelancongan. Hingga ke hari ini INSKEN masih memberi kepercayaan padaku untuk membimbing usahawan eko pelancongan di seluruh Malaysia.Aku amatlah terharu dan terhutang budi pada CEO INSKEN En Firdaus Azharudin yang memberi kepercaan padaku hingga ke hari ini.


Bersama CEO INSKEN En Firdaus Azharudin(Tengah,barisan belakang)
INSKEN sudah menjadi sebahagian dalam keluargaku.Program yang dianjurkan membantu usahawan juga memberi ruang untuk aku mengajar dan belajar sesuatu yang baru.Banyak juga usahawan yang telah dibantu dari segi coaching dan mentoring.Sebenarnya peluang yang INSKEN bagi inilah yang membolehkan diriku lebih memahami masalah usahawan serta dapat aku jejaki semua usahawan di seluruh perusuk negeri termasuk Sabah dan Sarawak.Kalau ikut duit sendiri tak mampu rasanya nak travel sejauh ni.Jutaan terima kasih sekali lagi pada INSKEN.


Ingin juga dinasihatkan pada semua usahawan diluar sana agar ikutilah program dari INSKEN yang sangat-sangat membantu untuk memajukan peniagaan dari pelbagai industri.Pada yang ingin sertai program IBC Eco Tourism boleh hubungi ku sebab sekarang INSKEN sedang mengumpul peserta untuk program akan datang. Cerita selanjutnya bagaimana aku terjebak sebagai Biskaunselor INSKEN pada tahun 2016 empat yang lalu. Terima kasih pada sanak saudara dan sahabat yang memberi sokongan padaku.Tanpa kalian siapalah diriku ini..


Jumpa lagi episod akan datang. Maaf episod satu hanya ada di FB saya. 





Jumaat, 17 April 2020

USAHAWAN PELANCONGAN DAN USAHAWAN PKS (SITUASI PKP)

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID19


Bagi Abam PKP ini satu tamparan hebat buat semua usahawan PKS,kecuali industri makanan atau F&B. Tu pon jika pandai curi peluang jual melaluli digital atau online marketing.

Situasi sekarang dah masuk fasa ke 3 PKP,dan satu perkembangan positif bila kes jangkitan makin menurun.Namun situasi masyarakat kita ada yang masih degil kes tangkapan masih tinggi walaupon kerajaan telah memberi denda yang maksimum.

Satu lagi kita banyakan bersyukur bila kerajaan bagi esentif bantuan BPN, Bantuan Prihatin Nasional.Pada yang belum daftar SSM,LHDN,Perkeso dan PBT boleh la mula daftar untuk dapatkan bantuan.

Kadang-kadang kesian pada usahawan kecil yang tiada apa-apa lesen,situasi begini menyukarkan untuk dapatkan bantuan.
Kita nak cuba bantu tapi usahawan sendiri perlu sedar dengan apa yang berlaku.Boleh nak harapkan bantuan dari kerajaan,tapi perlulah tahu syarat yang agensi tetapkan.



Abam copy dari page fb Abam

-Pentingnya Lesen Peniagaan

Pada saat ini usahawan menghadapi saat mencabar dalam mengharungi cabaran Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)Kerajaan prihatin mennyediakan intensif pada usahawan dan semua rakyat Malaysia yang layak. Apa yang saya nak sentuh adalah berkaintan agensi keewangan yang menyediakan pakej pinjaman atau loan pada usahawan.Bukan soal sikit atau banyak, syarat ketat atau tidak tetapi adakah semua usahawan memenuhi syarat yang di tetapkan.




Simple apa perlu buat pada usahawan status peniagaan setahun jagung.
-Pada usahawan yang tiada SSM perlu daftar dengan SSM dulu
-Pada yang belum daftar dengan PBT perlu buat pendaftaran(Pihak Berkuasa Tempatan)
-Pada yang tak ada statement bank perlu buat akaun bank peniagaan (Akaun Semasa)
-Setelkan yang basic ni dulu baru kita ke step seterusnya
-Bagi untuk dapatkan bantuan PRIHATIN dari kerajaan pusat syarat telah ditetapkan oleh pihak agensi seperti LHDN,KWSP dan Perkeso



