Peta

Google map Kuala sepetang goole map Kuala Sepetang

Kuala Sepetang, Perak
       
       Berbagai aktiviti pelancongan dijalankan di Kuala Sepetang,yang satu ketika dulu saya zero bila sebut Pakej Pelancongan atau Usahawan Pelanconagan.Namun sekarang bila menceburi bidang ini satu demi satu saya belajar dan berkenalan dengan ramai kawan yang memberi tunjuk ajar.Jutaan terima kasih pada En Khairul Salleh yang membawa saya untuk terjun dalam bidang ini.
      Sedikit tips untuk nak datang ke sini senang saja...turun Lebuh Raya Utara Selatan jika anda dari utara tol Kamunting belok kanan.Jika dari selatan turun tol Changkat Jering belok kiri terus ke Simpang dan belok ke arah Kuala Sepetang...teruskan perjalanan kira 10Km akan sampai dan tunggu di depan Balai Polis Kuala Sepetang saya akan jumpa anda disana untuk menjalankan aktiviti pakej pelancongan yang anda pilih.
       Sedikit cerita macamana saya terjebak dalam pelancongan ini.....
 Langkah pertama bermula ketika saya bercuti semasa kursus peralihan tentera untuk bersara.Ketika satu bas dari Politeknik Kulim dengan 40 orang pelajar memilih pakej untuk menanam anak bakau di Kuala Sepetang ini.Kali pertama saya menjadi Tour Guide bergaya macam orang yang berpengalaman dalam bidang ini.
      Sejak dari itu minat dalam bidang ini mula terdetik dalam hati,untuk terus melangkah dan membuat sedikit perancangan untuk melangkah dalam bidang awam yang sebelum ini dalam tentera agak berbeza.Namun begitu pengalaman dalam tentera selama 22 tahun berkhidmat,digunakan sepenuhnya apa yang ada.Ada member dakalangan skot bertanya buat apa masa pencen..nak jawap pun malu sebab lain yang belajar masa kursus lain yang buat masa pencen.
      Tapi yang tak dapat lupa apabila kursus Sampingan Usahawan di Sungai Buluh,ramai member yang cakap kursus ni hanya buang masa,sebab kena wat assingment dan presentation.Namun siapa sangka kursus ini yang sedikit sebanyak membantu dalam menempuh alam pesaraan untuk menjadi usahawan.
     Disangkakan bersara ni tak ada kursus dah...namun untuk mendapatkan lesen dalam bidang ini terpaksa berkorban untuk pergi kursus dapatkan lesen Jurumudi Bot Mate Domestik Terhad selama 3 hari  di Penang dan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi 3 minggu di Perlis.
   Sepanjang menjalankan tugas aspek keselamatan diutamakan dan layanan khidmat pelanggan adalah visi bagi menjaga potensi bidang ini sentiasa menarik minat pengunjung untuk datang lagi ke sini.Terima kasih pada guru-guru yang membawa pelajar untuk mengikuti pakej yang saya sediakan dan juga pelajar IPTA yang telah datang ke Kuala Sepetang ini untuk mempromosikan lagi tempat ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PEMBEKAL ANAK POKOK BAKAU KUALA SEPETANG

Anak bakau untuk dijual di Kuala Sepetang, Perak   Kuala Sepetang merupakan kawasan hutan paya laut yang memiliki persekitaran hutan bakau y...