Khamis, 24 April 2014

PENGAMBARAN PROGRAM TV3 MEMILIH AKTIVITI DI KUALA SEPETANG

Sedikit petikan dari surat Penerbit Rancangan Sarapan TV3...




  Memohon Kebenaran Penggambaran 
       
          Memandangkan Kuala Sepetang terkenal dengan budaya yang unik serta menjadi perhatian pelancong dari luar negara, Kami berhasrat untuk mengadakan penggambaran di kuala Sepetang. Ia juga dapat mempromosi Kuala Sepetang untuk tatapan semua penonton di Malaysia. Satu episod 30 minit akan dilakukan di sekitar negeri Kuala Sepetang dan Kuala Kangsar.

          Seperti yang dinyatakan di atas, 'Sarapan' adalah program ‘Travel Log’, akan mengetengahkan aktiviti pagi yang boleh dilakukan sama ada selepas atau sebelum bersarapan. Rancangan Sarapan ini di keudara setiap Ahad,  Jam 9 Pagi dan telah mancapai rating sebanyak 500 ribu penonton setiap episod.
          Bagi pihak TV3, saya amat berharap agar pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.


………………………………………….
Nurul Najwa Binti Md.Isa
Production Assistant
Primeworks Studios Sdn Bhd

          Ketika saya mendapat panggilan dari Najwa saya terkejut macam tak percaya pun ada,Tv3 nak datang shooting.Yang jadi masalahnya dia telifon hari Jumaat hari selasa dah nak datang,dengan surat kebenaran tak hantar lagi.
          Saya nak susun aktiviti lagi,dah la cadangan yang saya bagi dia cakap dah cover.Last-last saya buat cerita dari awal angkat kerang hingga la selesai hantar kat kampung nelayan,baru dia setuju.Semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
             Saya sentiasa mengalu-ngalukan program yang mempromosikan tempat-tempat menarik di Perak ini.

  
 Saya bersama Aisey Pengacara Sarapan

                       Krew yang terlibat dalam pengambaran                   




Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih pada:
Najwa -Production Assistant
Ain      -Produser Assintant 
Jabatan Hutan Perak
Perak Tourism
Mak Teh Me Udang Banjir
Ah Hui Taukeh Kerang
En.Ishak Harun Pembantu Guide
C.K dan Ah Leong-Botman
dan semua yang terlibat menjayakan pengmbaran ini











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...