Untuk bantuan dari kerajaan negeri pengkalan data dikumpul melalui usahawan yang buat pendaftaran dengan PBT,jika pendaftaran dengan usahawan NGO belum pasti untuk dapat bantuan.Kebanyakan usahawan yang tidak daftar dengan PBT adalah mereka yang berniaga tiada kedai tetap, ada pon warung tepi jalan dan warung bergerak.
BAGAIMANA PINJAMAN DENGAN BERHEMAH
-Saya syorkan pada yang nak buat pinjaman pilhlah agensi yang sediakan intrest yang rendah (2-5%)
-Jangan pinjam maksima seperti yang pihak bank tawarkan
-Pinjamlah ikut kemampuan untuk buat bayaran walaupun bank beri penangguhan 6 bulan bayaran balik
-Jika suami isteri berniaga jangan tamak buat pinjaman 2-2 belah phak serentak memadai seorang pon cukup.
-Jangan buat pinjaman 2-3 agensi serentak cukup 1 agensi sahaja,jika mohon 3 lulus 1,sila buat pembalan bank yang lulus kemudian tu.
-Jangan buat pinjaman bertindih dengan agensi berbeza.
-Jangan gunakan duit pinjaman untuk perbelanjaan peribadi
-Setelah lulus pinjaman,buat catatan perbelanjaan kita akan tahu ke mana duit kita belanjakan.
-Jika orang lain ingin meminjam duit kita elakan beri pinjam,walaupun dia berjanji bulan dan bintang.
-Gunalah duit pinjaman dengan berhemah sebab pinjaman untuk kita cari untung,dalam bisnes,dengan untung itu kita buat bayaran balik pada bank yang kita pinjam.


-Pentingnya Lesen Peniagaan
Pada saat ini usahawan menghadapi saat mencabar dalam mengharungi cabaran Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)Kerajaan prihatin mennyediakan intensif pada usahawan dan semua rakyat Malaysia yang layak.
Apa yang saya nak sentuh adalah berkaintan agensi keewangan yang menyediakan pakej pinjaman atau loan pada usahawan.Bukan soal sikit atau banyak, syarat ketat atau tidak tetapi adakah semua usahawan memenuhi syarat yang di tetapkan.
-Simple apa perlu buat pada usahawan status peniagaan setahun jagung.
-Pada usahawan yang tiada SSM perlu daftar dengan SSM dulu
-Pada yang belum daftar dengan PBT perlu buat pendaftaran(Pihak Berkuasa Tempatan)
-Pada yang tak ada statement bank perlu buat akaun bank peniagaan (Akaun Semasa)
-Setelkan yang basic ni dulu baru kita ke step seterusnya
-Bagi untuk dapatkan bantuan PRIHATIN dari kerajaan pusat syarat telah ditetapkan oleh pihak agensi seperti LHDN,KWSP dan Perkeso
Untuk bantuan dari kerajaan negeri pengkalan data dikumpul melalui usahawan yang buat pendaftaran dengan PBT,jika pendaftaran dengan usahawan NGO belum pasti untuk dapat bantuan.Kebanyakan usahawan yang tidak daftar dengan PBT adalah mereka yang berniaga tiada kedai tetap, ada pon warung tepi jalan dan warung bergerak.


BAGAIMANA PINJAMAN DENGAN BERHEMAH
-Saya syorkan pada yang nak buat pinjaman pilhlah agensi yang sediakan intrest yang rendah (2-5%)
-Jangan pinjam maksima seperti yang pihak bank tawarkan
-Pinjamlah ikut kemampuan untuk buat bayaran walaupun bank beri penangguhan 6 bulan bayaran balik
-Jika suami isteri berniaga jangan tamak buat pinjaman 2-2 belah phak serentak memadai seorang pon cukup.
-Jangan buat pinjaman 2-3 agensi serentak cukup 1 agensi sahaja,jika mohon 3 lulus 1,sila buat pembalan bank yang lulus kemudian tu.
-Jangan buat pinjaman bertindih dengan agensi berbeza.
-Jangan gunakan duit pinjaman untuk perbelanjaan peribadi
-Setelah lulus pinjaman,buat catatan perbelanjaan kita akan tahu ke mana duit kita belanjakan.
-Jika orang lain ingin meminjam duit kita elakan beri pinjam,walaupun dia berjanji bulan dan bintang.
-Gunalah duit pinjaman dengan berhemah sebab pinjaman untuk kita cari untung,dalam bisnes,dengan untung itu kita buat bayaran balik pada bank yang kita pinjam.
Terima kasih..
Nukilan Usahawan Bangkit PKP

-GAMBAR SEBELUM PKP




Jumaat, 20 Mac 2020

LOKASI MENARIK DI PADANG SUMATERA-TRAVEL BLOG

 TOUR KE PADANG SUMATERA INDONESIA

Kami mewakili ahli Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Perak telah mendapat jemputan dari Tourism Malaysia Medan untuk Karnival Juala Pakej Pelancongan iaitu ASTINDO Travel Fair di Plaza Andalas Padang Sumatera.Pada awalnya kami dapat 4 booth untuk 8 peserta tapi kami hanya ambik 3 booth sahaja untuk 6 produk mewakili persatuan.

Kami lambat dapat info dari pihak ASTINDO ada sponsor famtrip untuk tour dari Padang ke Bukit Tinggi.Ada yang sempat ikut ada yang tak sempat sebab tiket flight dah beli awal sebelum bertolak ke Padang.

Aku bersama En Rabain dan isteri beliau bersama satu flight dan satu hotel,En Zam(YDP Persatuan) datang serentak cuma dia tinggal di hotel berbeza.

HARI PERTAMA

Bila sampai Airport Padang Teksi drivernya Pak Jasman bawa kami ke Hotel Sulaiman Resident kira-kira 25min dari Airport.Hotel yang murah dan selesa bagi aku untuk stay 1 malam disini.
Malam kami oder Gojek untuk keluar makan,anak muda nama Tommy dengan Avanza kami bertiga nak cari masakan nasi padang.







Lokasi Nasi Padang kami di Lamun Ombak Padang.Kami pilih makan bersila jer lebih santai dan ala kampung gitu.Kami dapat dalam 15 menu atas meja semua derang hidang,tapi kami tak makan semua,pilih yang mana teringin nak makan je.
Bayar pon murah la sikit sebab derang kira yang mana kita makan je,jangan salah ambik semua sudah laa.



Lepas makan di situ kami sambung pulak makan dengan boss Tourism Malaysia Medan di Restoran Ikan Bakar Khatib Sulaiman
Lepas berbincang untuk tugasan esok kami bersurai balik ke hotel naik grab balik berehat.Biasanya pelancong luar saja yang naik grab ni.Orang tempatan lebih suka naik Gojek.

KARI KE 2

Pagi-pagi aku dah bangun lepak luar hotel ada gojek datang hantar makan,so..apa lagi aku tahan dan tumpang dia keluar cari sarapan.Lebih kurang 5 minit dah sampai tempat makan,beli bungkus terus balik ke hotel.Semua makanan berat ja,nasi goreng padang.
sambung siri 2, kami gerak ke Plaza Andalas untuk cari hotel budget.

     Bersama Bos Hishammuddin dan Boss Zam




Hari ke 3

Sampai di Plaza Andalas kami set up booth dan tunggu majlis pembukaan dan perasmian.Memang meriah dengan persembahan minangkabau.Booth yang disediakan untuk penggiat industry,agak selesa dengan kawasan yang tak berapa luas.



Hari ke 4

Hari last di Plaza Andalas kami sempat berbincang nak jalan-jalan round Padang sebab esok pagi dah nak gerak ke Bukit Tinggi.Kebetulan Pak Akim dan Adee ada 2 buah kereta untuk kami 7 orang.
Tenghari dalam pukul 1 kami siap kemas terus naik kereta untuk cari makan tenghari dulu.Lepas tu baru boleh jalan-jalan ronda area Padang.
Derang bawa kami ke Rumah Makan Dewi menu Masakan Padang yang femes di sini.Memang time ni orang tengah ramai,kami terpaksa menunggu pelanggan yang bangun baru dapat duduk.
Menu yang banyak dan murah sedap pulak tu.Harga 100 000 rupiah lebih kurang rm40, 2 meja 8 orang.Selesai makan kami pergi pantai tempat Malem Kundang,di Negara kita cerita Si Tanggang derhaka pada ibunya.
Kesan kapal masih ada terdampar di tepi pantai.Malah ramai pelancong yang dating.Ada juga aktiviti ATV,jualan cenderahati serta warung kopi.
Balik ke Padang sudah lewat petang sempat lagi kami singgah makan durian ais cream.Kenyang hingga ke malam.Seolah-olah jalan-jalan cari makan je di Padang ni.

                Kapal Malem Kundang


Hari ke 5
Awal pagi pukul 9 kami tunggu di lobi hotel bas  yang dating jemput kami untuk join famtrip untuk ke Bukit Tinggi.Aku tak tengok jadual famtrip pon,derang bawa ke mana dan berhenti di mana aku ikut je.
Lalu ikut jalan kampung singgah tasek hutan bakau tepi laut.Sempat ambik gambar.Kak Hani dari River Cruise Melaka la yang kecoh sikit,suka selfie jer.Kami ni tumpang sekaki je.

Lokasi yang sempat kami singgah sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi.

-Makam Syekh Burhanuddin
-Lubang Jepang
-Klawang Park
-Jam Gadang
-Banyak lagi yang kami singgah...ambik photo




KAK HANI-MELAKA RIVER CRUISE






                       PARMAN KARDI -ITTI KL





Kami sampai ke Jam Gadang Bukit Tinggi kira-kira jam 6.30n petang.Suasana agak gelap sebab banyak tempat kami singgah dengan bas pulak slow.
Kalau korang nak pergi melancong ke bukit tinggi dengan family lebih sesuai sewa grab atau van lebih sesuai.Jika sampai awal ke bukit tunggi  boleh tengok macam-macam lagi.Saya pon dah ada contact beberapa guide untuk .memudahkan urusan di padang nanti.Jika nak boleh je contact kami,Inshaallah akan dibantu.

