Sabtu, 23 Ogos 2014

JAGUH JORAN RTM TVi SEPARUH AKHIR KE-3 KUALA SEPETANG

         Trip Jaguh Joran ini menempuh badai menjejaki mencari monster fish Laut Selat Melaka selama 2 hari 1 malam untuk memilih seorang peserta ke peringkat akhir.Kepercayaan yang di beri digunakan sepenuhnya agar memenuhi sasaran yang dicari.

4 peserta yang terpilih dari saringan sebelumnya terpaksa bertarung untuk muncul juara bagi melangkah ke peringkat akhir.Nizam Sabun,Yus Rimba,Jannatun dan Alif sama-sama handal dan berpengalaman dalam arena memancing berentap sesama sendiri untuk menentukan juara.
Danny sebagai pengacara kadang-kadang kelakar apabila melatah ketika ikan yang di pegang masih hidup semasa pengambaran sedang berlansung.
Pengambaran bermula di jeti yang agak usang dengan peserta perlu menyiapkan tugasan ikatan appolo yang mana pemenang mendapat imuniti untuk memilih tempat kedudukan di dalam bot Kakap Tua.Saya agak terperanjat dipilih secara spontan sebagai Mashall dan hakim sepanjang trip berlansung.
Apabila semua selesai bot mula bergerak kira-kira jam 10.00 pagi suasana yang tenang dan cuaca amat baik pada wal perjalanan dan hujan mula turun ketika hampir sampai di destinasi.
Apabila sampai peserta mula dengan appolo untuk dijadikan umpan yang mana 10 ekor pertama boleh mula memancing.Pada permulaan suasana tenang ikan belum menarik umpan.Perancangan penerbit untuk mencari port baru sebab masa masih panjang.Saya bergegas menyuruh operator bot supaya menggerakan bot untuk mencari port baru.Amat mengecewakan apabila dia cakap tak tahu dan saya mula mendesak dan suasana menjadi tegang..akhirnya dia mencari dalam GPS perjalanan ke tempat baru tersebut mengambil masa 1 jam untuk sampai.
Apabila sampai,sauh di turunkan joran dihulur dan umpan dilepaskan .. seekor demi seekor ikan berjaya dinaikan. Suasana menjadi ceria kembali,dengan ikan kerisi,kerapu,ikan merah,siakap dan ikan landak.
Saat mencemaskan kira-kira jam 7.15 malam, ikan besar mula menyambar umpan peserta di belakang bot.Semua kru dan Penerbit mula mencari slot terbaik untuk shooting sebab rod peserta tersebut mula melentik serta pertarungan sengit bermula untuk menaikan ikan tersebut...kedengaran suara peserta tersebut..Memujuk.."TOLONNNNG LA NAIK...1 MALAYSIA NAK TENGOK ENGKAU NI.."
Saya dan Penerbit masing-masig berdoa agar monster fish berjaya di tawan bagi mencapai target yang dihajati.Kira-kira 30 minit lebih bertarung sempat tengok peserta itu memegang pinggang dan bergerak dari kanan ke kiri bot ketika melayan monster fish tersebut.
Selepas itu barulah ikan tersebut menyerah diri di permukaan air sedia untuk dicangkuk bagi menaikanya.Lega rasanya dan kepuasan mula tergambar diwajah peserta dan  semua kru di dalam bot seramai 20 orang.
Selain ikan besar tu..lain-lain ikan adalah kerapu,jenahak,tenggirai,ikan yu dan ikan pari.
Semua selesai kami bertolak balik kira-kira jam 7.30 pagi dan sampai pada pukul 11.30 untuk shooting penentuan juara diatas bot Kakap Tua serta selamat mendarat di jeti pada jam 12.00 tengahari.
Terima kasih pada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung bagi menyiapkan program ini.Sama-sama kita nantikan apabila keluar TVi dan RTM nanti..TERIMA KASIH DAUN KELADI..ada rezeki kita jumpa lagi.