Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

PAKEJ MENDAKI GUNUNG IRAU

Imej
Saya memang teringin nak tawan Mini Irau sebab kawan saya Uteh yang jadi guide di Cameron Highlands .Kami plan hanya berlima  sahaja,sebab saya tak minat nak open pada kawan-kawan yang ramai nak ikut.Bila ramai sangat susah nak control.Saya,Syahmi,Ijat,Jihah dan Kak Mah.3 orang lagi tak ikut hiking,Pak Din ,Ezatti dan Nurul. Kami bertolak dari Ipoh dengan 2 buah kereta,terus ke Tanah Rata.Bila sampai dah petang terus check in di dorm Hikker Sleep Port Tanah Rata tempat Uteh. Petang tu jugak kami di beri taklimat oleh Ja (Faizal)isi borang serta tandatangan persetujuan untuk hiking serta petuhi SOP PKP.Lepas rehat sekejap kami turun bawah dorm untuk makan malam beramai-ramai. Balik lepak kat tempat kami sempat buat sesi live fb lagi.Sambil sembang santai-santai.Uteh orang yang sempoi boleh bergurau lagi tempat dia agak rare dengan barang antik dan siap ada tanjak. Semua minuman disediakan dengan layan diri jika nak minum.Ada jugak minah salleh yan...