Ahad, 19 April 2020

MEMBINA KERJAYA PEMANDU PELANCONG DI NEGERI PERAK

REZEKI KUALA SEPETANG EPISOD 2 

TAHUN 2012 

Pada tahun ini aku memulakan tugas pemanduan secara sambilan dan baru belajar cara-cara untuk menguruskan pelancong ketika hujung minggu sahaja.Walaupun tugasan ini masih baru,tapi aku amat berminat dengan tugasan outdoor ini.Pengalaman dalam ATM sekurang-kurangnya dapat dipraktik dan dikongsikan bersama mereka yang memerlukan.Syarikat aku Kuala Sepetang Eco Track mula diambil alih olehku dari En Khairul sebagai pemilik tunggal manakala dia membuka syarikat sendiri bersama agensi pelancongannya KS Eco Tours Sdn Bhd.Pada pesara tentera boleh cuba buat sesuatu dengan skill yang kita ada bila kita dah pencen atau pon akan berpencen.
Permohonan aku untuk kursus sebagai pemandu pelancong telah pon lulus pada tahun 2013.Kami 29 peserta mula berkursusu di Pusat Biodeversiti Wang Pinang Kuala Perlis,dibawah Jabatan Perhilitan.King sebagai Kem Komandan yang banyak mengajar selok belok jadi pemandu pelancong sepanjang 17 hari disini.Kursus macam ala tentera pon ada dengan tak cukup tidor assignment nak kena siap nak kena present public speaking.


Baru tahu pentingnya tatacara pengucapan awam untuk berdepan dengan pelancong.Bukan senang nak jadi seorang pemandu pelancong yang bertauliah





 Mr King duduk kiri sekali En Nash baju biru muda dan En Din Stone kanan sekali

Team Semut Merah
Jusri Hasmadi Farouk Yana June Keren Jerry dan Faizal
semua mereka di Langkawi aku dan Faizal di Perak

Memulakan kerjaya sepenuh masa sebagai pemandu pelancong alam semulajadi setelah,berjaya memiliki lesen pada penghujung tahun 2013. Di daerah ini Larut Matang ini hanya 2-3 orang saja yang memiliki lesen pemandu pelancong alam semulajadi termasuk aku yang masih baru ketika itu..Banyak yang perlu aku belajar tentang hutan paya laut dari Jabatan Hutan Kuala Sepetang,yang mana ilmu tersebut perlu didalami bagi memudahkan penerangan pada pelancong dan pelajar yang datang menggunakan perkhidmatanku.Aku terpaksa melepaskan tugasan sebgai DJ rumah orang kahwin,untuk terus focus dalam bidang tourism ini Pada masa yang sama aku mula teringin untuk memiliki dan jadi jurumudi bot pelancong sendiri.Tahun yang sama juga aku mengambil lesen jurumudi bot di Pulau Pinang.Dengan nekad dan tawakkal Alhamdulillah aku dapat beli bot pelancong panjang 28kaki x 7.5 kaki boleh bawa 12 orang pelancong pada satu-satu masa.Bot dibuat Tanjung Dawai Pantai Merdeka Kedah dan didaftar di Manjung Lumut Perak.Susah juga bila ada bot pelancong kena ada permit,daftar permit di Jabatan Laut Malaysia Manjung Lumut Perak.No plat masa tu ALM 00692P.Sekarang dah ada 2 bot, 1 lagi baru sikit ALM 00835P.Di Kuala Sepetang bot pelancong semakin bertambah dari masa ke semasa,bagi aku itu satu persaingan sihat dalam industry ini.Ada beberapa pengitarafan yang aku dapat dari beberapa agensi dan NGO. Rasanya tak perlulah aku nyatakan terperinci anugerah yang aku dapat,cukuplah sekadar itu dan aku tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah taala bagi. Tiada niat di hatiku untuk mendapat apa-apa anugerah dalam industry.Tapi dengan pengitirafan inilah aku diberi peluang dan untuk membantu usahawan kecil untuk membina peniagaan untuk terus mampu bersaing.Salah satunya aku bermula dari zero satu langkah ke satu langkah susah payah untuk capai ketahap ini.


