Saya ingin mencadangkan supaya
anda di luar sana cuba datang ke Kuala sepetang yang saya maksudkan sebagai
distinasi yang dicari.Sekarang nama Kuala Sepetang mulamenempa nama di persada
Malaysia sebagai distinasi percutian yang memiliki eco system hutan bakau yang
menarik dan cantik.
Perjalanan dengan kenderaan dari
Kuala Lumpur hanya menyambil masa 4 jam dengan meyusuri tol Bkt
Gantang/Changkat Jering.Dari tol tersebut hanya 15km sahaja ke sini,yang mana
kebiasaan keluarga memilih untuk menikmati me udang banjir yang popular dengan udangnya
yang besar dan banyak.Bila ditanya me udang mana yang sedap,saya tak dapat nak
beri jawapan sebab rasa terletak pada selera dan rasa masing-masing.Cuma saya
dapat ceritakan lokasi serta nama kedai sahaja,mula-mula jumpa Me Udang Mak Teh
di Kg Tebuk,Me Udang Mak Jah di Kg Menteri dan e Udang Salleh Stall di pekan
Kuala Sepetang yang mula-mula menjual me udang.
Ramai pengunjung yang datang pada
musim cuti sekolah dan hujung minggu.Selain itu ada beberapa produk eco pelancongan
di sini selain mee udang termasuk kilang arang.Pusat Eco Pelajaran,bot River
cruise dan lain-lain lagi.Tidak ketinggalan sejarah keretapi juga bermula di
sini suatu ketika dahulu.Buka saja keluarga,saya juga menerima tempahan dari
pihak sekolah dan IPTA untuk membuat lawatan sambil belajar dan merasai
aktiviti nelayan di sini.Kebiasaannya jadual lawatan,penginapan,makan minum
serta aktiviti sudah pun saya susun mengikut kehendak guru atau pensyarah
rombongan.
Bagi memudahkan tugasan kami di
sini menyediakan kualiti perkhidmatan yang terbaik dan pemandu pelancong yang
berpengalaman serta bertauliah akan mengiringi pelajar yang terlibat sepanjang
lawatan.
Sekolah yang
baru selesai membuat lawatan adalah SMK Taman Melawati Kuala Lumpur yang
diiringi oleh cikgu Zaila dan dibantu oleh 3 lagi guru iringan.Target yang
sukar adalah mencari dolphin di perairan
Sungai Sangga ke Selat Melaka.Saya akan terkejut apabila ibubapa murid yang
inginkan anak-anak mereka dapat melihat dolphin.
Kebiasaan saya
jumpa pada waktu tengahari ketika mamalia tersebut mencari makan.Pada Jam 11.30
pagi saya terpaksa menghentikan aktiviti di hutan bakau untuk memilih menaiki
bot dan aktiviti bakau bersambung selepas waktu zohor.
Setelah berdoa
sebelum bertolak saya nasihatkan pelajar jangan terlalu exciterd dan niat di
hati untuk melihat dolphin timbul di permukaan air.Syukur ..Alhamdulillah
ketika kami sampai di simpang sungai Sangga Kecil kelihatan mamalia tersebut
timbul dipermukaan air betul-betul depan bot yang saya naik.
Bot dibelakang
cuba mengejar ada yang sempat dan ada yang tidak,sebab kami guna 3 bot bersama
40 orang peserta semuanya.Selepas itu kami terus ke Kuala Sangga untuk merasai
sendiri menyauk kerang seperti nelayan kerang.
Pada waktu
malam majlis penutup disudahi dengan persembahan pelajar dan penyampaian
cenderahati.
Keesokan hari
pelajar bertolak ke Industri Labu Sayong di Kg Dall Kuala Kangsar.Melihat cara
menghasilkan labu sayong dan membeli sedikit cenderahati untuk dibawa
balik.Selepas itu saya hantar mereka ke Galeri Sultan Perak sebagai penamat
lawatan.Saya cadangkan tidak pergi ke Dataran Sg Perak sebab kesibukan hari
minggu sukar mengawal pelajar serta tiada tempat meletak kenderaan seperti bas
rombongan.
Selepas itu
bas terus menyusuri lebuhraya dan singgah di RnR Sg Perak untuk makan tengahari
dan terus pulang ke Kuala Lumpur.Saya dimaklumkan mereka sampai si sekolah pada
jam 6.30 petang ada ibubapa sudah pun menunggu untuk menjemput anak-anak balik
kerumah dengan membawa kenangan menarik dari Kuala Sepetang.
TERIMAKSIH SEMUA GURU DAN PELAJAR SMK TMN MELAWATI
JUMPA LAGI JIKA ADA REZEKI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan