Kami mewakili ahli Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Perak telah mendapat jemputan dari Tourism Malaysia Medan untuk Karnival Juala Pakej Pelancongan iaitu ASTINDO Travel Fair di Plaza Andalas Padang Sumatera.Pada awalnya kami dapat 4 booth untuk 8 peserta tapi kami hanya ambik 3 booth sahaja untuk 6 produk mewakili persatuan.
Kami lambat dapat info dari pihak ASTINDO ada sponsor famtrip untuk tour dari Padang ke Bukit Tinggi.Ada yang sempat ikut ada yang tak sempat sebab tiket flight dah beli awal sebelum bertolak ke Padang.
Aku bersama En Rabain dan isteri beliau bersama satu flight dan satu hotel,En Zam(YDP Persatuan) datang serentak cuma dia tinggal di hotel berbeza.
HARI PERTAMA
Malam kami oder Gojek untuk keluar makan,anak muda nama Tommy dengan Avanza kami bertiga nak cari masakan nasi padang.
Lokasi Nasi Padang kami di Lamun Ombak Padang.Kami pilih makan bersila jer lebih santai dan ala kampung gitu.Kami dapat dalam 15 menu atas meja semua derang hidang,tapi kami tak makan semua,pilih yang mana teringin nak makan je.
Bayar pon murah la sikit sebab derang kira yang mana kita makan je,jangan salah ambik semua sudah laa.
Lepas makan di situ kami sambung pulak makan dengan boss Tourism Malaysia Medan di Restoran Ikan Bakar Khatib Sulaiman
Lepas berbincang untuk tugasan esok kami bersurai balik ke hotel naik grab balik berehat.Biasanya pelancong luar saja yang naik grab ni.Orang tempatan lebih suka naik Gojek.
KARI KE 2
Pagi-pagi aku dah bangun lepak luar hotel ada gojek datang hantar makan,so..apa lagi aku tahan dan tumpang dia keluar cari sarapan.Lebih kurang 5 minit dah sampai tempat makan,beli bungkus terus balik ke hotel.Semua makanan berat ja,nasi goreng padang.
sambung siri 2, kami gerak ke Plaza Andalas untuk cari hotel budget.
Bersama Bos Hishammuddin dan Boss Zam
Hari ke 3
Sampai di Plaza Andalas kami set up booth dan
tunggu majlis pembukaan dan perasmian.Memang meriah dengan persembahan
minangkabau.Booth yang disediakan untuk penggiat industry,agak selesa dengan
kawasan yang tak berapa luas.
Hari ke 4
Hari last di Plaza Andalas kami sempat berbincang nak jalan-jalan
round Padang sebab esok pagi dah nak gerak ke Bukit Tinggi.Kebetulan Pak Akim
dan Adee ada 2 buah kereta untuk kami 7 orang.
Tenghari dalam pukul 1 kami siap kemas terus
naik kereta untuk cari makan tenghari dulu.Lepas tu baru boleh jalan-jalan ronda area Padang.
Derang bawa kami ke Rumah Makan Dewi menu
Masakan Padang yang femes di sini.Memang time ni orang tengah ramai,kami
terpaksa menunggu pelanggan yang bangun baru dapat duduk.
Menu yang banyak dan murah sedap pulak tu.Harga
100 000 rupiah lebih kurang rm40, 2 meja 8 orang.Selesai makan kami pergi
pantai tempat Malem Kundang,di Negara kita cerita Si Tanggang derhaka pada
ibunya.
Kesan kapal masih ada terdampar di tepi
pantai.Malah ramai pelancong yang dating.Ada juga aktiviti ATV,jualan
cenderahati serta warung kopi.
Balik ke Padang sudah lewat petang sempat lagi
kami singgah makan durian ais cream.Kenyang hingga ke malam.Seolah-olah jalan-jalan cari makan je di Padang ni.
Kapal Malem Kundang
Hari ke 5
Awal pagi pukul 9 kami tunggu di lobi hotel
bas yang dating jemput kami untuk join
famtrip untuk ke Bukit Tinggi.Aku tak tengok jadual famtrip pon,derang bawa ke
mana dan berhenti di mana aku ikut je.
Lalu ikut jalan kampung singgah tasek hutan
bakau tepi laut.Sempat ambik gambar.Kak Hani dari River Cruise Melaka la yang
kecoh sikit,suka selfie jer.Kami ni tumpang sekaki je.
Lokasi yang sempat kami singgah sepanjang
perjalanan ke Bukit Tinggi.
-Makam Syekh Burhanuddin
-Lubang Jepang
-Klawang Park
-Jam Gadang
-Banyak lagi yang kami singgah...ambik photo
-Banyak lagi yang kami singgah...ambik photo
KAK HANI-MELAKA RIVER CRUISE
PARMAN KARDI -ITTI KL
Kami sampai ke Jam Gadang Bukit Tinggi
kira-kira jam 6.30n petang.Suasana agak gelap sebab banyak tempat kami singgah
dengan bas pulak slow.
Kalau korang nak pergi melancong ke bukit
tinggi dengan family lebih sesuai sewa grab atau van lebih sesuai.Jika sampai
awal ke bukit tunggi boleh tengok
macam-macam lagi.Saya pon dah ada contact beberapa guide untuk .memudahkan
urusan di padang nanti.Jika nak boleh je contact kami,Inshaallah akan dibantu.
Malam kami makan malam di restoran sebab
hotel sediakan sarapan saja untuk esok pagi.Esok pagi Aku dan En Rabain terpaksa
balik ke Airport sebab flight jam 12.00tengahari.
Hari ke 6-Hari terakhir di Padang
Awal pagi Pak Uda pulak bawa kami ke dari Hotel
Merci ke airport.Dia cakap tak perlu tergesa-gesa sebab dengan kereta Avanza Cuma
2 jam je ke airport.Alamak.. naik bas berejam-jam nak sampai.Pak Uda dah biasa
bawa orang Malaysia ke Bkt Tinggi.Dia siap ikut jalan pintas lagi.
Group kami yang lain sambung famtrip lagi
sebab derang balik esok ke Malaysia.Jelous bila kami tak dapat ikut serta.
Apa pon tour ke Padang dan Bukit Tinggi ni
memang best.Kesimpulannya dapat banyak pengalaman.Dapat kenal dengan operator
wisata,jual pakej dan sambil jalan tengok tempat menarik di Padang ni.Paling
best bagi saya makanannya yang terbaik.Mereka sebagai operator wisata menyambut
baik kehadiran kami yang juga mendapat banyak kerjasama dari Tourism Malaysia Medan.En
Hishamudin banyak membantu kedua belah pihak Indonesia dan Malaysia
berkolibirasi bersama.
Sonny -Guide Padang
Sonny -Guide Padang
Dari kami..jutaan terima kasih pada Boss TM
Medan,En Hishamudin,ASTINDO dan semua yang terlibat. Dari Perak Kuala
Sepetang,Kellies Castle,Homestay Labu Kubong,Kurau Inn, Kapal Korek TT5 serta
semua yang terlibat.
Aku teringin ke Medan dan Pekan Baru.Ada
rezeki kami ke Medan pulak Pak..Inshallah.