REZEKI KUALA SEPETANG EPISOD 2
TAHUN 2012
Pada tahun ini aku memulakan tugas pemanduan secara sambilan dan baru belajar
cara-cara untuk menguruskan pelancong ketika hujung minggu sahaja.Walaupun
tugasan ini masih baru,tapi aku amat berminat dengan tugasan outdoor
ini.Pengalaman dalam ATM sekurang-kurangnya dapat dipraktik dan dikongsikan
bersama mereka yang memerlukan.Syarikat aku Kuala Sepetang Eco Track mula diambil alih olehku dari En Khairul sebagai pemilik tunggal manakala dia membuka syarikat sendiri bersama agensi pelancongannya KS Eco Tours Sdn Bhd.Pada pesara tentera boleh cuba buat
sesuatu dengan skill yang kita ada bila kita dah pencen atau pon akan berpencen.
Permohonan aku untuk kursus sebagai
pemandu pelancong telah pon lulus pada tahun 2013.Kami 29 peserta mula berkursusu
di Pusat Biodeversiti Wang Pinang Kuala Perlis,dibawah Jabatan Perhilitan.King
sebagai Kem Komandan yang banyak mengajar selok belok jadi pemandu pelancong
sepanjang 17 hari disini.Kursus macam ala tentera
pon ada dengan tak cukup tidor assignment nak kena siap nak kena present public
speaking.
Baru tahu pentingnya tatacara
pengucapan awam untuk berdepan dengan pelancong.Bukan senang nak jadi seorang
pemandu pelancong yang bertauliah
Mr King duduk kiri sekali En Nash baju biru muda dan En Din Stone kanan sekali
Team Semut Merah
Jusri Hasmadi Farouk Yana June Keren Jerry dan Faizal
semua mereka di Langkawi aku dan Faizal di Perak
Memulakan kerjaya sepenuh masa
sebagai pemandu pelancong alam semulajadi setelah,berjaya memiliki lesen pada
penghujung tahun 2013. Di daerah ini Larut Matang ini hanya 2-3 orang saja yang
memiliki lesen pemandu pelancong alam semulajadi termasuk aku yang masih baru
ketika itu..Banyak yang perlu aku belajar tentang hutan paya laut dari Jabatan
Hutan Kuala Sepetang,yang mana ilmu tersebut perlu didalami bagi memudahkan
penerangan pada pelancong dan pelajar yang datang menggunakan perkhidmatanku.Aku
terpaksa melepaskan tugasan sebgai DJ rumah orang kahwin,untuk terus focus dalam
bidang tourism ini Pada masa yang sama aku mula teringin
untuk memiliki dan jadi jurumudi bot pelancong sendiri.Tahun yang sama juga aku
mengambil lesen jurumudi bot di Pulau Pinang.Dengan nekad dan tawakkal
Alhamdulillah aku dapat beli bot pelancong panjang 28kaki x 7.5 kaki boleh bawa
12 orang pelancong pada satu-satu masa.Bot dibuat Tanjung Dawai Pantai Merdeka
Kedah dan didaftar di Manjung Lumut Perak.Susah juga bila ada bot pelancong
kena ada permit,daftar permit di Jabatan Laut Malaysia Manjung Lumut Perak.No
plat masa tu ALM 00692P.Sekarang dah ada 2 bot, 1 lagi baru sikit ALM 00835P.Di
Kuala Sepetang bot pelancong semakin bertambah dari masa ke semasa,bagi aku itu
satu persaingan sihat dalam industry ini.Ada beberapa pengitarafan yang aku
dapat dari beberapa agensi dan NGO. Rasanya tak perlulah aku nyatakan
terperinci anugerah yang aku dapat,cukuplah sekadar itu dan aku tetap bersyukur
dengan rezeki yang Allah taala bagi. Tiada niat di hatiku untuk mendapat
apa-apa anugerah dalam industry.Tapi dengan pengitirafan inilah aku diberi peluang
dan untuk membantu usahawan kecil untuk membina peniagaan untuk terus mampu
bersaing.Salah satunya aku bermula dari zero satu langkah ke satu langkah susah
payah untuk capai ketahap ini.
Bersama Staf INSKEN dan Coach IBC dan BEP-3 hari sebelum PKP(INSKEN)Dr Mai,En Izaidi,En Asraf dan Pn Yati
Sikit yang nak dikongsi kenangan
pahit sepanjang dalam industry bot pelancong ini.
-Awal mula dah ada orang kampung
hendak memukul aku sebab katanya aku masuk ke jeti tanpa kebenaran-Pernah kena halau dari parking bot
di Kg Menteri,merata juga aku cari tempat parking bot hinggalah dapat jumpa tempat
sekarang(rahsia)
-Banyak kali juga bot akau karam
hinggakan injen bot Yamaha 100hp aku terpaksa tukar injen lain kos terpaksa tangung
sendiri.
-Kes terbaru kipas bot orang curi,hilang
pada hari raya tahun lepas kos kipas steel pun hamper rm3k-Kos injen bot memang mencecah rm500
ke rm5k jika berlaku kerosakan sekarang 1 bot gearbox rosak belum siap.
-Tidak lagi jual pakej memancing
sebab kos servis injen melebihi kos keuntungan dengan kos minyak yang mahal.Lebih
memberi sedikit keuntungan bila jual pakej tengok lumba-lumba(dolphin)
BAGAIMANA KUALA SEPETANG MULA MENCURI
TUMPUAN.
Kuala Sepetang mula terkenal dengan
me udang banjir bila Majalah 3 datang membuat liputan.Bila keluar TV3 desrinasi
ini mula mencuri tumpuan pelancong untuk datang ke sini.Masa pilihanraya kecil
Bukit Gantang tahun 2012 rasanya banyak media cetak dan media elektronik serbu
Kuala Sepetang untuk membuat liputan dan mengeluarkan cerita hebatnya me udang
Kuala Sepetang.
Masa tu jugak warung me udang mula
muncul macam cendawan pulak.Betapa hebatnya berita yang viralkan me udang Kuala
Sepetang.Selain me udang disini juga memiliki khazanah alam yang hebat hutan
bakau yang luas.Lebih kurang 40 ribu hektar
Memenangi anugerah pengurusan hutan
bakau terbaik didunia.Dibawah selian Jabatan Hutan Negeri Perak.Tahun 2016 Kementerian Pelancongan
memilih Kuala Sepetang sebagai salah satu kluster pembangunan Eko Pelancongan Kebangsaan.
PELUANG BERSAMA INSKEN(Institut
Keusahawanan Negara)
Pada penghujung tahun 2016 aku terima surat panggilan untuk berkursus di bawah
INSKEN(Institut Keusahawanan Negara) untuk menjadi seorang biskaunselor
INSKEN.Antara ramai biskaunselor INSKEN saya seorang sahaja dalam bidang
pelancongan.
Hingga ke hari ini INSKEN masih memberi kepercayaan padaku untuk membimbing
usahawan eko pelancongan di seluruh Malaysia.Aku amatlah terharu dan terhutang
budi pada CEO INSKEN En Firdaus Azharudin yang memberi kepercaan padaku hingga
ke hari ini.
Bersama CEO INSKEN En Firdaus Azharudin(Tengah,barisan belakang)
INSKEN sudah menjadi sebahagian dalam
keluargaku.Program yang dianjurkan membantu
usahawan juga memberi ruang untuk aku mengajar dan belajar sesuatu yang
baru.Banyak juga usahawan yang telah dibantu dari segi coaching dan mentoring.Sebenarnya peluang yang INSKEN bagi
inilah yang membolehkan diriku lebih memahami masalah usahawan serta dapat aku
jejaki semua usahawan di seluruh perusuk negeri termasuk Sabah dan
Sarawak.Kalau ikut duit sendiri tak mampu rasanya nak travel sejauh ni.Jutaan
terima kasih sekali lagi pada INSKEN.
Ingin juga dinasihatkan pada semua usahawan diluar
sana agar ikutilah program dari INSKEN yang sangat-sangat membantu untuk
memajukan peniagaan dari pelbagai industri.Pada yang ingin sertai program IBC
Eco Tourism boleh hubungi ku sebab sekarang INSKEN sedang mengumpul peserta
untuk program akan datang. Cerita selanjutnya bagaimana aku
terjebak sebagai Biskaunselor INSKEN pada tahun 2016 empat yang lalu. Terima kasih pada sanak saudara dan sahabat
yang memberi sokongan padaku.Tanpa kalian siapalah diriku ini..
Jumpa lagi episod akan datang. Maaf episod satu hanya ada di FB saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan