Khamis, 19 Oktober 2023

PROGRAM CSR PELAJAR DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI KUALA SEPETANG

 PROGRAM ALAM SEKITAR (CSR)

Program ini dijalankan secara berperingkat dengan kerjasama UNESCO dan Persatuan Pengusaha Pelancongan Negeri Perak.

Program ini dijalankan pada  antara 17 hingga 24 Sept 2023 dari  pelajar sekolah yang berbeza,iaitu dari SMK Pengkalan TLDM Lumut Perak(35 peserta), Sk Sungai Lampam Teluk Intan Perak(36 peserta),SK Gadung Jaya Seremban(39 Peserta) dan Sek Men Sains Kubang Pasu Kedah.



Pelaksanaan program melibatkan 4 buat sekolah, terdiri daripada buah 2 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah, dengan jumlah 146 pelajar termasuk guru. Guru dan pihak sekolah bersetuju dengan program dilaksanakan di Kuala Sepetang seperti tentative yang kami sediakan.Pihak kami terdiri daripada AJK, ahli persatuan serta penglibatan penduduk kampung, bagi membantu melancarkan sepanjang program belangsung. Dari aspek keselamatan kami juga menyediakan beberapa ahli sokongan termasuk pemandu pelancong bertauliah dan seorang yang mahir dalam aspek kesihatan dan memiliki reakrasi luar.(pertolongan cemas)



Alhamdulillah semua aktiviti program berjalan dengan lancar serta cuaca yang baik, namun kami juga menyediakan baju hujan plastik kerana cuaca sekarang mendung serta hujan yang sukar di ramal.Kami cuba buat yang terbaik, dengan pengalaman yang kami ada selama hampir sepulah tahun dalam bidang pendidikan alam sekitar bersama pelajar , walaupun penubuhan persatuan agak baru kami daftarkan dengan R.O.S.


Pencapaian amatlah memberangsangkan dan mampu memberi pendidikan berkaitan kesedaran dan pemuliharaan alam pada pelajar yang menyertai program ini.Kami juga menyediakan soalan pada pelajar bagi mereka menjawap soalan berkaitan eko system hutan bakau, dengan mata pelajaran yang mereka pelajari disekolah.


1.    Faedah dan impak pelaksanaan program termasuk maklum balas daripada komuniti, peserta dan lain-lain.

-Hutan bakau mampu membangun dalam situasi lebih mampan agar menjadi zon penampan dalam terus kekal menahan hakisan akibat pikulan ombak besar serta hakisan yang lebih teruk.Malah eko system semulajadi mampu menjadi tumpuan habitat marin untuk terus membiak serta meneruskan kelestarian pada masa akan datang.

GAMBAR AKTIVITI












 

 

ensi 

 

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...