Sabtu, 13 Februari 2016

TREKING KE AIR TERJUN SEPUTIH IJOK PERAK

Air terjun Seputih adalah salah satu tempat yang cantik dan menarik untuk dikunjungi.Bagi yang meminati pengembaraan dan outdoor boleh mengunjungi air terjun ini yang terletak di 30km utara Batu Kurau.Kepada yang berminat boleh datang berkumpulan dengan menggunakan kereta dan parkir serta berjalan kaki kira-kira 30minit untuk sampai ke air terjun ini,

Air terjun ini jarang dikunjungi mungkin kerana ianya jauh sedikit dan ramai dikalangan kita tidak mengetahui adanya air terjun di sini.Ketika saya mula-mula menjadi pemandu pelancong saya pun tidak tahu apabila ada pelancong dari Ipoh yang bertanyakan tentang air terjun ini.

Kepada yang berminat bolehlah hubungi saya 012 6316132 untuk kita aturkan menerokai dan menjejaki ke air terjun ini.Dengan memberi bayaran kita menyusuri hutan dengan membawa bekalan dan pakaian untuk mandi- manda di sini.Saya cadangkan kumpulan melebihi 10 orang dengan pakaian outdoor serta kasut tapak getah atau kasut sukan(reakrasi luar)

Jika pelajar ramai melebihi 30 orang saya akan memanggil 3 orang Tour Guide untuk membantu menjejaki air terjun ini.-----SELAMAT MENEROKAI PERAK-----