PERMANDANGAN MENARIK TAIPING,BUKIT MERAH DAN KUALA SEPETANG
Permandangan yang menarik dan cantik diambil dari pengambaran Tourism Perak dengan kamera dron seolah-olah kita sedang menaiki helikopter.Pengambaran di Kuala Sepetang dengan menggunakan Bot KSET dan Bot Damia kebetulan menjumpai ikan lumba-lumba(Dolphin). Saya amat menyokong pihak pelancongan memperbanyakan promosi tempat-tempat menarik di Daerah dan Negeri Perak ini. Video ini juga banyak di tayangkankan di Hotel Perdana dan MPT untuk tontonan pengunjung yang datang dan berehat di ruang lobi. Bagi saya kita lebih luas pandangan melalui video yang memaparkan keseluruhan tempat dalam sudut pandang 360 darjah. Sebenarnya banyak tempat menarik dan bersejarah terletak di sini cuma kadang-kadang kita terlepas pandang untuk berkunjung ke sini. Ramai yang datang ke Kuala Sepetang adalah terdiri dari pada berbagai peringkat umur.Yang mengambil pakej dari syarikat kami adalah pelajar SK,SMK,IPTA dan Syarikat Swasta yang menjalankan aktiviti alam sekitar.Malah ada juga datang sema...