Trip Jaguh Joran ini menempuh badai menjejaki mencari monster fish Laut Selat Melaka selama 2 hari 1 malam untuk memilih seorang peserta ke peringkat akhir.Kepercayaan yang di beri digunakan sepenuhnya agar memenuhi sasaran yang dicari.
4 peserta yang terpilih dari saringan sebelumnya terpaksa bertarung untuk muncul juara bagi melangkah ke peringkat akhir.Nizam Sabun,Yus Rimba,Jannatun dan Alif sama-sama handal dan berpengalaman dalam arena memancing berentap sesama sendiri untuk menentukan juara.
Danny sebagai pengacara kadang-kadang kelakar apabila melatah ketika ikan yang di pegang masih hidup semasa pengambaran sedang berlansung.
Pengambaran bermula di jeti yang agak usang dengan peserta perlu menyiapkan tugasan ikatan appolo yang mana pemenang mendapat imuniti untuk memilih tempat kedudukan di dalam bot Kakap Tua.Saya agak terperanjat dipilih secara spontan sebagai Mashall dan hakim sepanjang trip berlansung.
Apabila semua selesai bot mula bergerak kira-kira jam 10.00 pagi suasana yang tenang dan cuaca amat baik pada wal perjalanan dan hujan mula turun ketika hampir sampai di destinasi.
Apabila sampai peserta mula dengan appolo untuk dijadikan umpan yang mana 10 ekor pertama boleh mula memancing.Pada permulaan suasana tenang ikan belum menarik umpan.Perancangan penerbit untuk mencari port baru sebab masa masih panjang.Saya bergegas menyuruh operator bot supaya menggerakan bot untuk mencari port baru.Amat mengecewakan apabila dia cakap tak tahu dan saya mula mendesak dan suasana menjadi tegang..akhirnya dia mencari dalam GPS perjalanan ke tempat baru tersebut mengambil masa 1 jam untuk sampai.
Apabila sampai,sauh di turunkan joran dihulur dan umpan dilepaskan .. seekor demi seekor ikan berjaya dinaikan. Suasana menjadi ceria kembali,dengan ikan kerisi,kerapu,ikan merah,siakap dan ikan landak.
Saat mencemaskan kira-kira jam 7.15 malam, ikan besar mula menyambar umpan peserta di belakang bot.Semua kru dan Penerbit mula mencari slot terbaik untuk shooting sebab rod peserta tersebut mula melentik serta pertarungan sengit bermula untuk menaikan ikan tersebut...kedengaran suara peserta tersebut..Memujuk.."TOLONNNNG LA NAIK...1 MALAYSIA NAK TENGOK ENGKAU NI.."
Saya dan Penerbit masing-masig berdoa agar monster fish berjaya di tawan bagi mencapai target yang dihajati.Kira-kira 30 minit lebih bertarung sempat tengok peserta itu memegang pinggang dan bergerak dari kanan ke kiri bot ketika melayan monster fish tersebut.
Selepas itu barulah ikan tersebut menyerah diri di permukaan air sedia untuk dicangkuk bagi menaikanya.Lega rasanya dan kepuasan mula tergambar diwajah peserta dan semua kru di dalam bot seramai 20 orang.
Selain ikan besar tu..lain-lain ikan adalah kerapu,jenahak,tenggirai,ikan yu dan ikan pari.
Semua selesai kami bertolak balik kira-kira jam 7.30 pagi dan sampai pada pukul 11.30 untuk shooting penentuan juara diatas bot Kakap Tua serta selamat mendarat di jeti pada jam 12.00 tengahari.
Terima kasih pada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung bagi menyiapkan program ini.Sama-sama kita nantikan apabila keluar TVi dan RTM nanti..TERIMA KASIH DAUN KELADI..ada rezeki kita jumpa lagi.
Sabtu, 23 Ogos 2014
Isnin, 11 Ogos 2014
HOMESTAY KUALA SEPETANG-012 6316132
Hasrah homestay terletak di Kampung Menteri Kuala Sepetang yang semakin meningkat naik dari sektor pelancongan selain makanan popular me udang banjir.Kehadiran pelancong akan bertambah pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.
Ramai pengunjung yang bertanyakan tempat penginapan di sini, memandangkan jarak Kuala Sepetang dengan hotel berdekatan di Simpang lebih kurang 10km.Homestay ini yang ke tiga selepas Pak Yusop dan Fatin Homestay.
Homestay ini mempunyai
-3 bilik beserta katil doble
-1 bilik berhawa dingin
-2 bilik air
-Dapur
-Ruang tamu yang luas dan selesa
Untuk tempahan boleh hubungi saya 012-631 6132
-1 Malam rm250 cuti
-Check in pada jam 12.00 tengahari
-Check out 1.00 ptg
Ramai pengunjung yang bertanyakan tempat penginapan di sini, memandangkan jarak Kuala Sepetang dengan hotel berdekatan di Simpang lebih kurang 10km.Homestay ini yang ke tiga selepas Pak Yusop dan Fatin Homestay.
Homestay ini mempunyai
-3 bilik beserta katil doble
-1 bilik berhawa dingin
-2 bilik air
-Dapur
-Ruang tamu yang luas dan selesa
Untuk tempahan boleh hubungi saya 012-631 6132
-1 Malam rm250 cuti
-Check in pada jam 12.00 tengahari
-Check out 1.00 ptg
Isnin, 7 Julai 2014
PERKHEMAHAN SMK PENGKALAN AUR 2014
JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN
Hari Pertama.
Membina
menara dari kayu bakau. Panjang 15 kaki.
Sila
bawa gergaji dan tali sendiri.
Memasak
lauk makan malam sendiri. (Nasi, Peralatan dan
bahan
disediakan)
Hari Kedua
Sarapan
buat sendiri (Air panas & Bahan untuk buat sandwich
disediakan)
Aktiviti
1. Lawatan ke Hutan Pendidikan dengan renjer
Aktiviti
2. Lawatan ke Pusat Interpretasi dengan renjer
Aktiviti
3. Menyemai benih pokok bakau di tapak semaian
Aktiviti
4. Mencari lokan dan kerang untuk buat lauk.
Aktiviti
5. Lawatan ke Kilang arang kayu dengan renjer.
Aktiviti
6. Memasak lauk makan tengah hari.
Aktiviti
7. Memasak minum petang sendiri
Aktiviti
8. Persembahan budaya.
Aktiviti
9. Pemeriksaan khemah dan chalet
Aktiviti
10. Penilaian kumpulan terbaik.
Hari Ketiga
Buat
sarapan sendiri.
Pemeriksaan
khemah
Perhimpunan
Lawatan ke Pekan
Kuala Sepetang dan perkampungan
Ahad, 29 Jun 2014
Isnin, 16 Jun 2014
KEM REAKRASI BATU KURAU DAN TAIPING
KEM SITE CHANGKAT JERING DAN BATU KURAU
TENTATIF KEM JATI DIRI DI CAMP SITE BATU KURAU PERAK -POLYTECH MARA KUALA LUMPUR
Hari Pertama
2.00 pm Dijangka sampai. Daftar diri di Kem dan check In chalet
2.30 pm Rehat-Solat Zohor
3.00 pm Taklimat aktiviti Kem Jati Diri
3.30 pm Orientasi Kem dan kawasan aktiviti
5.00 pm Sukan santai/tradisional
7.00 pm Solat Maghrib dan tazkirah ringkas
8.00 pm Makan malam
8.30 pm Solat Isyak
9.00 pm Modul 1-tugasan melukis logo kumpulan dan penerangan
12.00 Tidur
Hari ke-2
6.30 am Bagun, solat subuh
7.30 am Sarapan
8.00 am Aktiviti outdoor -1 Jungle tracking
10.00 Aktiviti outdoor -2 merempuh halangan
10.30 Rehat –minum pagi
11.00 Aktiviti team building 1
12.30 pm Makan tengahari-sembahyang zohor
2.30 pm Aktiviti team building 2
3.30 pm Aktiviti team building 3
4.30 pm Aktiviti Masak Medan-minum petang
5.00 pm Merentas sungai
6.00 pm Tugasan untuk malam kebudayaan
7.30 pm Solat maghrib
8.00 pm Majlis BBQ
8.30 pm Persembahan Malam Kebudayaan
12.00 pm Tidur
Hari ke -3
6.30 am Bagun, solat subuh
7.30 am Sarapan
8.00 am Aktiviti team building
10.00 Aktiviti outdoor –Jungle tracking
10.30 Rehat –minum pagi
11.00 Aktiviti mencari harta karun
12.30 pm Makan tengahari-sembahyang zohor
2.30 pm Penyampaian hadiah dan cenderahati
3.30 pm Majlis dijangka selesai
4.00 pm Bertolak balik ke KL
Disediakan Jurulatih bertauliah,pengawasan keselamatan yang maksima dan makan 6 kali pada hari ke-2.Kawasan kem yang berdekatan dengan sungai serta dusun buiah-buahan....
