Selasa, 8 Mac 2016

PERTANDINGAN EXPLORACE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG(UMP)

Setelah lama merancang untuk mengadakan "Explorace Game" di Kuala Sepetang.Kepercayaan yang diberi oleh UMP kepada Team Kuala Sepetang Eco Tourism untuk mengendalaikan progran ini amat-amatlah dihargai.Dari perkenalan En Hisham yang dulunya pelajar UiTM Puncak Alam pernah menggunakan khidmat saya untuk trekking Gunung Semanggol dan lawatan ke Kuala Sepetang.

Kali ini dia sudah pun menjadi staff UMP yang membawa semua staff termasuk Dato' Yusrie Naib Canselor UMP,yang turut serta bertungkus lumus menyertai explorace ini.Saya amat berbangga dengan keperhatinan beliau yang sanggup bermain lumpur bersama orang-orang kuat beliau.

Sedikit gambaran aktiviti dan gambar sepanjang program ini berlangsung.

-Berkumpul di Kilang arang
-Taklimat aktiviti,dan bacaan doa.
-mengopek kayu bakau hingga licin sebatang tiap kumpulan
-pikul kayu tersebut masuk ke dalam tanur kilang arang

-keluarkan semula kayu setelah juri membuat pemeriksaan
-packing arang 5 pack berat 4kg,berat yang terdekat dikira pemenang

-bergerak ke Pusat Eko Pelajaran
-mencari benih bakau kat lumpur satu setiap peserta
-cari anak bakau dan tanam kawasan lumpur
-semai benih seorang 1 tabung









..rehat.makan tengahari..solat

-berkumpul di jeti untuk taklimat keselamatan
-Naik bot ke pulau kulit kerang,buat kraftangan menggunakan kulit kerang
-naik bot ke sangkar ikan..sauk ikan dan pindah ke sangkar sebelah
-tangkap ikan buntal dan sentuh
-siang ikan telapia tadi,goreng dan makan seekor tiap 1 kumpulan
-Majlis penutup di Warung Me Udang Makteh

-penyampaian sijil dan cenderahati

Terima kasih..Naib Canselor Dato Yusrie yang sanggup berpeluh turun padang join aktiviti dan semua yang terlibat.Sporting.. antara group yang terbaik pernah kami handel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG TAIPING PERAK (SEHARI)

  Kami menyediakan pengurusan lawatan kepada guru,pensyarah yang ingin membuat lawatan ke tempat kami di Negeri Perak.Tentatif yang kami sed...