Bersama Staf INSKEN dan Coach IBC dan BEP-3 hari sebelum PKP(INSKEN)Dr Mai,En Izaidi,En Asraf dan Pn Yati


 Sikit yang nak dikongsi kenangan pahit sepanjang dalam industry bot pelancong ini.

-Awal mula dah ada orang kampung hendak memukul aku sebab katanya aku masuk ke jeti tanpa kebenaran-Pernah kena halau dari parking bot di Kg Menteri,merata juga aku cari tempat parking bot hinggalah dapat jumpa tempat sekarang(rahsia)

-Banyak kali juga bot akau karam hinggakan injen bot Yamaha 100hp aku terpaksa tukar injen lain kos terpaksa tangung sendiri.

-Kes terbaru kipas bot orang curi,hilang pada hari raya tahun lepas kos kipas steel pun hamper rm3k-Kos injen bot memang mencecah rm500 ke rm5k jika berlaku kerosakan sekarang 1 bot gearbox rosak belum siap.

-Tidak lagi jual pakej memancing sebab kos servis injen melebihi kos keuntungan dengan kos minyak yang mahal.Lebih memberi sedikit keuntungan bila jual pakej tengok lumba-lumba(dolphin) 

 


BAGAIMANA KUALA SEPETANG MULA MENCURI TUMPUAN.


Kuala Sepetang mula terkenal dengan me udang banjir bila Majalah 3 datang membuat liputan.Bila keluar TV3 desrinasi ini mula mencuri tumpuan pelancong untuk datang ke sini.Masa pilihanraya kecil Bukit Gantang tahun 2012 rasanya banyak media cetak dan media elektronik serbu Kuala Sepetang untuk membuat liputan dan mengeluarkan cerita hebatnya me udang Kuala Sepetang.


Masa tu jugak warung me udang mula muncul macam cendawan pulak.Betapa hebatnya berita yang viralkan me udang Kuala Sepetang.Selain me udang disini juga memiliki khazanah alam yang hebat hutan bakau yang luas.Lebih kurang 40 ribu hektar
Memenangi anugerah pengurusan hutan bakau terbaik didunia.Dibawah selian Jabatan Hutan Negeri Perak.Tahun 2016 Kementerian Pelancongan memilih Kuala Sepetang sebagai salah satu kluster pembangunan Eko Pelancongan Kebangsaan.


PELUANG BERSAMA INSKEN(Institut Keusahawanan Negara) 

 

Pada penghujung tahun 2016 aku terima surat panggilan untuk berkursus di bawah INSKEN(Institut Keusahawanan Negara) untuk menjadi seorang biskaunselor INSKEN.Antara ramai biskaunselor INSKEN saya seorang sahaja dalam bidang pelancongan. Hingga ke hari ini INSKEN masih memberi kepercayaan padaku untuk membimbing usahawan eko pelancongan di seluruh Malaysia.Aku amatlah terharu dan terhutang budi pada CEO INSKEN En Firdaus Azharudin yang memberi kepercaan padaku hingga ke hari ini.


Bersama CEO INSKEN En Firdaus Azharudin(Tengah,barisan belakang)
INSKEN sudah menjadi sebahagian dalam keluargaku.Program yang dianjurkan membantu usahawan juga memberi ruang untuk aku mengajar dan belajar sesuatu yang baru.Banyak juga usahawan yang telah dibantu dari segi coaching dan mentoring.Sebenarnya peluang yang INSKEN bagi inilah yang membolehkan diriku lebih memahami masalah usahawan serta dapat aku jejaki semua usahawan di seluruh perusuk negeri termasuk Sabah dan Sarawak.Kalau ikut duit sendiri tak mampu rasanya nak travel sejauh ni.Jutaan terima kasih sekali lagi pada INSKEN.


