Jumaat, 5 Disember 2014

PROGRAM KOMUNITI DAN SOSIAL BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG

Syarikat kami yang boleh menganjurkan program alam sekitar dan kami juga menganjurkan proram khidmat masyarakat kepada pelbagai pihak seperti universiti tempatan, badan kerajaan & koperat.Baru-bari ini kami bersama team KLCC yang datang membuat khidmat masyarakat(CSR) bersama penduduk kampung sekitar Kuala Sepetang.
Aktiviti termasuk mengopek kerang,gotong-royong,membuat amal jariah dengan menghulurkan sumbangan beras dan sumbangan cek kepada JKKK.




Selasa, 18 November 2014

PROGRAM LAWATAN CUTI SEKOLAH

Menerima lawatan pelajar dari Sekolah kebangsaan,sekolah menengah dan IPTA bagi program lawatan sambil belajar dan program alam sekitar Hutan Paya Laut Matang Kuala Sepetang.
Banyak rombongan datang selepas tamat peperiksaan dan kami terpaksa menambah staf bagi melancarkan program lawatan dan bersedia memberi penerangan  kepada tetamu yang datang.
                Kami telah mengatur jadual atau tentatif  lawatan telah pun melantik seoran Guide untuk membawa rombongan sepanjang lawatan berlangsung.Pakej yang disediakan termasuk: 
 -Makan dan minum
-Penginapan
-Tour Guide
-Bot Pelancong
-Dewan dan cafe
-Sound System dan projector dan lain-lain 
                Kami juga menerapkan nialai-nilai murni dalam penjagaan alam sekitar serta pendidikan dalam menghijaukan bumi.Banyak rombongan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi serta penerangan yang mendalam tentang hutan bakau oleh pengawas hutan dari Jabatan Hutan.
Sekolah yang telah datang melawat pada bulan Okt dan Nov adalah: 




-SMKA Baling
-SMKA Al-Manshoor Penang
-SMK Cameroo Higland
-SMKA Hamidiah Kajang
-UTP Petronas Seri Iskandar
-SMK Mengkuang Penang
-SMK Dato Syed Omar Alor Star
-Kolej Komoniti Selandar
-SMK Sg Kertas Gombak
-SMK Sg Selamat
-SMK Seri Tasek
-SMK Seri Pengkalan Ipoh
-SMK Binjai Terengganu
-UiTM Perlis



               


Isnin, 20 Oktober 2014

LAWATAN SEKOLAH MENENGAH TAMBUN


0900
Muzium Sejarah Kota Ngah Ibrahim
1000
Taklimat dan beri tugasan
1030
Rehat Minum Pagi
1100
Trekking Hutan Eko Pendidikan
1200
Semai Benih Bakau
1230
Cari kerang dan lokan
01.30
Makan tengah hari
0230
Sembahyang zohor
0330
Lawatan Kilang Arang
0430
Minum Petang
0500
Kuala sepetang Haritage Trail
0600
Pembentangan tugasan
0700
Mee Udang Banjir Mak Teh
0730
Sembahyang Magrib-bertolak balik ke Ipoh

Isnin, 8 September 2014

PERKHEMAHAN SMK PENGKALAN AUR TAIPING DI KUALA SEPETANG

Perkhemahan 3 hari 2 malam,penuh aktiviti alam sekitar
Semai benih bakau
Lawatan sambil belajar
Kilang arang
Treking hutan bakau
Cari kerang
Masak makan sendiri
Team building
Tapak warisan KTM
Persembahan cintai alam semulajadi
Memanah warisan
Program motivasi

Saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas komitmen semua pihak yang menjayakan perkhemahan ini yang berjalan dengan lancar.Perkhabaran positif dari guru dan pelajar yang semuanya amat berpuas hati dengan aktiviti dan jadual program yang di atur olah kami Kuala Sepetang Eco Track.Cikgu Kumar terus menempah untuk satu lagi trip untuk kelas pendidikan khas pada Oktober nanti.

Jika berkesempatan kita berjumpa lagi.
                                              Bergambar hari pendaftaran
                                                         Aktiviti Team Building

                                                                      Masak Sendiri

                                                                    Semai Bakau
                                                                River Cruise

                                                             Memanah Warisan

Sabtu, 23 Ogos 2014

JAGUH JORAN RTM TVi SEPARUH AKHIR KE-3 KUALA SEPETANG

         Trip Jaguh Joran ini menempuh badai menjejaki mencari monster fish Laut Selat Melaka selama 2 hari 1 malam untuk memilih seorang peserta ke peringkat akhir.Kepercayaan yang di beri digunakan sepenuhnya agar memenuhi sasaran yang dicari.

4 peserta yang terpilih dari saringan sebelumnya terpaksa bertarung untuk muncul juara bagi melangkah ke peringkat akhir.Nizam Sabun,Yus Rimba,Jannatun dan Alif sama-sama handal dan berpengalaman dalam arena memancing berentap sesama sendiri untuk menentukan juara.
Danny sebagai pengacara kadang-kadang kelakar apabila melatah ketika ikan yang di pegang masih hidup semasa pengambaran sedang berlansung.
Pengambaran bermula di jeti yang agak usang dengan peserta perlu menyiapkan tugasan ikatan appolo yang mana pemenang mendapat imuniti untuk memilih tempat kedudukan di dalam bot Kakap Tua.Saya agak terperanjat dipilih secara spontan sebagai Mashall dan hakim sepanjang trip berlansung.
Apabila semua selesai bot mula bergerak kira-kira jam 10.00 pagi suasana yang tenang dan cuaca amat baik pada wal perjalanan dan hujan mula turun ketika hampir sampai di destinasi.
Apabila sampai peserta mula dengan appolo untuk dijadikan umpan yang mana 10 ekor pertama boleh mula memancing.Pada permulaan suasana tenang ikan belum menarik umpan.Perancangan penerbit untuk mencari port baru sebab masa masih panjang.Saya bergegas menyuruh operator bot supaya menggerakan bot untuk mencari port baru.Amat mengecewakan apabila dia cakap tak tahu dan saya mula mendesak dan suasana menjadi tegang..akhirnya dia mencari dalam GPS perjalanan ke tempat baru tersebut mengambil masa 1 jam untuk sampai.
Apabila sampai,sauh di turunkan joran dihulur dan umpan dilepaskan .. seekor demi seekor ikan berjaya dinaikan. Suasana menjadi ceria kembali,dengan ikan kerisi,kerapu,ikan merah,siakap dan ikan landak.
Saat mencemaskan kira-kira jam 7.15 malam, ikan besar mula menyambar umpan peserta di belakang bot.Semua kru dan Penerbit mula mencari slot terbaik untuk shooting sebab rod peserta tersebut mula melentik serta pertarungan sengit bermula untuk menaikan ikan tersebut...kedengaran suara peserta tersebut..Memujuk.."TOLONNNNG LA NAIK...1 MALAYSIA NAK TENGOK ENGKAU NI.."
Saya dan Penerbit masing-masig berdoa agar monster fish berjaya di tawan bagi mencapai target yang dihajati.Kira-kira 30 minit lebih bertarung sempat tengok peserta itu memegang pinggang dan bergerak dari kanan ke kiri bot ketika melayan monster fish tersebut.
Selepas itu barulah ikan tersebut menyerah diri di permukaan air sedia untuk dicangkuk bagi menaikanya.Lega rasanya dan kepuasan mula tergambar diwajah peserta dan  semua kru di dalam bot seramai 20 orang.
Selain ikan besar tu..lain-lain ikan adalah kerapu,jenahak,tenggirai,ikan yu dan ikan pari.
Semua selesai kami bertolak balik kira-kira jam 7.30 pagi dan sampai pada pukul 11.30 untuk shooting penentuan juara diatas bot Kakap Tua serta selamat mendarat di jeti pada jam 12.00 tengahari.
Terima kasih pada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung bagi menyiapkan program ini.Sama-sama kita nantikan apabila keluar TVi dan RTM nanti..TERIMA KASIH DAUN KELADI..ada rezeki kita jumpa lagi.








