PUSAT EKO PELAJARAN KUALA SEPETANG
Jika anda dari selatan ke utara ingin berhenti unuk berehat semalam dua bolehlah singgah ke Kuala Sepetang.Berbagai pakej pelancongan menarik menanti anda di sini.Saya ingin memaparkan dan mencerita serba sedikit tentang permandangan senja yang menarik di sini serta kehijauan hutan bakau yang di jaga rapi oleh Jabatan Hutan Negeri Perak. Ramai pelancong tertarik dengan hutan bakau di sini,dan ada yang kagum sebab hutan disini tidak sama atau tidak ada langsung di negara mereka.Ada dikalangan masyarakat kita yang tidak menghargai hutan bakau ini disebabkan masyarakat kita sudah biasa hidup dengan persekitaran hutan. Mulai tahun ini jabatan hutan telahpun mengenakan bayaran masuk ke semua hutan lipur negeri,walaupun ada dikalangan pelancong tempatan yang bersikap dingin dengan bayaran tersebut.Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tentang bayaran yang dikenakan,Cuma mengaggap bayaran tersebut mungkin digunakan untuk senggaraan infrakstutur dan fisilites dalam hutan lipur ...