PENGURUS ..012-6316132 Yusry
TENTATIF KEM JATI DIRI DI CAMP SITE BATU KURAU PERAK -POLYTECH MARA KUALA LUMPUR
Hari Pertama
2.00 pm Dijangka sampai. Daftar diri di Kem dan check In chalet
2.30 pm Rehat-Solat Zohor
3.00 pm Taklimat aktiviti Kem Jati Diri
3.30 pm Orientasi Kem dan kawasan aktiviti
5.00 pm Sukan santai/tradisional
7.00 pm Solat Maghrib dan tazkirah ringkas
8.00 pm Makan malam
8.30 pm Solat Isyak
9.00 pm Modul 1-tugasan melukis logo kumpulan dan penerangan
12.00 Tidur
Hari ke-2
6.30 am Bagun, solat subuh
7.30 am Sarapan
8.00 am Aktiviti outdoor -1 Jungle tracking
10.00 Aktiviti outdoor -2 merempuh halangan
10.30 Rehat –minum pagi
11.00 Aktiviti team building 1
12.30 pm Makan tengahari-sembahyang zohor
2.30 pm Aktiviti team building 2
3.30 pm Aktiviti team building 3
4.30 pm Aktiviti Masak Medan-minum petang
5.00 pm Merentas sungai
6.00 pm Tugasan untuk malam kebudayaan
7.30 pm Solat maghrib
8.00 pm Majlis BBQ
8.30 pm Persembahan Malam Kebudayaan
12.00 pm Tidur
Hari ke -3
6.30 am Bagun, solat subuh
7.30 am Sarapan
8.00 am Aktiviti team building
10.00 Aktiviti outdoor –Jungle tracking
10.30 Rehat –minum pagi
11.00 Aktiviti mencari harta karun
12.30 pm Makan tengahari-sembahyang zohor
2.30 pm Penyampaian hadiah dan cenderahati
3.30 pm Majlis dijangka selesai
4.00 pm Bertolak balik ke KL
Disediakan Jurulatih bertauliah,pengawasan keselamatan yang maksima dan makan 6 kali pada hari ke-2.Kawasan kem yang berdekatan dengan sungai serta dusun buiah-buahan....
PENGURUS ..012-6316132 Yusry
Sabtu, 10 Mei 2014
BOT BARU BAGI MERANCAKKAN ECO PELANCONGAN
Terima kasih pada En Razali dan En Hisham yang sertai saya untuk membeli bot pelancong di Kuala Sepetang Taiping.Saya cuma sekadar nak tolong orang-orang melayu untuk sertai industri yang sedang rancak ini.
