Isnin, 29 April 2019

KURSUS SURVIVAL BERSAMA RENJER


PENGANJURAN KURSUS SURVIVAL 

Kursus survival ini bagi mendidik agar seseorang itu mampu menjalani ikhtiar hidup bila tersesat di hutan berseorangan atau berkumpulan.Ilmu yang dikongsi oleh pasukan yang mahir selok-belok hutan iaitu Pasukan Renjer ATM yang terlatih dan berpengalaman.

Walaupun saya seorang bekas anggota tentera Artileri Para,namun ilmu survival saya masih perlu mendalami dengan mereka yang lebih pakar dalam bidang ini.Pengalaman berguru dengan Ketua Jurulatih dari 9RRD Kem Kamunting satu yang sukar dilupakan.




Saya bercadang ingin menganjurkan kursus survival ini bersama orang awam pada hujung tahun ini.Buat masa sekarang ini banyak perlu dibuat perancangan dengan beberapa Jurulatih mereka yang terlibat.Juga pemilihan lokasi sesuai serta jumlah peserta kursus.

Beberapa modul telahpun disusun atur bagi memberi tunjuk ajar dengan masa yang lebih teratur.Bagi memudahkan perjalanan kursus banyak perkara yang perlu dititikberatkan.




Modul yang dipilih bersesuaian selama 3 hari 2 malam dengan jadual yang tidak terlalu padat.Penting bagi pengurusan agar tiada penderaan atau tekanan pada peserta sepanjang kursus,dengan tumpuan lebih kepada perkongsian ilmu.




Modul termasuklah:

-Jungle Survival
-Membuat perangkap
-Survival cooking
-Belajar membuat pondok sementara
-Mengenali tumbuhan beracun/tidak beracun
-Cara keluar dari kawasan sesat
-Cara membuat api primitive
-Cara membaca kompas
-Cara membuat signal
-Teknik keselamatan di air



Kursus ini hanya mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja.Jika di utara tanah air lokasi adalah di Bt Kurau Taiping dan di Lembah Klang akan dilaksanakan di Gombak Selangor.
Peserta adalah berumur 18 tahun hingga 50 thn sahaja.Yuran pendaftaran tertakluk pada jumlah peserta yang akan sertai kursus survival ini.
Gambar dirakamkan semasa kursus di Kuala Kangsar pada 21hb hingga 23hb Apr 2019 yang lalu.
Jika ada pertanyaan boleh hubungi saya di no 012-6316132 Mohd Jusri Yusof



Pada majlis penutup, penyampaian sijil pada peserta akan disampaikan oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar. Sesi bergambar sebagai penutup kursus survival ini.

Terima kasih semua.

1 ulasan:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    BalasPadam

PAKEJ LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERAK

  Kami menawarkan pakej lawatan sambal belajar ke Kuala Kangsar,Taiping,Kuala Sepetang,dan Lumut Perak. Terbuka kepada guru-guru , pelajar d...