Sabtu, 10 Jun 2017

TIPS MOTIVASI USAHAWAN-Rezeki Yang Barokah

Berdasarkan pengalaman dalam peniagaan Eko Pelancongan ini,saya kongsikan bersama ilmu keusahawanan untuk yang meminati bidang ini.Saya mula menulis dan kongsikan bidang keusahawanan ini sejak perlantikan saya sebagai BisKaunselor baru-baru ini.

Sebelum ini saya sudah biasa memberi motivasi pada yang minta pendapat saya dalam bidang ini.Apa yang saya nak cerita di sini lebih kepada motivasi modal insan dalam usahawan.Mencari keberkatan dan keredhoaan dariNya dalam mencari rezeki agar rezeki kita lebih barokah dan juga menjadikan hasil titik peluh kita ini berkekalan di dunia dan akhirat.

Banyak juga ilmu saya dapat dari kawan-kawan saya yang jadi Biskainselor dan sahabat usahawan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Ada beberapa tip yang ingin saya kongsikan bersama:
1-Niat Berbuat Kebaikan.
Ketika keluar mencari rezeki doakan semogaa Dia permudahkan urusan kita dalam               mencari rezeki.Juga memperbaiki diri sendiri agar dapat buat yang terbaik pada pelanggan dan orang persekitaran kita.
2-Waktu Dhuha
Amalkan berhenti seketika ketika waktu Dhuha untuk solat 2 rakaat solat Dhuha ditempat kita mencari rezeki.Jika tak berkesempatan,memadai dengan baca surah                   Dhuha.(antara jam 8.30pg-Zohor)
3-Bersedekah
 Niat dihati kita akan bersedekah dengan sedikit atau banyak sekiranya di beri rezeki yang lebih.Orang tidak akan jatuh miskin jika banyakan denagn bersedekah
4-Doa Yang Baik-Baik
Ketika kita memberi duit atau nafkah pada anak isteri/suami,ibubapa atau sesiapa pun,niat di hati..atau ketika kita menunaikan sedekah..'Ya Allah aku bersyukur dengan rezeki ini,kau tambahkan lagi untukku..,inshallah akan ku berinfaq lagi selepas ini.
5-Setiasa Berdoa Ketika Waktu Mustajab
kita tak sedar doa adalah senjata kita orang islam.Selalu kita berdoa ketika dalam kesempitan, kesusahan ketika senang kita lupa untuk berdoa.pilihlah waktu-waktu mustajap untuk berdoa contohnya pada tiap hari jumaat.
6-Banyakan Bersyukur
Buangkan sikap ego walaupun ekonomi kita dah stabil ..banyakan bersyukur dengan nikmat yang Dia beri.Kata ulama..manusia ni, walaupun dia mati tapi hidup semula.masih tidak mahu bersyukur.Jika Allah tambahkan kita,sebaliknya kita guna rezeki pada jalan yang melalaikan kita seolah-olah kufur nikmat dengan rezeki yang kita dapat 
7-Berzakat
 Duit yang banyak,,kekayaan yang melimpah itu tak penting untuk dibanggakan Pengisian dan  keberkatan pada rezeki itu lebih penting- banyakan                   bersedekah, berzakat lebih barokah.Jika tidak tunaikan zakat, kita seolah-olah memakan     duit berlebihan kita sendiri sedangkan duit itu hak anak yatim

8-Melihat Kesusahan Dari Kekayaan
 Kita teringin nak jadi seperti orang yang kaya dan hidunya mewah..,tiada gunanya jika kekayaan itu menyusahkan.Kehidupan yang tidak tenteram.Kita tak dapat selami orang kaya sedangkan kehidupannya kita sekadar melihat luaran sahaja.Pandanglah                  kesusahan dulu sebelum kesenangann mungkin orang kaya tu dulunya susah yang kita tidak tahu.
9-Tunaikan Rukun Islam ke 5
 Walaupun kita tak berkemampuan,sekurang-kurangnya daftar dulu dan niat serta doa akau akan ke Tanah Suci juga satu hari nanti.Semoga dipilih menjadi                         tetamuNya.Sekurang-kurangnya Doa dan usaha untuk tunaikan umrah dulu sebelum haji.
10-Infaq Ketika Durian Runtuh
Jika dapat job yang besar ..niatlah akau akan infaq 2 hingga 5 % untuk anak yatim atau masjid, pada mereka yang memerlukan Inshallah.Keberkatan rezeki kita akan terserlah dan bertambah lagi tanpa kita duga.
Jika kita terlepas atau gagal dapatkan job, sale berkurangan..ingatkan Allah..mudah- mudahan Dia menggantikan rezeki yang lebih baik nanti.Kita hanya merancang..sebaik- baik perancang adalah dariNYA jua
Kekadangan ,bila berlaku durian runtuh kebanyakan dari kita dah merancang untuk enjoy atau melancong.
11.Jangan Lupa Pada Ibubapa
Kongsikan sedikit rezeki kita dengan mereka Inshallah rezeki bertambah dan lebih barokah.Jika mereka dah tiada,niatlah pahala sedekah ini dihadiahkan untuk mereka.Kebiasaanya mencari mereka ketika susah ,lupa mereka ketika kita senang.
12.Bersabar Dengan Dugaan
Untuk menjadi usahawan yang berjaya perlu banyak bersabar dengan cabaran dan dugaan yang bakal mendatang.Sebenarnya rezeki bukan pada tangan seseorang.Persoalan yang berlaku pada kita..Kenapa orang lain dapat rezeki lebih tetapi tidak berlaku pada         kita.Sebenarjnya semua ketentuan dari Dia kita hanya merancang.Tanpa kita sedar Allah SWT menghantar beribu malaikat pada orang banyak bersabar.maksudnya tiada istilah orang lain mencuri pelanggan kita.Tak perlu salahkan orang, cari kesalahan kita sendiri.








Sebagai kesimpulanya berbuat baiklah dengan orang sekeliling kita,mereka juga akan doa yang baik-baik untuk kita.Sentiasa berpandangan yang positif pada persekitaran kita semua kan jadi positif.
Perlu ingat..apa yang kita niat,apa yang kita sebut,,apa yang kita lakukan semua adalah doa..so sentiaslah beringat.
Apa nabi sebut..
Bersedekahlah dengan apa yang kita mampu..walaupun dengan sebiji kurma dan orang yang berilmu tak perlu kedekut dengan ilmu yang kita ada,sebab apa yang kita ada ini semuanya milik DIA.Menyampaikan ilmu yang baik dari hati yang ikhlas pada mereka yang memerlukan juga merupakan berinfaq ke jalan kebaikan.

WALLAHUALAM..SEKIAN TERIMA KASIH.
Yang ingin share dan komen silakan