Ingin juga dinasihatkan pada semua usahawan diluar sana agar ikutilah program dari INSKEN yang sangat-sangat membantu untuk memajukan peniagaan dari pelbagai industri.Pada yang ingin sertai program IBC Eco Tourism boleh hubungi ku sebab sekarang INSKEN sedang mengumpul peserta untuk program akan datang. Cerita selanjutnya bagaimana aku terjebak sebagai Biskaunselor INSKEN pada tahun 2016 empat yang lalu. Terima kasih pada sanak saudara dan sahabat yang memberi sokongan padaku.Tanpa kalian siapalah diriku ini..


Jumpa lagi episod akan datang. Maaf episod satu hanya ada di FB saya. 





Jumaat, 17 April 2020

USAHAWAN PELANCONGAN DAN USAHAWAN PKS (SITUASI PKP)

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID19


Bagi Abam PKP ini satu tamparan hebat buat semua usahawan PKS,kecuali industri makanan atau F&B. Tu pon jika pandai curi peluang jual melaluli digital atau online marketing.

Situasi sekarang dah masuk fasa ke 3 PKP,dan satu perkembangan positif bila kes jangkitan makin menurun.Namun situasi masyarakat kita ada yang masih degil kes tangkapan masih tinggi walaupon kerajaan telah memberi denda yang maksimum.

Satu lagi kita banyakan bersyukur bila kerajaan bagi esentif bantuan BPN, Bantuan Prihatin Nasional.Pada yang belum daftar SSM,LHDN,Perkeso dan PBT boleh la mula daftar untuk dapatkan bantuan.

Kadang-kadang kesian pada usahawan kecil yang tiada apa-apa lesen,situasi begini menyukarkan untuk dapatkan bantuan.
Kita nak cuba bantu tapi usahawan sendiri perlu sedar dengan apa yang berlaku.Boleh nak harapkan bantuan dari kerajaan,tapi perlulah tahu syarat yang agensi tetapkan.



Abam copy dari page fb Abam

-Pentingnya Lesen Peniagaan

Pada saat ini usahawan menghadapi saat mencabar dalam mengharungi cabaran Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)Kerajaan prihatin mennyediakan intensif pada usahawan dan semua rakyat Malaysia yang layak. Apa yang saya nak sentuh adalah berkaintan agensi keewangan yang menyediakan pakej pinjaman atau loan pada usahawan.Bukan soal sikit atau banyak, syarat ketat atau tidak tetapi adakah semua usahawan memenuhi syarat yang di tetapkan.




Simple apa perlu buat pada usahawan status peniagaan setahun jagung.
-Pada usahawan yang tiada SSM perlu daftar dengan SSM dulu
-Pada yang belum daftar dengan PBT perlu buat pendaftaran(Pihak Berkuasa Tempatan)
-Pada yang tak ada statement bank perlu buat akaun bank peniagaan (Akaun Semasa)
-Setelkan yang basic ni dulu baru kita ke step seterusnya
-Bagi untuk dapatkan bantuan PRIHATIN dari kerajaan pusat syarat telah ditetapkan oleh pihak agensi seperti LHDN,KWSP dan Perkeso



Untuk bantuan dari kerajaan negeri pengkalan data dikumpul melalui usahawan yang buat pendaftaran dengan PBT,jika pendaftaran dengan usahawan NGO belum pasti untuk dapat bantuan.Kebanyakan usahawan yang tidak daftar dengan PBT adalah mereka yang berniaga tiada kedai tetap, ada pon warung tepi jalan dan warung bergerak.
BAGAIMANA PINJAMAN DENGAN BERHEMAH
-Saya syorkan pada yang nak buat pinjaman pilhlah agensi yang sediakan intrest yang rendah (2-5%)
-Jangan pinjam maksima seperti yang pihak bank tawarkan
-Pinjamlah ikut kemampuan untuk buat bayaran walaupun bank beri penangguhan 6 bulan bayaran balik
-Jika suami isteri berniaga jangan tamak buat pinjaman 2-2 belah phak serentak memadai seorang pon cukup.
-Jangan buat pinjaman 2-3 agensi serentak cukup 1 agensi sahaja,jika mohon 3 lulus 1,sila buat pembalan bank yang lulus kemudian tu.
-Jangan buat pinjaman bertindih dengan agensi berbeza.
-Jangan gunakan duit pinjaman untuk perbelanjaan peribadi
-Setelah lulus pinjaman,buat catatan perbelanjaan kita akan tahu ke mana duit kita belanjakan.
-Jika orang lain ingin meminjam duit kita elakan beri pinjam,walaupun dia berjanji bulan dan bintang.
-Gunalah duit pinjaman dengan berhemah sebab pinjaman untuk kita cari untung,dalam bisnes,dengan untung itu kita buat bayaran balik pada bank yang kita pinjam.