Isnin, 11 Ogos 2014

HOMESTAY KUALA SEPETANG-012 6316132

Hasrah homestay terletak di Kampung Menteri Kuala Sepetang yang semakin meningkat naik dari sektor pelancongan selain makanan popular me udang banjir.Kehadiran pelancong akan bertambah pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.
Ramai pengunjung yang bertanyakan tempat penginapan di sini, memandangkan jarak Kuala Sepetang dengan hotel berdekatan di Simpang lebih kurang 10km.Homestay ini yang ke tiga selepas Pak Yusop dan Fatin Homestay.
Homestay ini mempunyai
-3 bilik beserta katil doble
-1 bilik berhawa dingin
-2 bilik air
-Dapur
-Ruang tamu yang luas dan selesa
Untuk tempahan boleh hubungi saya 012-631 6132
-1 Malam rm250 cuti  
-Check in pada jam 12.00 tengahari
-Check out 1.00 ptg









Isnin, 7 Julai 2014

PERKHEMAHAN SMK PENGKALAN AUR 2014

JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN

Hari Pertama.
Membina menara dari kayu bakau. Panjang 15 kaki.
Sila bawa gergaji dan tali sendiri.
Memasak lauk makan malam sendiri. (Nasi, Peralatan dan
bahan disediakan)
Hari Kedua
Sarapan buat sendiri (Air panas & Bahan untuk buat sandwich
disediakan)
Aktiviti 1. Lawatan ke Hutan Pendidikan dengan renjer
Aktiviti 2. Lawatan ke Pusat Interpretasi dengan renjer
Aktiviti 3. Menyemai benih pokok bakau di tapak semaian
Aktiviti 4. Mencari lokan dan kerang untuk buat lauk.
Aktiviti 5. Lawatan ke Kilang arang kayu dengan renjer.
Aktiviti 6. Memasak lauk makan tengah hari.
Aktiviti 7. Memasak minum petang sendiri
Aktiviti 8. Persembahan budaya.
Aktiviti 9. Pemeriksaan khemah dan chalet
Aktiviti 10. Penilaian kumpulan terbaik.
Hari Ketiga
Buat sarapan sendiri.
Pemeriksaan khemah
Perhimpunan

Lawatan ke Pekan Kuala Sepetang dan perkampungan


Isnin, 16 Jun 2014

KEM REAKRASI BATU KURAU DAN TAIPING

KEM SITE CHANGKAT JERING DAN BATU KURAU

TENTATIF KEM JATI DIRI DI CAMP SITE BATU KURAU PERAK -POLYTECH MARA KUALA LUMPUR
Hari Pertama
2.00 pm Dijangka sampai. Daftar diri di Kem dan check In chalet
2.30 pm Rehat-Solat Zohor
3.00 pm Taklimat aktiviti Kem Jati Diri
3.30 pm Orientasi Kem dan kawasan aktiviti
5.00 pm Sukan santai/tradisional
7.00 pm Solat Maghrib dan tazkirah ringkas
8.00 pm Makan malam
8.30 pm Solat Isyak
9.00 pm Modul 1-tugasan melukis logo kumpulan dan penerangan
12.00 Tidur
Hari ke-2
6.30 am Bagun, solat subuh
7.30 am Sarapan
8.00 am Aktiviti outdoor -1 Jungle tracking
10.00 Aktiviti outdoor -2 merempuh halangan
10.30 Rehat –minum pagi
11.00 Aktiviti team building 1
12.30 pm Makan tengahari-sembahyang zohor
2.30 pm Aktiviti team building 2
3.30 pm Aktiviti team building 3
4.30 pm Aktiviti Masak Medan-minum petang
5.00 pm Merentas sungai
6.00 pm Tugasan untuk malam kebudayaan
7.30 pm Solat maghrib
8.00 pm Majlis BBQ
8.30 pm Persembahan Malam Kebudayaan
12.00 pm Tidur
Hari ke -3
6.30 am Bagun, solat subuh
7.30 am Sarapan
8.00 am Aktiviti team building
10.00 Aktiviti outdoor –Jungle tracking
10.30 Rehat –minum pagi
11.00 Aktiviti mencari harta karun
12.30 pm Makan tengahari-sembahyang zohor
2.30 pm Penyampaian hadiah dan cenderahati
3.30 pm Majlis dijangka selesai
4.00 pm Bertolak balik ke KL
Disediakan Jurulatih bertauliah,pengawasan keselamatan yang maksima dan makan 6 kali pada hari ke-2.Kawasan kem yang berdekatan dengan sungai serta dusun buiah-buahan....


