PEMANDU PELANCONG KUALA SEPETANG
RINGKASAN SINOPSIS PERJALANAN KARIER SEBAGAI PEMANDU PELANCONG TAHUN 2012 Pada tahun ini saya memulakan tugas pemanduan secara sambilan dan baru belajar cara-cara untuk menguruskan pelancong ketika hujung minggu sahaja.Walaupun tugasan ini masih baru,tapi saya amat berminat dengan tugasan outdoor ini.Pengalaman dalam ATM sekuarang-kurang dapat dipraktik dan dikongsikan bersama mereka yang memerlukan. TAHUN 2013 Memulakan kerjaya sepenuh masa sebagai pemandu pelancong alam semulajadi setelah,berjaya memiliki lesen Pemandu Pelancong Alam Semulajadi pada penghujung tahun 2013. Di daerah ini Larut Matang ini hanya 2-3 orang saja yang memiliki lesen pemandu pelancong alam semulajadi termasuk saya.Banyak yang perlu saya belajar tentang hutan paya laut dari Jabatan Hutan Kuala Sepetang,yang mana ilmu tersebut perlu didalami bagi memudahkan penerangan pada pelancong dan pelajar yang datang menggunakan perkhidmatan saya. TAHUN 2014 Oleh kerana ada permintaan untu...