Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

PAKEJ KUALA SEPETANG KE BAN PECAH KUALA KURAU

Imej
JOM TEROKAI PAKEJ BARU KAMI Pakej ke Kuala Kurau mula mendapat permintaan apabila kami mempromosikan lokasi baru untuk pelancong.Lokasi terletak di pinggir laut yang diberi nama BAN PEAH KUALA KURAU. Ban Pecah menjadi tumpuan pelancong pada setip petang,bagi menik mati suasana keindahan yang memiliki sedikit kelainnan dari lain-lain pantai. Di sini kami boleh beri gambaran apabila kita mengadap ke utara laut terletak di sebelah kiri,,ban atau batas jalan sebelah kanan dan sebelah kanan jalan terletaknya sawah padi.Boleh jelas permandangan dengan melihat dari pandangan dron link yang kami siarkan di sini. link video Ban Pecah Kuala Kurau https://www.youtube.com/watch?v=sWjY3Kz17i8 Kami ke sini dah tak ingat berapa kali dan situasi permandangan sentiasa berbeza mengikut perubahan cuaca.Bukan hendak memuji destinasi disini,Permandangan memang cantik dan menarik Permandangan Arah Sawah Padi JADUAL LAWATAN KUALA SEPETANG KUALA KURAU -PELANCONG DARI SINGAPURA...

KURSUS USAHAWAN EKO PELANCONGAN KUALA SEPETANG

Imej
Kursus ini Insken Industry Based Training Kursus ini diadakan di Batu Kurau Perak Gambardan testimoni dari peserta kursus Assalamualaikum dan salam sejahtera, terutama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada coach Encik Jusry dan Puan Nora kerana telah banyak kongsikan banyak ilmu-ilmu baharu kepada kami dalam program tersebut. Program tersebut berlangsung pada 25,26,27 Oktober. Pada mulanya saya hadir kursus itu bertempat di Homestay Mawaddah, Kuala Kurau. Alhamdulillah semuanya terbaik sekali. Dari segi makanan, tempat tinggal dan pengurusan program tersebut. Dan jugak atas penyampaian ilmu tentang keusahawanan yang coach bagi pada hari tersebut. Pada 26/10/2019 kami melawat ke Kuala Sepetang(portweld). Disitu banyak pengetahuan baharu yang kami dapat, tentang proses kilang arang, jenis-jenis bakau dan cara bakau itu membesar. Terima kasih jugak kepada Encik Abu, kerana telah memberi maklumat yang lanjut tentang petumbuhan bakau-bakau yang ada d...

NAIK BOT PELANCONG KUALA SEPETANG

Imej
RIVER CRUISE KUALA SEPETANG Kami sedia membawa pelancong bersiar-siar di muara sungai Kuala Sepetang.Jika anda dapat menaiki bot di sini pelbagai flora dan fauna dapat di lihat di sekitar Sungai Sepetang ini.Pemandangan yang cantik dengan alam semulajadi masih kekal dari duhulu hingga ke hari ini. Perkampungan nelayan yang padat serta memiliki sejarah tersendiri membuatkan ia satu tarikan pelancong disini. Malah juga makanan laut yang sedap membuatkan ramai pengunjung memilih untuk makan me udang disini.Jika anda meniki bot bersama kami di Kuala Sepetang kami sediakan jekat keselamatan dan juga tour guide secara percuma. Pentingnya tour guide adalah untuk memberi penerangan kepada pelancong untuk dapat mengetahui info yang menarik disini. Ramai juga pelancong dari luar negara datang ke sini hanya ingin naik bot dan makan makanan laut yang sedap dan murah.Kami banyak juga terima tempahan dari pelancong luar seperi Australia,Sepanyol,Itali dan lain-lain negara. Kam...

PENGANJURAN FAMILY DAY TOUR KE TAIPING DAN KUALA SEPETANG

Imej
Peserta Family Day daripada Kolej Kejururawatan Taiping JP 01/2001 yang telah memilih kami KSET sebagai pengurus program Family Day pada kali ini.Mereka pernah berkhusus di Kolej Kejururawatan pada 2001 dan ini merupakan Reunion kenangan masa berkursus dulu. Program ini telah berjalan selama 2 hari 1 malam iaitu daripda 6 Julai 2019 (Sabtu) sehingga 7 Julai 2019 (Ahad). Seramai 4 orang telah menyertai rombongan Family Day ini dan ianya terdiri daripada 15 keluarga. Program dimulakan pada 6/7/2019 dimana peserta Family Day bersarapan di homestay masing-masing dan kemudiannya berkumpul di perkarangan parkir Zoo Taiping untuk aktiviti pertama pada hari tersebut, iaitu melawat Zoo Taiping. Sebanyak 20 keping tiket dewasa dan 23 keping tiket kanakp-kanak telah ditempah  untuk sesi lawatan Zoo Taiping pada hari tersebut. Sesi lawatan dijalan selama 1 jam dimana peserta dibawa melawat mengelilingi seluruh kawasan Zoo Taiping dengan menggunakan train yang diediakan oleh pihak zoo. ...

