PENGANJURAN FAMILY DAY TOUR KE TAIPING DAN KUALA SEPETANG
Peserta Family Day daripada Kolej Kejururawatan Taiping JP 01/2001 yang telah memilih kami KSET sebagai pengurus program Family Day pada kali ini.Mereka pernah berkhusus di Kolej Kejururawatan pada 2001 dan ini merupakan Reunion kenangan masa berkursus dulu. Program ini telah berjalan selama 2 hari 1 malam iaitu daripda 6 Julai 2019 (Sabtu) sehingga 7 Julai 2019 (Ahad). Seramai 4 orang telah menyertai rombongan Family Day ini dan ianya terdiri daripada 15 keluarga. Program dimulakan pada 6/7/2019 dimana peserta Family Day bersarapan di homestay masing-masing dan kemudiannya berkumpul di perkarangan parkir Zoo Taiping untuk aktiviti pertama pada hari tersebut, iaitu melawat Zoo Taiping. Sebanyak 20 keping tiket dewasa dan 23 keping tiket kanakp-kanak telah ditempah untuk sesi lawatan Zoo Taiping pada hari tersebut. Sesi lawatan dijalan selama 1 jam dimana peserta dibawa melawat mengelilingi seluruh kawasan Zoo Taiping dengan menggunakan train yang diediakan oleh pihak zoo. ...