Jumaat, 13 Mac 2015

PUSAT EKO PELAJARAN KUALA SEPETANG

Jika anda dari selatan ke utara ingin berhenti unuk berehat semalam dua bolehlah singgah ke Kuala Sepetang.Berbagai pakej pelancongan menarik menanti anda di sini.Saya ingin memaparkan dan mencerita serba sedikit tentang permandangan senja yang menarik di sini serta kehijauan hutan bakau yang di jaga rapi oleh Jabatan Hutan Negeri Perak.
Ramai pelancong tertarik dengan hutan bakau di sini,dan ada yang kagum sebab hutan disini tidak sama atau tidak ada langsung  di negara mereka.Ada dikalangan masyarakat kita yang tidak menghargai hutan bakau ini disebabkan masyarakat kita sudah biasa hidup dengan persekitaran hutan.
Mulai tahun ini jabatan hutan telahpun mengenakan bayaran masuk ke semua hutan lipur negeri,walaupun ada dikalangan pelancong tempatan yang bersikap dingin dengan bayaran tersebut.Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak tentang bayaran yang dikenakan,Cuma mengaggap bayaran tersebut mungkin digunakan untuk senggaraan infrakstutur dan fisilites dalam hutan lipur tersebut.
Sebagai pemandu pelancong saya terpaksa akur dengan syarat kemasukan tersebut,walaupun kehadiran pelancong agak berkurangan untuk masuk ke sini.Di Pusat Eko Pelajaran ini terdapat berbagai kemudahan termasuk:

a.       Tandas
b.      Chalet
c.       Dormetry(baru)
d.      Cafe(belum beroperasi)
e.      Dewan Pelantar
f.        Jeti  Bot Pelancong
g.       Laluan Pejalan Kaki(boardwalk)
h.      Bilik Mensyuarat
i.         Bilik Pameran(Interpitasi)
j.        Tapak Semaian Bakau
k.       Pejabat Jabatan Hutan
l.         Kuaters Renjer

Penginapan di sini sesuai untuk rombongan dan tidak berapa sesuai untuk keluarga memandangkan suasana di sini lebih kepada lawatan sambil belajar dan program alam sekitar atau program motivasi yang boleh memuatkan 150 pelajar pada satu-satu masa.

Banyak habitat flora dan fauna yang anda boleh lihat di sini termasuk pokok spises hutan paya laut dan binatang yang biasa dengan suasana lumpur.Binatang yang biasa bermain di sini termasuk ikan belacak,monyet,burung,biawak dan lain-lain.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKEJ LAWATAN KE SELANGOR

Selain dari lawatan ke Perak kami juga ,  menyediakan pakej lawatan ke Negeri Selangor meliputi :  -Pakej untuk program CSR (Syarikat atau N...