PEMBEKAL ANAK POKOK BAKAU
Anak bakau untuk dijual di Kuala Sepetang, Perak JENIS BAKAU MINYAK DAN BAKAU KURAP Kuala Sepetang merupakan kawasan hutan paya laut yang memiliki persekitaran hutan bakau yang luas. Hutan paya laut di Kuala Sepetang merangkumi lebih kurang 40 ribu hektar berkeluasan jajaran 55 km dari utara Kuala Gula hingga selatan Pantai Remis.Kelebaran keluasan 13km lebar. Di sini memiliki lebih kurang 30 pelbagai spesis bakau yang mana bakau yang banyak di sini adalah bakau minyak ( Rhizophora apiculata ) dan bakau kurap ( Rhizophora mucronata ). Team kami di Kuala Sepetang, terdiri daripada penduduk kampung yang membuat semaian anak pokok bakau jenis bakau minyak dan bakau kurap untuk ditanam semula selepas hutan bakau ditebang di mana kayu bakau tersebut dijadikan kayu arang. Kebiasaannya pokok bakau minyak berketinggian satu ke satu setengah kaki manakala bakau kurap berketinggan dua kaki ke dua kaki setengah. Kawasan tapak semaian memiliki 10 000 - 30 000 anak pokok....