PENGANJURAN KURSUS SURVIVAL
Kursus survival ini
bagi mendidik agar seseorang itu mampu menjalani ikhtiar hidup bila tersesat di
hutan berseorangan atau berkumpulan.Ilmu yang dikongsi oleh pasukan yang mahir
selok-belok hutan iaitu Pasukan Renjer ATM yang terlatih dan berpengalaman.
Walaupun saya
seorang bekas anggota tentera Artileri Para,namun ilmu survival saya masih
perlu mendalami dengan mereka yang lebih pakar dalam bidang ini.Pengalaman
berguru dengan Ketua Jurulatih dari 9RRD Kem Kamunting satu yang sukar
dilupakan.
Saya bercadang ingin
menganjurkan kursus survival ini bersama orang awam pada hujung tahun ini.Buat
masa sekarang ini banyak perlu dibuat perancangan dengan beberapa Jurulatih
mereka yang terlibat.Juga pemilihan lokasi sesuai serta jumlah peserta kursus.
Beberapa modul
telahpun disusun atur bagi memberi tunjuk ajar dengan masa yang lebih
teratur.Bagi memudahkan perjalanan kursus banyak perkara yang perlu
dititikberatkan.
Modul yang dipilih
bersesuaian selama 3 hari 2 malam dengan jadual yang tidak terlalu padat.Penting
bagi pengurusan agar tiada penderaan atau tekanan pada peserta sepanjang kursus,dengan
tumpuan lebih kepada perkongsian ilmu.
Modul termasuklah:
-Jungle Survival
-Membuat perangkap
-Survival cooking
-Belajar membuat
pondok sementara
-Mengenali tumbuhan
beracun/tidak beracun
-Cara keluar dari
kawasan sesat
-Cara membuat api primitive
-Cara membaca kompas
-Cara membuat signal
-Teknik keselamatan
di air
Kursus ini hanya
mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja.Jika di utara tanah air lokasi adalah di
Bt Kurau Taiping dan di Lembah Klang akan dilaksanakan di Gombak Selangor.
Peserta adalah
berumur 18 tahun hingga 50 thn sahaja.Yuran pendaftaran tertakluk pada jumlah
peserta yang akan sertai kursus survival ini.
Gambar dirakamkan
semasa kursus di Kuala Kangsar pada 21hb hingga 23hb Apr 2019 yang lalu.
Jika ada pertanyaan
boleh hubungi saya di no 012-6316132 Mohd Jusri Yusof
Pada majlis penutup, penyampaian sijil pada peserta akan disampaikan oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar. Sesi bergambar sebagai penutup kursus survival ini.
Terima kasih semua.
Izin promo ya Admin^^
BalasPadambosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))