Rabu, 28 September 2016

TEMPAT MENARIK DI TAIPING

              Saya terpanggil untuk membawa anda mendekati tenpat-tempat menarik sekitar Taiping dan menjelajah produk baru pelancongan di daerah Larut Matang dan Selama ini.Taiping merupakan tempat warisan sejarah namun sedikit produk pelancong baru dan yang lama hanya membuat penambahbaikan.

               Sejak siapnya pembinaan Dataran MPT di tengah bandar Taiping, ramai pengunjung dan penduduk setempat datang beriadah di sini.Suasana malam tidak lagi sunyi pada malam dan hujung minggu.Saya biasa akan mengikut kehendak pelancong ke mana mereka hendak melawat dan cuba cadangkan tempat-tempat menarik sekitar Taiping

              Saya membawa pelancong lebih kepada Kuala Sepetang yang mana bayak produk baru berada di sini secara semulajadi Tarikan pada alam Hutan Paya Laut Matang yang luas dan cantik
seolah memanggil pengunjung untuk datang.Persekitaran yang agak terpencil cuma di Pekan Kuala Sepetang yang agak sibuk dengan bas pelancong serta yang bawa ahli keluarga,

            Perkampungan nelayan juga menjadi tarikan,sebab suasana yang asli dengan bot nelayan
yang besar dan kecil ada yang parking dan ada yang belegar-legar di muara sungai Sepetang.Disini saya senaraikan beberapa aktiviti pelancong yang boleh dilaksanakan di Kuala Sepetang ini.




         

Sabtu, 17 September 2016

AGEN YANG BERLESEN DAN PERTAULIAHAN KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA

Kami bernaung dibawah Syarikat KSET berdaftar dengan SSM IP073243-P sebagai syarikat yang mengendalikan lawatan,rombongan dan pelancong melawat Kuala Sepetang dan seluruh Negeri Perak.Malah kami juga mempunyai lesen dibawah Kementerian Pelancongan Malaysia di daftar dengan nama KS Eco Tours Sdn. Bhd. KPK/LM8037.

Mula beroperasi pada 2010 hingga ke saat ini Apr 2016 telah pun mengendalikan lebih kurang 600 trip lawatan dari dalam dan luar negara.Kami juga sedia memberi nasihat dan tunjuk ajar agar tidak berlaku penipuan dari pihak yang tak bertanggungjawap dan sentiasa menjaga kualiti perkhidmatan yang terbaik.Selain itu kami memiliki staff yang bertauliah mempunyai lesen Pemandu Pelancong 5 orang semuanya bagi menampung banyaknya trip untuk dikendalikan.

Saya yang mula-mula mempunyai lesen pada tahun 2013 dan mendapat Anugerah Pemandu Pelancong Terbaik Negeri Perak Pada Tahun 2015 mengendalikan melebihi 130 trip pelancong dan rombongan pada tahun tersebut.Bukan hendak bermegah dengan tugasan tersebut namun saya tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.

                                               
                                                     TERBARU EXP 2017


Saya memang bersedia dan telah memberi kerjasama dengan mana-mana pelajar IPTA yang datang untuk membuat kaji selidik atau untuk belajar tentang selok belok eco pelancongan di Kuala Sepetang ini.
 
Kebiasaan kesalahan yang berlaku pada individu yang tidak memahami undang-undang dalam pelancongan adalah:

1-Membuat tugasan pemandu pelancong yang tidak berlesen
2-Pemandu pelancong bandar dan alam semualajadi melanggar zon yang di tetapkan
3-Individu yang menjual pakej pelancongan yang tidak bernaung dibawah Agensi yang bertauliah
4-Memberi perkhidmatan yang tidak memuaskan sekadar untuk mengaut keuntungan sahaja.
5-Dan lain-lain kesalahan kecil tertakluk pada perintah dari Kementerian Pelancongan Malaysia.

Saya menyarankan agar pihak yang berkaitan supaya meneliti syarat yang ditetapkan oleh kementerian daripada dikenakan tindakan undang-undang atau denda.Bedasarkan pengalaman juga ada dikalangan yang pernah melanggar undang-undang tersebut telah didenda sebanyak rm50,000.

Saya juga salah seorang jurumudi bot pelancong yang memiliki lesen dari Jabatan laut Malaysia untuk membawa pelancong menaiki bot dan membawa orang pergi memancing di Kuala Sepetang.Demi leselamatan pelancong kita perlu berhati-hati dalam mengendalikan trip agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Sekurang-kurangnya jika berlaku apa-apa kemungkinan kita mempunyai lesen yang dapat mempertahan kesalahan kita seratus-peratus.Tambahan pula pelancong lebih berkeyakinan untuk menggunakan perkhidmatan kita untuk melancong

Kadang-kadang kita melihat Travel Agen sanggup menipu Pakej Umrah semata-mata untuk mengaut untung.Yang terbaru saya melihat 61 agen yang mempunyai lesen pakej umrah tinggal 49 sahaja,12 lagi agen telah digantung perkhitamtan kerana melanggar undang-undang undustri. 

Untuk itu kepada semua penggiat industri pelancongan agar lebih berhati-hati dalam mendalikan pelancong bukannya untuk mengaut untung semata-mata.






PEMBEKAL ANAK POKOK BAKAU KUALA SEPETANG

Anak bakau untuk dijual di Kuala Sepetang, Perak   Kuala Sepetang merupakan kawasan hutan paya laut yang memiliki persekitaran hutan bakau y...