Khamis, 2 September 2021

PEMBEKAL ANAK POKOK BAKAU

Anak bakau untuk dijual di Kuala Sepetang, Perak

JENIS BAKAU MINYAK DAN BAKAU KURAP

 Kuala Sepetang merupakan kawasan hutan paya laut yang memiliki persekitaran hutan bakau yang luas. Hutan paya laut di Kuala Sepetang merangkumi lebih kurang 40 ribu hektar berkeluasan jajaran 55 km dari utara Kuala Gula hingga selatan Pantai Remis.Kelebaran keluasan 13km lebar.



 Di sini memiliki lebih kurang 30 pelbagai spesis bakau yang mana bakau yang banyak di sini adalah bakau minyak (Rhizophora apiculata) dan bakau kurap (Rhizophora mucronata). Team kami di Kuala Sepetang, terdiri daripada penduduk kampung yang membuat semaian anak pokok bakau jenis bakau minyak dan bakau kurap untuk ditanam semula selepas hutan bakau ditebang di  mana kayu bakau tersebut dijadikan kayu arang. 



Kebiasaannya pokok bakau minyak berketinggian satu ke satu setengah kaki manakala bakau kurap berketinggan dua kaki ke dua kaki setengah. Kawasan tapak semaian memiliki 10 000 - 30 000 anak pokok. 

Pengalaman kami pernah membekalkan lebih 1000 anak bakau untuk program CSR di Semeling, Kedah dan juga 5000 pokok ke Sepang Selangor.

 


Jika anda tidak percaya dengan apa yang kami ada, anda boleh menghubungi kami untuk meninjau sendiri kawasan semaian anak bakau di Kuala Sepetang. Jika anda datang ke sini, anda juga boleh merasai menu mee udang banjir Kuala Sepetang yang popular di negeri Perak.

 Jika ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh menghubungi 

012-6316132. (wssap atau call)



Kami juga turut menyediakan khidmat nasihat dan konsultansi berkaitan ekosistem hutan bakau dan juga pembangunan produk ekopelancongan. 







PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...