Kebiasaanya saya bawa bot pelancong cuba memusingkan bot untuk ambil kedudukan yang stategik bagi merakamkan detik-detik menarik di sini.Malah cuba cari objek ayang melintas atau apa-apa objek yang ada di situ agar gambar tidak kelihatan kosong.
Di Kuala Sepetang ini tidak ramai yang tahu produk pelancongan di sini sedang rancak dengan kehadiran ramai pelancong untuk datang menikmati suasana perkampungan nelayan dengan menaiki bot river cruise.
Yang orang ramai sedia maklum Kuala Sepetang terkenal dengan mee udang banjir sahaja, sedangkan banyak lagi tempat yang menarik sedia menanti anda di sini.Pada pihak berkuasa tempatan termasuk Tourism Malaysia atau Perak perlu pergiatkan promosi tentang eco pelancongan di sini.
Ada satu keluarga dari Kuala Lumpur yang datang awal untuk merasa mee udang banjir Kuala Sepetang terpandang banting Bot River Cruise yang tergantung di kedai Mak Teh Kg Tebok.Mereka terus menghubungi saya untuk mencuba naik bot river cruise.
Dia memberitahu saya yang mereka tidak tahu sebenarnya ada aktiviti bot pelancong di sini.Jika mereka tidak nampak banting yang tergantung di kedai Mak Teh,mungkin mereka dah bertolak balik.
Ada satu keluarga lagi yang datang dari Sungai Petani saya bawa trip terakhir pada cuti tahun baru cina sempat merakamkan detik menarik matahari terbenam sambil melihat kejinakan burung helang banyak bermain di permukaan air.
Jika ada keluarga yang ingin menikmati keindahan di sini boleh datang cuba melihat sendiri keunikan suasana permandangan di sini.Untuk yang ingin bermalam, homestay dan hotel berdekatan dengan Kuala Sepetang sedia untuk menerima tempahan dengan harga berpatutan mengikut kemampuan anda.
Saya sebagai Tour Guide juga sedia memberi penjelasan sekiranya ada pertanyaan dari anda.
Boleh hubungi saya di talian atau whatssaps 012-631 6132.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan