EKO PELANCONGAN KUALA SEPETANG
Pada 2hb Mac menunggu panggilan handphone dari En Azhar Pensyarah Kolej Antarabangsa Teknologi Cybernetic Kuala Lumpur.Lebih kurang jam 1 petang mereka sudah sampai dan terus makan Mee Udang Banjir Kedai Mak Jah.Aktiviti atas kehendak pelajar dan terpaksa membahagikan kepada 2 grop dengan trip pertama River Cruise perkampungan nelayan 1jam dan Aktiviti nelayan ke Kuala Sangga 2 jam. Aktiviti menyauk kerang dan memancing agak sukar dalam keadaan air pasang agak besar,sahabat saya Ah Leong terpaksa mengubah bot untuk mencari tempat yang ada ikan,namun tak sia-sia kerana seekor ikan duri setengah kilo dapat dinaikan pada minit-minit akhir aktiviti.Selepas selesai kami bertolak balik pada pukul 5 petang sampai di jeti sempat bergambar beramai-ramai. Ketika saya bersiap mengangkut batang pancing ada seorang pelancong melayu memberhentikan kereta be...