Sabtu, 28 November 2015

PEMANDU PELANCONG KUALA SEPETANG

BIODATA PEMANDU PELANCONG
 MOHD JUSRI B MOHD YUSOFF  TG12365
Mula menceburi dalam bidang eco pelancongan secara sambilan pada tahun 2012 selepas bersara dari Angkatan Tentera.Apabila ramai pelancong yang datang ketika itu beliau mula membuka langkah dengan mengambil lesen Pemandu Pelancong pada 2013.Pada tahun tersebut juga ramai pelancong dan rombongan sekolah yang datang ke Kuala Sepetang yang jumlahnya meningkat dari tahun ke tahun.Pada tahun 2015 ini sahaja beliau sudah membawa 101 trip rombongan dengan 5127 pelancong,termasuk pelancong yang datang tidak membuat tempahan.

Nama Kuala Sepetang mula terkenal dengan me udang banjir adalah tarikan utama pelancong disini.Pelbagai lagi tempat menarik di sini termasuk kilang arang ,sejarah Keretapi Tanah Melayu,Pusat Eko Pelajaran,hutan bakau,bot jelajah sungai, kelip-kelip Sg Sepetang,ikan lumba-lumba dan Taiping Bandar Warisan.

Kebiasaannya tempahan yang diterima dari rombongan IPTA,SMK, SK dan NGO yang menggunakan perkhidmatan beliau bagi menjalani program di Kuala Sepetang ini.Tidak ketinggalan juga pelancong dari luar negara juga datang dengan beliau termasuk Ubekistan, Eropah,Australia,Macau,India Francis dan Jepun datang ke melawat tempat-tempat menarik di sini.

Beliau juga mengutamakan layanan yang terbaik dan mesra dengan pelancong adalah tema dalam memberi perkhidmatan mengikut kehendak pelancong yang datang.Pelbagai pakej yang ada disini menyebabkan pelancong meningkat dari tahun ke tahun yang mana majoritinya pelajar yang menyertai program pedidikan alam sekitar dengan aktiviti menyemai atau menanam anak pokok bakau yang dijalankan di Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang.

Stesen TV juga tidak ketinggalan menggunakan perkhidmatan beliau untuk progran di Kuala Sepetang dan Taiping.Memulakan dengan rancangan Cuti-Cuti 1Malaysia bersama TV Al-Hijrah,Sarapan TV3 dengan 3 episod,TV2 Jelajah Masakan Pegro bersama Chef Liza dan TVi Jaguh Joran peringkat separuh Akhir sebagai tekong dan pengadil rancangan tersebut.

Peningkatan kedatangan pelancong meningkat setiap tahun iaitu seramai 
22 000 pelancong pada tahun 2013 dan tahun  46 000 pelancong pada tahun 2014 datang ke sini.Malah pengusaha bot pelancong juga meningkat dari 3 buah pada 2012 sekarang sudah mencecah 3buah beroperasi di sini.Pelancong yang datang ke sini seolah-olah satu kewajipan untuk menaiki bot bagi menikmati keindahan suasana perkampungan nelayan dan kecantikan hutan paya laut yang terbentang luas.

TESTIMONI
Pensyarah UiTM Puncak Alam
“Kuala Sepetang mempunyai satu pakej yang lengkap dan unik berbanding dengan lain-lain tempat yang pernah saya lawati.Kami amat berpuashati dengan
layanan sepanjang Program Damai Alam 11 di sini, berbanding dengan Damai Alam 1 di selatan semenanjung agak mengecewakan ”


Puan Azrina bt Mohd Zawawi-SMK Raja Lope Tanjung Piandang Perak

Terima kasih diatas penganjuran lawatan yang sungguh berinfomasi.Sangat berbaloi dari segala aspek seperti Sejarah,Sains,Biologi serta reakrasi.Sebagai seorang guru saya memang mecadangkan agar pihak sekolah dapat mengadakan aktiviti sebegini lagi untuk para pelajar pada masa akan datang.Banyak juga maklumat baru yang guru perolehi sepanjang lawatan di sini.Memang terbaik 5 bintang dari kami.Inshaalah kami akan datang lagi pada bulan November nanti”



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKEJ LAWATAN KE SELANGOR

Selain dari lawatan ke Perak kami juga ,  menyediakan pakej lawatan ke Negeri Selangor meliputi :  -Pakej untuk program CSR (Syarikat atau N...