Malam kami makan malam di restoran sebab hotel sediakan sarapan saja untuk esok pagi.Esok pagi Aku dan En Rabain terpaksa balik ke Airport sebab flight jam 12.00tengahari.

Hari ke 6-Hari terakhir di Padang
Awal pagi Pak Uda pulak bawa kami ke dari Hotel Merci ke airport.Dia cakap tak perlu tergesa-gesa sebab dengan kereta Avanza Cuma 2 jam je ke airport.Alamak.. naik bas berejam-jam nak sampai.Pak Uda dah biasa bawa orang Malaysia ke Bkt Tinggi.Dia siap ikut jalan pintas lagi.
Group kami yang lain sambung famtrip lagi sebab derang balik esok ke Malaysia.Jelous bila kami tak dapat ikut serta.

Apa pon tour ke Padang dan Bukit Tinggi ni memang best.Kesimpulannya dapat banyak pengalaman.Dapat kenal dengan operator wisata,jual pakej dan sambil jalan tengok tempat menarik di Padang ni.Paling best bagi saya makanannya yang terbaik.Mereka sebagai operator wisata menyambut baik kehadiran kami yang juga mendapat banyak kerjasama dari Tourism Malaysia Medan.En Hishamudin banyak membantu kedua belah pihak Indonesia dan Malaysia berkolibirasi bersama.

                                             Sonny -Guide Padang





Dari kami..jutaan terima kasih pada Boss TM Medan,En Hishamudin,ASTINDO dan semua yang terlibat. Dari Perak Kuala Sepetang,Kellies Castle,Homestay Labu Kubong,Kurau Inn, Kapal Korek TT5 serta semua yang terlibat.
Aku teringin ke Medan dan Pekan Baru.Ada rezeki kami ke Medan pulak Pak..Inshallah.










Jumaat, 10 Januari 2020

PENGANJURAN KURSUS ASAS SURVIVAL NEGERI PERAK


PENGANJURAN KURSUS SURVIVAL 

Kursus survival ini bagi mendidik agar seseorang itu mampu menjalani ikhtiar hidup bila tersesat di hutan berseorangan atau berkumpulan.Ilmu yang dikongsi oleh pasukan yang mahir selok-belok hutan iaitu Pasukan Renjer ATM yang terlatih dan berpengalaman iaitu PW1 Kingstone 9RRD.

Walaupun saya seorang bekas anggota tentera Artileri Para,namun ilmu survival saya masih perlu mendalami dengan mereka yang lebih pakar dalam bidang ini.Pengalaman berguru dengan Ketua Jurulatih dari 9RRD Kem Kamunting satu yang sukar dilupakan









Beberapa modul telahpun disusun atur bagi memberi tunjuk ajar dengan masa yang lebih teratur.Bagi memudahkan perjalanan kursus banyak perkara yang perlu dititikberatkan.
  
Modul yang dipilih bersesuaian selama 3 hari 2 malam dengan jadual yang tidak terlalu padat.Penting bagi pengurusan agar tiada penderaan atau tekanan pada peserta sepanjang kursus,dengan tumpuan lebih kepada perkongsian ilmu.












Modul yang dipilih bersesuaian selama 3 hari 2 malam dengan jadual yang tidak terlalu padat.Penting bagi pengurusan agar tiada penderaan atau tekanan pada peserta sepanjang kursus,dengan tumpuan lebih kepada perkongsian ilmu.


Modul termasuklah:

-Jungle Survival
-Membuat perangkap
-Survival cooking
-Belajar membuat pondok sementara
-Mengenali tumbuhan beracun/tidak beracun
-Cara keluar dari kawasan sesat
-Cara membuat api primitive
-Cara membaca kompas
-Cara membuat signal

-Teknik keselamatan di air






Kursus ini hanya mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja.Jika di utara tanah air lokasi adalah di Bt Kurau Taiping dan di Lembah Klang akan dilaksanakan di Gombak Selangor.
Peserta adalah berumur 18 tahun hingga 35 thn sahaja.Yuran pendaftaran tertakluk pada jumlah peserta yang akan sertai kursus survival ini.
Gambar dirakamkan semasa kursus di Kuala Kangsar pada 21hb hingga 23hb Apr 2019 yang lalu.

KAMI CUBA MEMBERI TUNJUK AJAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA PESERTA TIADA BERANSUR PENDERAAN FIZIKAL ATAU PON MENTAL.


Jika ada pertanyaan boleh hubungi saya di no 012-6316132 Mohd Jusri Yusof










TERIMA KASIH..




PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...