Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

PROGRAM INSKEN BUSINESS COACHING ECO TOURISM

Imej
 PROGRAM MEMBANTU USAHAWAN EKO PELANCONGAN Syarikat Kuala Sepetang Eco Track adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM sebagai syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan lawatan rombongan seperti pelancong melawat Kuala Sepetang dan seluruh negeri Perak sejak 2012 lagi. Pemilik Syarikat Mohd Jusri juga mempunyai lesen p emandu p elancong alam semu la jadi dibawah Kementerian Pelancongan Malaysia. Pernah memenangi Anugerah Pemandu Pelancong Terbaik Perak pada 2015.   Mula beroperasi pada tahun 2012 sehingga ke hari ini. Kami telah dipilih oleh INSKEN dan AIM untuk melatih dan memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada usahawan eko pelancongan dalam program coaching dan mentoring.   Program bersama INSKEN bermula pada tahun 2018 iaitu program dipanggil IBC (INSKEN BUSINESS COACHING) seramai 26 usahawan pelancongan seluruh Malaysia telah terpilih untuk menjalani program tersebut yang mana syarikat kami mengendalikan program tersebut selama 4 bulan. Dalam program tersebut u...