Peserta Family Day daripada Kolej Kejururawatan Taiping JP 01/2001 yang
telah memilih kami KSET sebagai pengurus program Family Day pada kali ini.Mereka pernah berkhusus di Kolej Kejururawatan pada 2001 dan ini merupakan Reunion kenangan masa berkursus dulu.
Program ini telah berjalan selama 2 hari 1 malam iaitu daripda 6 Julai 2019 (Sabtu)
sehingga 7 Julai 2019 (Ahad). Seramai 4 orang telah menyertai rombongan Family
Day ini dan ianya terdiri daripada 15 keluarga.
Program dimulakan pada
6/7/2019 dimana peserta Family Day bersarapan di homestay masing-masing dan
kemudiannya berkumpul di perkarangan parkir Zoo Taiping untuk aktiviti pertama
pada hari tersebut, iaitu melawat Zoo Taiping. Sebanyak 20 keping tiket dewasa
dan 23 keping tiket kanakp-kanak telah ditempah
untuk sesi lawatan Zoo Taiping pada hari tersebut. Sesi lawatan dijalan selama
1 jam dimana peserta dibawa melawat mengelilingi seluruh kawasan Zoo Taiping
dengan menggunakan train yang diediakan oleh pihak zoo.
Seterusnya, setelah melawat Zoo Taiping, peserta
dibawa ke Kilang Spritzer untuk melawat dan melihat proses pembuatan air
mineral jenama Spritzer. Disini, peserta diberi penerangan ringkas mengenai
latar belakang kilang ini daripadda pegawai yang bertugas. Seterusnya, peserta
dibawa masuk ke kawasan pemprosesan untuk sesi lawatan. Lawatan di dalam
kawasan pemprosean berlangsung selama setengah jam. Selepas esi lawatan tamat,
peserta dibawa ke Spritzer Ecopark yang terleta bersebelahan dengan kilang.
Disini, peserta dapat menikmati pemandangan yang menghijau dan menikmati
suasana yang mendamaikan. Selain menimati pemandangan yang mendamaikan, peserta
juga dapat membeli ole-ole untuk dibawa pulang.
Dalam pukul 2 petang begitu, para perta berkumpul di terminal bas
Taiping untuk menaiki bas rapid, bagi sesi seterusnya iaitu Taiping Heritage
Trail, dimana para peserta dibawa pusing-pusing di bandar taiping selama 1 jam.
Setelah selesai pusing bandar Taiping, para peserta dibawa ke keai Cndol yang
terkenal di banddar Taiping iaitu Cendol Ansari. Peserta menikmati cendol
tersebut dengan begitu berselera.
Setelah itu, peerta Family Day dibawa melawat ke Kilang Kopi Antong.
Di kilang ini, para peerta diberian demonstrai secara live cara-cara membuat an
memasak biji-biji kopi dan seterusnya para peserta diberi tester setiap jenis
keluaran kopi untu dirasa oleh mereka. Seleai di kilang kopi, kami bertolak ke
Kuala Sepetang untuk sesi river cruise.
Ketika sesi river ruise di Kuala Sepetang, para peserta dibawa
menyusuri Sungai Sepetang dan melihat pemandangan yang indah di sungai
tersebut. Para pesrta ddibawa untu melihat Ladang Ikan, Burung Helang ,
perkampungan nelayan dan lain-lain. Sesi ini mengambil masa sejam lebih untuk
selesai. Setelah itu, peserta dibawa ke Kilang Arang, untuk menyaksikan sendiri
proses pembikinan arang kayu dari awal hingga akhir proses.
Selesai di kilang arang, para peserta dibawa ke Restoren Mee Udang
Mak Teh yang terkenal dengan kesedapan mee udangnya. Para peserta menikmati Mee
Udang Mak Teh dengan penuh berselera. Selesai makan, peserta pulang ke homestay
masing-maing untuk berehat.
Pada hari kedua (7 Julai 2019, Ahad), peserta bersarapan di homestay
masing-masing dan seterusnya berkumpul di Taman Tasek Taiping untuk aktiviti
Zumba an sukaneka. Aktiviti pada pagi tersebut dimulakan dengan aktiviti Zumba
yang diketuai oleh Puan Fatin. Acara Zumba berlangsung selama 1 jam dan para
peserta kelihatan begitu bersemangat ketika berzumba. Seterusnya, aktivitui
pada hari tersebut diteruskan dengan acara sukaneka yang melibat seluruh ahli
keluarga para peserta. Antara permainan yang dijalankan ketika acara sukaneka
adalah Radio Karat, Kepit Bola, Belon Misteri, Belon Kasih Sayang, Berebut
Kertas dan Sepak Botol. Acara sukaneka berjalan dengan lancar dan dipenuhi
dengan gelak ketawa yang menceriakan.
Akhir sekali, setelah selesai sesi sukaneka, bergambar dan
pembahagian hadiah kepada pemenang, peserta dibawa ke destinasi terakhir tour
Family Day tersebut iaitu ke Burmese Pool. Peserta bermandi manda dan beriadah
bersama keluarga dengan gembiranya.
Sesi tour Tamat dengan jayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan