Jumaat, 21 Julai 2017

PULAU PERHENTIAN

Saya ke Terengganu apabila diberi tugasan sebagai Biskaunselor Insken dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.Kami semua 20 orang termasuk staf Insken yang menyertai program selama 2 hari di Taman Tamandun Islam Kuala Terengganu.

amat tidak mengyangka kehadiran usahawan amat membanggakan apabila anggaran seribu yang hadir hampir 1500 orang peserta.Team kami menginap di TTI dan pegawai Insken Menginap di Hotel Putri Kuala Terengganu.

Apabila selesai program tersebut dengan berjaya sebab kehadiran Dato Fdhilah Kamsah,Dato Alif Shukri serta Hairudin Omar turut memeriahkan program tersebut.

Saya bersama kawan saya Suhandi bertolak ke Kuala Besut untuk ke Pulau perhentian.Dia hanya menghantar saya ke jeti sahaja sebab saya berseorangan untuk ke pulau serta sempat juga berjumpa dengan Jasmadi kawan saya masa dalam tentera dulu.

Setelah tiba di jeti saya telah pon disambut oleh Noor staf chalet yang saya tempah sebelum chek in ke pulau lagi.Kita memiliki selera masing-masing yang mana saya memilih Pulau Perhentian Kecil untuk melancong.

Setiba di Pulau Pehentian kecil saya berjumpa dengan Ezer yang menunjukan bilik saya.Setelah masuk ke chalet saya turun mencari pakej yang sesuai untuk trip petang tu.Ezer mengajak saya ke kincir angin untuk melihat pantai dan air laut yang jernih dari atas bukit.

Petang tu saya bersama satu lagi group dari Selangor untuk join terip ke kincir angin.Pakej tu ja yang saya sempat join memandangkan masa tu ja yang saya ada.Saya mencari pakej snorkling sebab esok saya dah nak bertolak balik ke Besut.Ezer ,guide disitu dah jadi kawan baik sebab saya pon guide jugak di Perak.

Kami plan short snorkling untuk esok sebab masa tak mengizinkan.Petang tu perut dah lapar sebab tengahari tak sempat makan. Saya makan me goreng di kedai makan sebelah saya menginap,walaupun agak mahal tapi mee goreng tu memang sedap.

Esok pagi,trip snorkling bermula jam 10 pagi.Masih lagi bersama Ezer.Saya memang excited sebab air yang cantik serta lama dah tak berenang dan menyelam.Kami 15 orang kongsi 1 bot.Hanya sempat menghabiskan 3 spot snorkling saja sebab ada dikalangan kami yang mabuk laut,sebab mungkin tak pernah naik bot rasanaya.

Saya tertinggal menceritakan aktiviti malam di situ sebab malam tu saya ke Long beach tengok fire show.Tambang rm25 ke sana mula 9mlm hingga 12mlm.Ramai juga orang tengok show tu walaupun hanya duduk di atas pasir pantai sahaja.



Sebagai kesimpulan ..bagi saya pelancong perlu buat servey dahulu supaya tidak tertipu.Maksud saya harga yang mahal..sebab ada harga yang murah mengikut bilangan group pelancong yang datang.Mungking selepas ini saya bawa famili saya pulak sebab selok belok trip ke sana saya dah tahu.

Pemilihan Pulau pulak terpulang nak ke Perhentian Kecil Atau besar.Tapi pulau ini dibuka wakty cuaca baik sahaja.Hujung tahun biasanya ditutup sebab cuaca musim tengkujuh.

Sekian ..untuk info..sebarang pertanyaan sila hubungi no diatas.