Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

LOKASI PELANCONGAN MENARIK -USAHAWAN ECO PELANCONGAN INSKEN(Ins Keusahawanan Negara)

Imej
 USAHAWAN ECO TOURISM-IBC INSKEN 1. JENOBA OUTDOOR TERENGGANU   013-702 6923 EN NAJIB Kami menyediakan pelbagai pakej pelancongan pengembaraan. Ditubuhkan pada tahun 2012, kami adalah satu-satunya syarikat di Terengganu yang diperakui dengan kategori Sijil Pelancongan Perniagaan Pelancongan Malaysia untuk kategori Pelancongan Pengembaraan yang menggunakan kami menjalankan program kami dengan selamat. Semua krew kami disahkan dalam bidang masing-masing dan berpengalaman Package: 1.      Kayak in Little Amazon of Terengganu 2.      Terengganu Hidden Pool Waterfall Trekking                                                               Facebook: Jenoba Outdoor Instagram: Jenobaoutdoor Youtube: Jenoba Outdoor web: www.Terengganuadventures.wordpress.com Maklumat...

PAKEJ MENDAKI GUNUNG IRAU

Imej
Saya memang teringin nak tawan Mini Irau sebab kawan saya Uteh yang jadi guide di Cameron Highlands .Kami plan hanya berlima  sahaja,sebab saya tak minat nak open pada kawan-kawan yang ramai nak ikut.Bila ramai sangat susah nak control.Saya,Syahmi,Ijat,Jihah dan Kak Mah.3 orang lagi tak ikut hiking,Pak Din ,Ezatti dan Nurul. Kami bertolak dari Ipoh dengan 2 buah kereta,terus ke Tanah Rata.Bila sampai dah petang terus check in di dorm Hikker Sleep Port Tanah Rata tempat Uteh. Petang tu jugak kami di beri taklimat oleh Ja (Faizal)isi borang serta tandatangan persetujuan untuk hiking serta petuhi SOP PKP.Lepas rehat sekejap kami turun bawah dorm untuk makan malam beramai-ramai. Balik lepak kat tempat kami sempat buat sesi live fb lagi.Sambil sembang santai-santai.Uteh orang yang sempoi boleh bergurau lagi tempat dia agak rare dengan barang antik dan siap ada tanjak. Semua minuman disediakan dengan layan diri jika nak minum.Ada jugak minah salleh yan...

MEMBINA KERJAYA PEMANDU PELANCONG DI NEGERI PERAK

Imej
REZEKI KUALA SEPETANG EPISOD 2   TAHUN 2012   Pada tahun ini aku memulakan tugas pemanduan secara sambilan dan baru belajar cara-cara untuk menguruskan pelancong ketika hujung minggu sahaja.Walaupun tugasan ini masih baru,tapi aku amat berminat dengan tugasan outdoor ini.Pengalaman dalam ATM sekurang-kurangnya dapat dipraktik dan dikongsikan bersama mereka yang memerlukan.Syarikat aku Kuala Sepetang Eco Track mula diambil alih olehku dari En Khairul sebagai pemilik tunggal manakala dia membuka syarikat sendiri bersama agensi pelancongannya KS Eco Tours Sdn Bhd. Pada pesara tentera boleh cuba buat sesuatu dengan skill yang kita ada bila kita dah pencen atau pon akan berpencen. Permohonan aku untuk kursus sebagai pemandu pelancong telah pon lulus pada tahun 2013.Kami 29 peserta mula berkursusu di Pusat Biodeversiti Wang Pinang Kuala Perlis,dibawah Jabatan Perhilitan.King sebagai Kem Komandan yang banyak mengajar selok belok jadi pemandu pelancong sepanjang 17 hari disini. K...

USAHAWAN PELANCONGAN DAN USAHAWAN PKS (SITUASI PKP)

Imej
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID19 Bagi Abam PKP ini satu tamparan hebat buat semua usahawan PKS,kecuali industri makanan atau F&B. Tu pon jika pandai curi peluang jual melaluli digital atau online marketing. Situasi sekarang dah masuk fasa ke 3 PKP,dan satu perkembangan positif bila kes jangkitan makin menurun.Namun situasi masyarakat kita ada yang masih degil kes tangkapan masih tinggi walaupon kerajaan telah memberi denda yang maksimum. Satu lagi kita banyakan bersyukur bila kerajaan bagi esentif bantuan BPN, Bantuan Prihatin Nasional.Pada yang belum daftar SSM,LHDN,Perkeso dan PBT boleh la mula daftar untuk dapatkan bantuan. Kadang-kadang kesian pada usahawan kecil yang tiada apa-apa lesen,situasi begini menyukarkan untuk dapatkan bantuan. Kita nak cuba bantu tapi usahawan sendiri perlu sedar dengan apa yang berlaku.Boleh nak harapkan bantuan dari kerajaan,tapi perlulah tahu syarat yang agensi tetapkan. Abam copy dari page fb Abam -Pentingnya L...

LOKASI MENARIK DI PADANG SUMATERA-TRAVEL BLOG

Imej
 TOUR KE PADANG SUMATERA INDONESIA Kami mewakili ahli Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Perak telah mendapat jemputan dari Tourism Malaysia Medan untuk Karnival Juala Pakej Pelancongan iaitu ASTINDO Travel Fair di Plaza Andalas Padang Sumatera.Pada awalnya kami dapat 4 booth untuk 8 peserta tapi kami hanya ambik 3 booth sahaja untuk 6 produk mewakili persatuan. Kami lambat dapat info dari pihak ASTINDO ada sponsor famtrip untuk tour dari Padang ke Bukit Tinggi.Ada yang sempat ikut ada yang tak sempat sebab tiket flight dah beli awal sebelum bertolak ke Padang. Aku bersama En Rabain dan isteri beliau bersama satu flight dan satu hotel,En Zam(YDP Persatuan) datang serentak cuma dia tinggal di hotel berbeza. HARI PERTAMA Bila sampai Airport Padang Teksi drivernya Pak Jasman bawa kami ke Hotel Sulaiman Resident kira-kira 25min dari Airport.Hotel yang murah dan selesa bagi aku untuk stay 1 malam disini. Malam kami oder Gojek untuk keluar makan,anak muda nama Tommy ...

PENGANJURAN KURSUS ASAS SURVIVAL NEGERI PERAK

Imej
PENGANJURAN KURSUS SURVIVAL  Kursus survival ini bagi mendidik agar seseorang itu mampu menjalani ikhtiar hidup bila tersesat di hutan berseorangan atau berkumpulan.Ilmu yang dikongsi oleh pasukan yang mahir selok-belok hutan iaitu Pasukan Renjer ATM yang terlatih dan berpengalaman iaitu PW1 Kingstone 9RRD. Walaupun saya seorang bekas anggota tentera Artileri Para,namun ilmu survival saya masih perlu mendalami dengan mereka yang lebih pakar dalam bidang ini.Pengalaman berguru dengan Ketua Jurulatih dari 9RRD Kem Kamunting satu yang sukar dilupakan Beberapa modul telahpun disusun atur bagi memberi tunjuk ajar dengan masa yang lebih teratur.Bagi memudahkan perjalanan kursus banyak perkara yang perlu dititikberatkan.     Modul yang dipilih bersesuaian selama 3 hari 2 malam dengan jadual yang tidak terlalu padat.Penting bagi pengurusan agar tiada penderaan atau tekanan pada peserta sepanjang kursus,dengan tumpuan lebih kepada p...