KURSUS SURVIVAL BERSAMA RENJER

Imej
PENGANJURAN KURSUS SURVIVAL  Kursus survival ini bagi mendidik agar seseorang itu mampu menjalani ikhtiar hidup bila tersesat di hutan berseorangan atau berkumpulan.Ilmu yang dikongsi oleh pasukan yang mahir selok-belok hutan iaitu Pasukan Renjer ATM yang terlatih dan berpengalaman. Walaupun saya seorang bekas anggota tentera Artileri Para,namun ilmu survival saya masih perlu mendalami dengan mereka yang lebih pakar dalam bidang ini.Pengalaman berguru dengan Ketua Jurulatih dari 9RRD Kem Kamunting satu yang sukar dilupakan. Saya bercadang ingin menganjurkan kursus survival ini bersama orang awam pada hujung tahun ini.Buat masa sekarang ini banyak perlu dibuat perancangan dengan beberapa Jurulatih mereka yang terlibat.Juga pemilihan lokasi sesuai serta jumlah peserta kursus. Beberapa modul telahpun disusun atur bagi memberi tunjuk ajar dengan masa yang lebih teratur.Bagi memudahkan perjalanan kursus banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Modul yan...
Imej
KEM REMAJA ALAM SEKITAR KUALA SEPETANG Lawatan daripada Penang Green Council ke Kuala Sepetang. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam . Bilangan pelajar yg terlibat ialah seramai 70 orang dan fasilitator 8 orang. Kami Kuala Sepetang Eco Tours diberi tanggungjawab oleh Penang Green Council dalam Program Alam Sekitar adalah untuk menyediakan : -           Penginapan -           Makan minum -           Aktiviti -           Dewan -           Bilik speaker -          Tour Guide   AKTIVITI YANG DIJALANKAN Aktiviti yang dijalankan terbahagi kepada dua modul. Modul pertama adalah aktiviti indoor seperti ice breaking yang di handle oleh pihak PGC sendiri manakala modul kedua adalah outdoor. Aktiviti ice breaking  ...

MANGROVE EDUCATION PROGRAM

Imej
Kami menawarkan pakej Mangrove Education Program kepada sesiapa sahaja yang berminat yang ingin mendalami dalam program pendidikan pokok kayu bakau ini. Kami ada menyediakan pakej untuk rombongan sekolah, para universiti, keluarga dan lain-lain. Minima adalah 10 orang.  Kami juga ada menyediakan pakej penginapan, makan dan minum, tour guide, boat river cruise, cenderahati dan sijil. Sesiapa yang berminat ingin menyertai program ini boleh hubungi dan layari laman web yang tertera di atas. Terima kasih.
Imej
PROGRAM KEM REMAJA 2019 Program Kem Remaja dijalankan selama 3 hari 2 malam dari Penang Green Council. Mereka memberi kepercayaan kepada kami bagi manjalankan program ini dan juga program alam sekitar di Taman Tasik Taiping dan Kuala Sepetang.  Program ini bagi mendidik kesedaran alam sekitar dan mencintai alam semulajadi. Mereka juga dibawah menaiki boat river cruise bagi menyaksikan keindahan flora dan fauna di sekitar perkampungan nelayan Kuala Sepetang. Bagi aktiviti malam terakhir, mereka sempat dibawa melihat keindahan kelip kelip Kuala Sepetang. Semua pakej termasuk : - Penginapan  - Makan & Minum - Aktiviti - Dewan - PA System dan Projektor - Tour Guide Aktiviti menaiki boat cruise di Kuala Sepetang Situasi para pelancong yang sedang menaiki boat cruise Pemandangan di sekitar Kuala Sepetang ATURC A RA P RO G R A M KEM REMAJA 2 0 1 9 H ARI P E R TAMA - 2 3 M ac 2 0 1 9 ( S ab t u ) Ma sa Per...