-Pentingnya Lesen Peniagaan
Pada saat ini usahawan menghadapi saat mencabar dalam mengharungi cabaran Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)Kerajaan prihatin mennyediakan intensif pada usahawan dan semua rakyat Malaysia yang layak.
Apa yang saya nak sentuh adalah berkaintan agensi keewangan yang menyediakan pakej pinjaman atau loan pada usahawan.Bukan soal sikit atau banyak, syarat ketat atau tidak tetapi adakah semua usahawan memenuhi syarat yang di tetapkan.
-Simple apa perlu buat pada usahawan status peniagaan setahun jagung.
-Pada usahawan yang tiada SSM perlu daftar dengan SSM dulu
-Pada yang belum daftar dengan PBT perlu buat pendaftaran(Pihak Berkuasa Tempatan)
-Pada yang tak ada statement bank perlu buat akaun bank peniagaan (Akaun Semasa)
-Setelkan yang basic ni dulu baru kita ke step seterusnya
-Bagi untuk dapatkan bantuan PRIHATIN dari kerajaan pusat syarat telah ditetapkan oleh pihak agensi seperti LHDN,KWSP dan Perkeso
Untuk bantuan dari kerajaan negeri pengkalan data dikumpul melalui usahawan yang buat pendaftaran dengan PBT,jika pendaftaran dengan usahawan NGO belum pasti untuk dapat bantuan.Kebanyakan usahawan yang tidak daftar dengan PBT adalah mereka yang berniaga tiada kedai tetap, ada pon warung tepi jalan dan warung bergerak.


BAGAIMANA PINJAMAN DENGAN BERHEMAH
-Saya syorkan pada yang nak buat pinjaman pilhlah agensi yang sediakan intrest yang rendah (2-5%)
-Jangan pinjam maksima seperti yang pihak bank tawarkan
-Pinjamlah ikut kemampuan untuk buat bayaran walaupun bank beri penangguhan 6 bulan bayaran balik
-Jika suami isteri berniaga jangan tamak buat pinjaman 2-2 belah phak serentak memadai seorang pon cukup.
-Jangan buat pinjaman 2-3 agensi serentak cukup 1 agensi sahaja,jika mohon 3 lulus 1,sila buat pembalan bank yang lulus kemudian tu.
-Jangan buat pinjaman bertindih dengan agensi berbeza.
-Jangan gunakan duit pinjaman untuk perbelanjaan peribadi
-Setelah lulus pinjaman,buat catatan perbelanjaan kita akan tahu ke mana duit kita belanjakan.
-Jika orang lain ingin meminjam duit kita elakan beri pinjam,walaupun dia berjanji bulan dan bintang.
-Gunalah duit pinjaman dengan berhemah sebab pinjaman untuk kita cari untung,dalam bisnes,dengan untung itu kita buat bayaran balik pada bank yang kita pinjam.
Terima kasih..
Nukilan Usahawan Bangkit PKP

-GAMBAR SEBELUM PKP




PEMBEKAL ANAK POKOK BAKAU KUALA SEPETANG

Anak bakau untuk dijual di Kuala Sepetang, Perak   Kuala Sepetang merupakan kawasan hutan paya laut yang memiliki persekitaran hutan bakau y...