PENGURUS ..012-6316132  Yusry








Sabtu, 10 Mei 2014

BOT BARU BAGI MERANCAKKAN ECO PELANCONGAN


          Terima kasih pada En Razali dan En Hisham yang sertai saya untuk membeli bot pelancong di Kuala Sepetang Taiping.Saya cuma sekadar nak tolong orang-orang melayu untuk sertai industri yang sedang rancak ini.
          Setelah kami bermensyuarat penubuhan persatuan pelancongan,ada perkembangan positif bagi menggalakana kehadiran pelancong di sini.Sebelum ini saya terpaksa memanggil bot cina untuk sertai saya bawa pelajar yang ramai datang dengan bas.Sedikit maklumat tentang penubuhan persatuan ini:


KERAJAAN MALAYSIA
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA
RESIT RASMI
ASAL
No. Resit : 01010014003313
Tarikh : 06/05/2014 01:37:46

Diterima daripada :
PERSATUAN PENGUSAHA PELANCONGAN KUALA SEPETANG
No. Daftar Pertubuhan : NSID-067-02052014
Alamat : 48, JALAN 4, TAMAN JANA SETIA 2, 34600 KAMUNTING, PERAK.
34600 TAIPING
PERAK



 MAKLUMAT JAWATANKUASA
PengerusiMOHD JUSRI BIN MOHD YUSOFF
Timbalan PengerusiELIAS BIN MAHUDIN
SetiausahaKHAIRUL SALLEH BIN AHMAD
Penolong SetiausahaISHAK BIN HARUN
BendahariMUHAMMAD RAZALEE BIN MASID
Ahli Jawatankuasa 1ROSLAN BIN SHAARI
Ahli Jawatankuasa 2ROZIYATI BINTI MAT RALIV

Khamis, 24 April 2014

PENGAMBARAN PROGRAM TV3 MEMILIH AKTIVITI DI KUALA SEPETANG

Sedikit petikan dari surat Penerbit Rancangan Sarapan TV3...




  Memohon Kebenaran Penggambaran 
       
          Memandangkan Kuala Sepetang terkenal dengan budaya yang unik serta menjadi perhatian pelancong dari luar negara, Kami berhasrat untuk mengadakan penggambaran di kuala Sepetang. Ia juga dapat mempromosi Kuala Sepetang untuk tatapan semua penonton di Malaysia. Satu episod 30 minit akan dilakukan di sekitar negeri Kuala Sepetang dan Kuala Kangsar.

          Seperti yang dinyatakan di atas, 'Sarapan' adalah program ‘Travel Log’, akan mengetengahkan aktiviti pagi yang boleh dilakukan sama ada selepas atau sebelum bersarapan. Rancangan Sarapan ini di keudara setiap Ahad,  Jam 9 Pagi dan telah mancapai rating sebanyak 500 ribu penonton setiap episod.
          Bagi pihak TV3, saya amat berharap agar pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.


