Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

PEMANDU PELANCONG KUALA SEPETANG

Imej
BIODATA PEMANDU PELANCONG  MOHD JUSRI B MOHD YUSOFF  TG12365 Mula menceburi dalam bidang eco pelancongan secara sambilan pada tahun 2012 selepas bersara dari Angkatan Tentera.Apabila ramai pelancong yang datang ketika itu beliau mula membuka langkah dengan mengambil lesen Pemandu Pelancong pada 2013.Pada tahun tersebut juga ramai pelancong dan rombongan sekolah yang datang ke Kuala Sepetang yang jumlahnya meningkat dari tahun ke tahun.Pada tahun 2015 ini sahaja beliau sudah membawa 101 trip rombongan dengan 5127 pelancong,termasuk pelancong yang datang tidak membuat tempahan. Nama...

GAMBAR ECO PELANCONGAN MENARIK DI KUALA SEPETANG

Imej
Tourism Perak meminta pada saya gambar-gambar menarik di sekitar Kuala Sepetang untuk di masukan ke slide semasa Anugerah Pelancongan Taiping diadakan di Ipoh nanti.dalam senarai banyak gambar menarik yang saya ada.Eco pelancongan di sini adalah satu distinasi terbaik untuk pelancong menikmati suasana hutan bakau dan melihat sendiri aktiviti nelayan.

PENINGKATAN PELANCONG DI KUALA SEPETANG

Imej
Kuala Sepetang merupakan kawasan agak terpencil di daerah Matang yang terkenal dengan makanan me udaang banjir.Saya mula menjadi seorang guide secara sambilan pada tahun 2010.Selepas mendapat lesen Nature Guide baru saya bergiat aktif dalam eco pelancongan ini. Sepanjang saya menjadi guide di Kuala Sepetang ini saya amat terkejut dengan jumlah kehadiran pelancong yang meningkat dari tahun ketahun yang berikutnya.Baru-baru ini saya menghadiri mensyuarat pengusaha pelancongan bersama MPT,Eco pelancongan di sini mula mendapat perhatian PBT dan kemmenterian berkaintan,termasuk juga Jabatan Laut kerana pertambahan bot pelancong yang meningkat secara mendadak. Saya juga terima statistik carta kehadiran pelancong ke sini dari tahun 2010 dari pihak Pelancongan MPT. TAHUN 2010          16 000 PELANCONG         BOT PELANCONG      3   BUAH BOT TAHUN 2013          22 000 PELANCONG      ...

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEMULAJADI UNTUK PELAJAR

Imej
Program ini sesuai untuk pelajar kerana lebih memberi manfaat pendidikan kesedaran dari peringkat muda karana kami bersedia memberi tunjuk ajar dan mendidik agar pelajar dapat menerapakan nilai-nilai murni pada diri masing-masing.Sepanjang kami mengendalikan progran tersebut ramai guru dan pensyarah berpuas hati dengan apa yang dilaksanakan.   Di sini disertakan contoh pakej sehari program alam sekitar dan bot river cruise..cuma harga antara rm70 ke rm100 sahaja untuk seorang pelajar termasuk 3 kali makan.Perubahan harga bergantung pada aktiviti yang di pilih. JADUAL LAWATAN 0930 Muzium Matang 1000 Minum Pagi-Nasi Lemak 1030 Tiket Masuk Pusat Eko Pelajaran 1100 Bot river cruise Ke Pulau Kuala Sangga-melihat burung dan cari dolphin 1330 Makan Tengahari-Me Udang Banjir 1430 Sembahyang zohor 1500 Program alam sekitar-Semai bakau,kilang arang dan treking pelantar  1530 Pusat Interpitasi Hutan Bakau 1630 Kuala Sepetang Harirage Trail 1700 Minum petang-majlis penyampai sijil alam ...

KELIP-KELIP KUALA SEPETANG

Imej
Kelip-kelip Sg. Sepetang merupakan kelip-kelip yang terbanyak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.Ramai pelancong yang datang untuk melihat keunikan kelip-kelip Sg. sepetang ini. Saya akan mengaturkan bot untuk dinaiki oleh pelancong melihat kelip-kelip memandangkan kelip-kelip ini hidup di pokok Bakau Barembang yang terletak di sepanjang Sg Sepetang ini. Perbezaan di sini berbandingkan dengan Kuala Selangor ada masa perjalanan,sungai dan bot.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 90 minit dan sungai yang agak besar serta bot pelancong menggunakan injen 100 kuasa kuada keatas.Kebiasaan pelancong ramai ketika hujung minggu dan cuti umum.Di sini pelancong boleh naik bot pergi melihat kelip-kelip dari Kuala Sepetang dan dari jeti Kg Dew,Kamunting. Bot saya beroperasi di Jeti Jabatan Hutan dan boleh juga naik di Pekan Kuala Sepetang mengikut kehendak pelancong.Lebih mudah jika pelancong buat tempahan awal bagi memudahkan untuk saya menetapkan masa yang sesuai. Kelip-kelip di sini ...

