Bersedia untuk tawan ikan besar di Langkawi,yang amat memuaskan hati.Para kaki pancing bolehlah hubungi saya untuk kita sama-sama turun ke laut untuk bertarung dengan ikan yang besar.Memang puas hati,saya coretkan sedikit pengalaman saya sambil bercuti dengan keluarga di Langkawi.
Pada bulan Julai sebelum puasa saya dah rancang nak bawa keluarga untuk bercuti di Langkawi.Seperti sedia maklum kawan-kawan saya yang baru bersara dari ATM,telah pun bercuti bersama keluarga,cuma saya saja yang belum sebab kesibukan berkursus dan kerja, hasrat bercuti terpaksa ditangguhkan dulu.
Pada mulanya perancangan saya,bercadang untuk holiday kat Pulau Perhentian Terengganu,namun selepas kursus Nature Guide di Perlis, bertemu dengan kawan-kawan yang mojoriti datang dari Langkawi.So..holiday saya bertukar sebab kawan-kawan nak buat reunion dan dinner kat Langkawi beserta dengan saya dan geng dari Perak ada 5 orang sahaja,yang lain 25 orang semua orang Langkawi.
Saya menempah Hotel Holiday Villa cuma dapat 1 malam sahaja,malam kedua saya cari homestay untuk keselesaan mak mertua saya.Secara kebetulan adik lelaki saya yang juga kaki pancing tinggal di Tmn Nilam dekat dengan Hajah Homestay tempat saya menginap.Kami dah pun merancang untuk memancing,dan saya cuma bawa mesin pancing sahaja rod pinjam yang adik saya punya.
Saya panggil kawan yang sama kursus dengan saya, namanya Rozana,minta tolong dia temankan keluarga saya untuk pergi shoping,sebab saya tak ikut shoping,bagi memudahkan perancangan kami untuk turun ke laut.Saya hulur duit pada adik saya untuk beli minyak bot dan umpan,pada kira-kira jam 2.30 ptg kami mula turun ke jety,ingatkan jauh,rupa-rupanya di belakang rumah dia tinggal sahaja.
Bawa umpan udang hidup dan naik bot yang agak panjang 23 kaki injen 30hp,cuma 10 minit dah sampai tempat memancing.Kami cuma 3 orang saja siap boleh baring telentang lagi,sebab bot panjang.
Bot kami parking kat muka laut..air masuk ke kuala,dengan air laut yang jernih,tidak boleh labuh sauh sebab nak jaga karang, tempat lubuk ikan besar-besar dok main.Guna batu ladong agak besar,..sebesar ibu jari,dibiarkan tergantung kira-kira sejengkal dari dasar karang.Bot dibiarkan hanyut pelahan-lahan,dengan umpan udang hidup,seekor demi seekor ikan besar-besar di tawan.
Saya amat berpuas hati dengan hasil tangkapan pada hari tu.Sebab tak pernah dapat ikan sebesar kertas saiz A4.Dalam dok sedap tarik ikan,tali stater injen bot tersangkut lagi..,dah rugi masa setengah jam nak pebetul.Namun begitu jam 7.00 kami bertolak balik sebab nak kejar ke hotel untuk denner dengan kawan-kawan
Pun begitu saya memang amat berpuas hati dengan hasil pada hari tu.Nak angkat dalam beg berat lebih dari 10 kg,masa cuam lebih kurang 2 jam lebih sahaja dapat ikan Kerapu, Jemuduk, Geropoh, Gerut-gerut, Tebal Pipi, Bawal Cermin dan Jenahak.
Jika sesiapa kaki pencing nak pergi boleh hubungi saya 012-631 6132,kita turun test tengok macamana nak bertarung dengan ikan Langkawi sambil-sambil makan angin.Saya juga boleh bagi harga yang berpatutan, dengan turun ke laut awal pagi dan balik sebelum waktu maghrib.1 bot cuma lebih kurang Rm250 sahaja siap dengan umpan dan makan tengahari serta tekong yang berpengalaman.Jika ramai kita akan cari bot tambahan sebab untuk keselesaan, 1 bot boleh naik 4 orang sahaja.Rod pancing bawa sendiri dan digalakan guna tali 100-200 paun sebab ikan besar kadang-kadang berat lebih kurang 5-8kg seekor,hari tu saya guna tali benang 200 paun.
Bot fiber 23 kaki,melalui Pulau Tikus pemandangan yang menarik..kadang-kadang jetsky melintas di laluan yang menganggu keselesaan kami tengah menunggu ikan,untuk ditarik..memang best gilerr..enjoy la..memang terbaik..nak try jom...kita turun tengok baru tau...macamana nak tawan ikan besarr...rasa-rasa esok nak pi lagi..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PAKEJ LAWATAN KE SELANGOR
Selain dari lawatan ke Perak kami juga , menyediakan pakej lawatan ke Negeri Selangor meliputi : -Pakej untuk program CSR (Syarikat atau N...
-
Kami menawarkan pakej lawatan sambal belajar ke Kuala Kangsar,Taiping,Kuala Sepetang,dan Lumut Perak. Terbuka kepada guru-guru , pelajar d...
-
Kami Kuala Sepetang Eco Tourism yang beroperasi di Kuala Sepetang yang mana menyediakan beberapa jenis anak benih pokok bakau unt...
-
Anak bakau untuk dijual di Kuala Sepetang, Perak JENIS BAKAU MINYAK DAN BAKAU KURAP Kuala Sepetang merupakan kawasan hutan paya laut yang ...
Ada lagi tak trip memancing ni?
BalasPadamMaaflah dah tak buat. Saya buat di Taiping Kuala Sepetang. Terima kasih
Padam