………………………………………….
Nurul Najwa Binti Md.Isa
Production Assistant
Primeworks Studios Sdn Bhd

          Ketika saya mendapat panggilan dari Najwa saya terkejut macam tak percaya pun ada,Tv3 nak datang shooting.Yang jadi masalahnya dia telifon hari Jumaat hari selasa dah nak datang,dengan surat kebenaran tak hantar lagi.
          Saya nak susun aktiviti lagi,dah la cadangan yang saya bagi dia cakap dah cover.Last-last saya buat cerita dari awal angkat kerang hingga la selesai hantar kat kampung nelayan,baru dia setuju.Semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
             Saya sentiasa mengalu-ngalukan program yang mempromosikan tempat-tempat menarik di Perak ini.

  
 Saya bersama Aisey Pengacara Sarapan

                       Krew yang terlibat dalam pengambaran                   




Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih pada:
Najwa -Production Assistant
Ain      -Produser Assintant 
Jabatan Hutan Perak
Perak Tourism
Mak Teh Me Udang Banjir
Ah Hui Taukeh Kerang
En.Ishak Harun Pembantu Guide
C.K dan Ah Leong-Botman
dan semua yang terlibat menjayakan pengmbaran ini











Isnin, 14 April 2014

PROGRAM ALAM SEKITAR UiTM SHAH ALAM

         Program yang diberi nama Damai Alam 11 yang mana siri 1 pernah dilaksanakan di Kukup Johor.Kali ini berlangsung di Kuala Sepetang Taiping Perak dengan aktiviti di susun atur oleh Kuala Sepetang Eco Track.Aktiviti yang melibatkan menyemai benih,menanam  bakau,menjelajah hutan bakau,lawatan ke kilang arang dan menaiki bot mencari kerang dan dolphin.
          Semua 82 peserta termasuk pensyarah dibahagikan dengan 3 kumpulan dengan pecahan 3 aktiviti dibantu oleh 3 Tour Guide,En Yusri,En Khairul dan En Razali.Pelajar sebenarnya teruja untuk menaiki bot memancing, melihat dolphin dan burung helang serta menyauk kerang.
 

          Semua aktiviti berjalan dengan lancar walaupun hanya kumpulan kedua trip naik bot yang berpeluang melihat Ikan Dolphin.Saya yang sudah biasa dengan aktiviti ini pun berpuas hati melihat mereka gembira sepanjang masa berbanding sebuah IPT dari Pantai Timur yang terencat disebabkan tiba lewat di lokasi disebabkan kerosakan bas.
          

Saya juga mengucapkan terima kasih pada urusetia program Dayana dan Athirah serta Pensyarah En Zarul,En Raiz dan Puan Liza yang sudi bersama-sama mengetuai program ini.Mereka juga sedia mengongsi ilmu dan pengalaman ketika bersama saya sepanjang program berlangsung.Segala teguran saya terima dengan hati terbuka.Sedikit komen dari mereka yang sempat saya coretkan disini serta cadangan yang boleh dipertimbangkan dari Dayana.

- Mereka lebih berdisiplin dengan menepati masa yang ditetapkan berbanding siri 1-Cik Dayana
-Semua berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini barlaku
-Kuala Sepetang Eco Track- mempunyai pakej yang unik dengan aktiviti yang menarik-En Raiz PPP
-Semuanya ok..tanpa sebarang masalah saya berpuas hati-En Zarul Pengetua
-Perlu tambah aktiviti merempuh halangan dalam lumpur-Cik Dayana Ketua Pelajar 
(Saya akan cari tempat yang sesuai sebab risiko tinggi ada ular bakau yang amat berbisa)

Kami sebenarnya amat mengalu-ngalukankan aktiviti tersebut sebab profil syarikat kami memberi keutamaan dalam menjaga alam sekitar dengan slogan "SAVE NATURE" demi menjaga persekiran yang mengekalkan kehijauan.







PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...