PAKEJ DISTINASI BAJET NEGERI PERAK-SMK TMN MELAWATI

Imej
Saya ingin mencadangkan supaya anda di luar sana cuba datang ke Kuala sepetang yang saya maksudkan sebagai distinasi yang dicari.Sekarang nama Kuala Sepetang mulamenempa nama di persada Malaysia sebagai distinasi percutian yang memiliki eco system hutan bakau yang menarik dan cantik. Perjalanan dengan kenderaan dari Kuala Lumpur hanya menyambil masa 4 jam dengan meyusuri tol Bkt Gantang/Changkat Jering.Dari tol tersebut hanya 15km sahaja ke sini,yang mana kebiasaan keluarga memilih untuk menikmati me udang banjir yang popular dengan udangnya yang besar dan banyak.Bila ditanya me udang mana yang sedap,saya tak dapat nak beri jawapan sebab rasa terletak pada selera dan rasa masing-masing.Cuma saya dapat ceritakan lokasi serta nama kedai sahaja,mula-mula jumpa Me Udang Mak Teh di Kg Tebuk,Me Udang Mak Jah di Kg Menteri dan e Udang Salleh Stall di pekan Kuala Sepetang yang mula-mula menjual me udang. Ramai pengunjung yang datang pada musim cuti sekolah dan hujung minggu.Selain itu ada...

PERMANDANGAN MENARIK TAIPING,BUKIT MERAH DAN KUALA SEPETANG

Imej
Permandangan yang menarik dan cantik diambil dari pengambaran Tourism Perak dengan kamera dron seolah-olah kita sedang menaiki helikopter.Pengambaran di Kuala Sepetang dengan menggunakan Bot KSET dan Bot Damia kebetulan menjumpai ikan lumba-lumba(Dolphin). Saya amat menyokong pihak pelancongan memperbanyakan promosi tempat-tempat menarik di Daerah dan Negeri Perak ini. Video ini juga banyak di tayangkankan di Hotel Perdana dan MPT untuk tontonan pengunjung yang datang dan berehat di ruang lobi. Bagi saya kita lebih luas pandangan melalui video yang memaparkan keseluruhan tempat dalam sudut pandang 360 darjah. Sebenarnya banyak tempat menarik dan bersejarah terletak di sini cuma kadang-kadang kita terlepas pandang untuk berkunjung ke sini. Ramai yang datang ke Kuala Sepetang adalah terdiri dari pada berbagai peringkat umur.Yang mengambil pakej dari syarikat kami adalah pelajar SK,SMK,IPTA dan Syarikat Swasta yang menjalankan aktiviti alam sekitar.Malah ada juga datang sema...

KURSUS C.T.R.E-CONTINUING TOURISM RELATED EDUCATION

Imej
KURSUS CTRE UNTUK PEMANDU PELANCONG BERLESEN PTGA akan menganjurkan kursus tersebut di Kuala Sepetang Perak sehari sahaja dengan mendapat 2 sijil ctre.Maklumat adalah seperti berikut Tarikh:  17hb Mei 2015 Hari    :  Ahad Masa  :  8.00 pagi - 5.00 ptg Tempat:Muzium Matang Tentatif adalah seperti berikut: 08.30a.m. (sharp)~ Matang Muzium Kuala Sepetang 09.30a.m. ~Joss-stick Factory visit Joss-stick making Factory. CTRE 1: COTTAGE INDUSTRY OF MALAYSIA 10.30a.m. ~Charcoal Factory The charcoal factory in Matang is located right in the middle of a spectacular mangrove forest since 1940. Every single process in a charcoal factory is manually done. Charcoal production is a long process and involves lots of man power. 11.45a.m. ~Seafood Lunch Enjoy the delicious seafood lunch at local famous restaurant 1.00p.m. ~River cruise,Eagle feeding,Fish farm & Kuala Sangga Take a boat ride – using the daily path of the fisherman out to sea. This is th...

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR PT3

Imej
Menguruskan lawatan sambil belajar SMK Puchong Perdana KL pada 17 dan 18 Apr 2015.Terima kasih Cikgu Rohanah yang diberi kepercayaan untuk mengetuai 134 orang pelajar termasuk guru datang melawat Kuala Sepetang dan Kuala Kangsar. Saya mengetuai misi menjayakan lawatan di sini yang dibantu oleh 5 orang krew bagi melancarkan program lawatan di sini. Lawatan UniKL MFI pada 2 hari sebelumnya membuat aktiviti alam sekitar komuniti gotong -royong Masjid Kuala Sepetang

SENJA YANG CANTIK KUALA SEPETANG

Imej
Mencari sunset yang cantik di muara sungai atau lautan agak sukar kadang-kadang yang dicari tak muncul-muncul.Saat-saat permandangan yang begini tak perlu tunggu,capai saja kamera ataupun smartphone yang ada snap secepat yang boleh memandangkan masa matahari yang nak terbenam adalah terlalu singkat. Kebiasaanya saya bawa bot pelancong cuba memusingkan bot untuk ambil kedudukan yang stategik bagi merakamkan detik-detik menarik di sini.Malah cuba cari objek ayang melintas atau apa-apa objek yang ada di situ agar gambar tidak kelihatan kosong. Di Kuala Sepetang ini tidak ramai yang tahu produk pelancongan di sini sedang rancak dengan kehadiran ramai pelancong untuk datang menikmati suasana perkampungan nelayan dengan menaiki bot river cruise. Yang orang ramai sedia maklum Kuala Sepetang terkenal dengan mee udang banjir sahaja, sedangkan banyak lagi tempat yang menarik sedia menanti anda di sini.Pada pihak berkuasa tempatan termasuk Tourism Malaysia atau Perak perlu pergiatkan promos...