Isnin, 1 Februari 2021

PROGRAM INSKEN BUSINESS COACHING ECO TOURISM

 PROGRAM MEMBANTU USAHAWAN EKO PELANCONGAN

Syarikat Kuala Sepetang Eco Track adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM sebagai syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan lawatan rombongan seperti pelancong melawat Kuala Sepetang dan seluruh negeri Perak sejak 2012 lagi. Pemilik Syarikat Mohd Jusri juga mempunyai lesen pemandu pelancong alam semulajadi dibawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Pernah memenangi Anugerah Pemandu Pelancong Terbaik Perak pada 2015. 

Mula beroperasi pada tahun 2012 sehingga ke hari ini. Kami telah dipilih oleh INSKEN dan AIM untuk melatih dan memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada usahawan eko pelancongan dalam program coaching dan mentoring.


 Program bersama INSKEN bermula pada tahun 2018 iaitu program dipanggil IBC (INSKEN BUSINESS COACHING) seramai 26 usahawan pelancongan seluruh Malaysia telah terpilih untuk menjalani program tersebut yang mana syarikat kami mengendalikan program tersebut selama 4 bulan.



Dalam program tersebut usahawan diberi pendedahan dalam tiga bidang kursus iaitu yang pertama kursus eko pelancongan kedua kursus pemasaran ketiga mengedit video menggunakan smartphone dan yang terakhir menggunakan lawatan penanda aras di Kuala Sepetang. Dalam sesi coaching pengurus syarikat akan melawat lokasi usahawan dan memberi khidmat nasihat selama dua jam setiap sesi coaching. Sesi coaching tersebut bagi menaikkan jualan syarikat usahawan masing-masing. Kami lebih fokus kepada pemasaran yang berkesan serta pengurusan dan memberi perhidmatan yang terbaik kepada pelancong.


 Sasaran pihak INSKEN untuk menaikkan jualan 20% dan keatas pada setiap usahawan. Tahun 2020 syarikat telah mengendalikan tiga siri program IBC bersama INSKEN. Setakat ini syarikat telah mengendalikan hampir 80 usahawan eko pelancongan dalam program IBC. Keputusan amat membanggakan. Jualan peserta eko pelancongan purata 68% meningkat dan feedback dari peserta mendapat 94%. Manakala bagi tahun 2020 jualan peserta meningkat sebanyak 70%.

  


 Syarikat KSET ini mengendalikan seramai 30 peserta setiap siri bimbingan selama 4 bulan secara one-on-one mengikut spesifik industri seperti homestay, ecotourism, spa, dobi dan banyak lagi. Tapi bukan bimbingan one-on-one sahaja selama 4 bulan tetapi juga mengadakan lawatan penanda aras,latihan teknikal perniagaan dan anda semua bebas untuk berhubung dengan coach atau peserta walaupun sudah selesai menjalani 4 bulan program.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...