Ahad, 26 Julai 2020

PAKEJ MENDAKI GUNUNG IRAU


Saya memang teringin nak tawan Mini Irau sebab kawan saya Uteh yang jadi guide di Cameron Highlands.Kami plan hanya berlima  sahaja,sebab saya tak minat nak open pada kawan-kawan yang ramai nak ikut.Bila ramai sangat susah nak control.Saya,Syahmi,Ijat,Jihah dan Kak Mah.3 orang lagi tak ikut hiking,Pak Din ,Ezatti dan Nurul.




Kami bertolak dari Ipoh dengan 2 buah kereta,terus ke Tanah Rata.Bila sampai dah petang terus check in di dorm Hikker Sleep Port Tanah Rata tempat Uteh.

Petang tu jugak kami di beri taklimat oleh Ja (Faizal)isi borang serta tandatangan persetujuan untuk hiking serta petuhi SOP PKP.Lepas rehat sekejap kami turun bawah dorm untuk makan malam beramai-ramai.





Balik lepak kat tempat kami sempat buat sesi live fb lagi.Sambil sembang santai-santai.Uteh orang yang sempoi boleh bergurau lagi tempat dia agak rare dengan barang antik dan siap ada tanjak.
Semua minuman disediakan dengan layan diri jika nak minum.Ada jugak minah salleh yang tido di dorm kami tapi block perempuan la,mana boleh campur.
Awal pagi kami dah sarapan,kedai depan tempat kami stay jer.Kedai menggamit kenangan.Makan beratmnasi lemak sebab nak simpan tenaga untuk hiking.

8.30pg kami mula naik Land Rover ke starting point ambil masa dalm 20min.

Uteh uruskan bayaran tiket dan permit,nampak ramai jugak orang yang nak naik mossy forest.Lebih kurang 50 orang jugak la,tuu pon hari biasa kalau hujung minggu tak tahu la.
Kami mula mendaki kira-kira 9.30 pg.Hanya team kami 6 orang ja yang masuk hiking ke Gunung Mini Irau.Mula tu kami ambik gambar dulu,sebab view yang cantik waktu matahari nak naik.Tengok la gambar yang saya kongsikan ni.


Sepanjang perjalanan semua laju ja sebab tenaga masih banyak.Laluan yang kami lalu agak lancar Cuma akar pokok yang melambatkan melangkah.

Kami sampai puncak masa yang tepat,pukul 12.30 tengahari.Ambik gambar dan video.Makan tengahari pon hanya bekalkan roti jer sebab ringan senang nak bawa.





Turun dari puncak pukul 1ptg dan sampai di starting point lebih kurang pukul 3.30ptg,cuma Kak Mah ja lambat sikit.Saya tak tungggu dah sebab Uteh jadi swiper cover Kak Mah.
Pukul 5 kami pick up ke dorm untuk makan sebab lapar sangat
Yang berminat untuk hiking pm saya 012-6316132
Atau Uteh(Khairil Yusre)012-435 0530








Kos seorang lebih kurang rm150-200 seorang(2h1m)
Penginapan dorm,permit dan guide berlesen
makan sendiri tanggung


Terima kasih






1 ulasan:

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...