Setelah kami bermensyuarat penubuhan persatuan pelancongan,ada perkembangan positif bagi menggalakana kehadiran pelancong di sini.Sebelum ini saya terpaksa memanggil bot cina untuk sertai saya bawa pelajar yang ramai datang dengan bas.Sedikit maklumat tentang penubuhan persatuan ini:
KERAJAAN MALAYSIA
JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA
RESIT RASMI
ASAL
No. Resit : 01010014003313
Tarikh : 06/05/2014 01:37:46
Diterima daripada :
PERSATUAN PENGUSAHA PELANCONGAN KUALA SEPETANG
No. Daftar Pertubuhan : NSID-067-02052014
Alamat : 48, JALAN 4, TAMAN JANA SETIA 2, 34600 KAMUNTING, PERAK.
34600 TAIPING
PERAK
| MAKLUMAT JAWATANKUASA | |
| Pengerusi | MOHD JUSRI BIN MOHD YUSOFF |
| Timbalan Pengerusi | ELIAS BIN MAHUDIN |
| Setiausaha | KHAIRUL SALLEH BIN AHMAD |
| Penolong Setiausaha | ISHAK BIN HARUN |
| Bendahari | MUHAMMAD RAZALEE BIN MASID |
| Ahli Jawatankuasa 1 | ROSLAN BIN SHAARI |
| Ahli Jawatankuasa 2 | ROZIYATI BINTI MAT RALIV |
Khamis, 24 April 2014
PENGAMBARAN PROGRAM TV3 MEMILIH AKTIVITI DI KUALA SEPETANG
Sedikit petikan dari surat Penerbit Rancangan Sarapan TV3...
Memohon Kebenaran Penggambaran
Memandangkan Kuala Sepetang terkenal dengan budaya yang unik serta menjadi perhatian pelancong dari luar negara, Kami berhasrat untuk mengadakan penggambaran di kuala Sepetang. Ia juga dapat mempromosi Kuala Sepetang untuk tatapan semua penonton di Malaysia. Satu episod 30 minit akan dilakukan di sekitar negeri Kuala Sepetang dan Kuala Kangsar.
Memohon Kebenaran Penggambaran
Memandangkan Kuala Sepetang terkenal dengan budaya yang unik serta menjadi perhatian pelancong dari luar negara, Kami berhasrat untuk mengadakan penggambaran di kuala Sepetang. Ia juga dapat mempromosi Kuala Sepetang untuk tatapan semua penonton di Malaysia. Satu episod 30 minit akan dilakukan di sekitar negeri Kuala Sepetang dan Kuala Kangsar.
Seperti yang dinyatakan di atas, 'Sarapan' adalah
program ‘Travel Log’, akan mengetengahkan aktiviti pagi yang boleh dilakukan
sama ada selepas atau sebelum bersarapan. Rancangan Sarapan ini di keudara setiap Ahad, Jam 9 Pagi dan telah mancapai rating sebanyak
500 ribu penonton setiap episod.
Bagi pihak TV3, saya amat berharap agar pihak tuan/puan dapat memberi
kerjasama. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.
………………………………………….
Nurul
Najwa Binti Md.Isa
Production
Assistant
Primeworks
Studios Sdn Bhd
Ketika saya mendapat panggilan dari Najwa saya terkejut macam tak percaya pun ada,Tv3 nak datang shooting.Yang jadi masalahnya dia telifon hari Jumaat hari selasa dah nak datang,dengan surat kebenaran tak hantar lagi.
Saya nak susun aktiviti lagi,dah la cadangan yang saya bagi dia cakap dah cover.Last-last saya buat cerita dari awal angkat kerang hingga la selesai hantar kat kampung nelayan,baru dia setuju.Semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Saya sentiasa mengalu-ngalukan program yang mempromosikan tempat-tempat menarik di Perak ini.
Saya bersama Aisey Pengacara Sarapan
Krew yang terlibat dalam pengambaran
Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih pada:
Najwa -Production Assistant
Ain -Produser Assintant
Jabatan Hutan Perak
Perak Tourism
Mak Teh Me Udang Banjir
Ah Hui Taukeh Kerang
En.Ishak Harun Pembantu Guide
C.K dan Ah Leong-Botman
dan semua yang terlibat menjayakan pengmbaran ini
Langgan:
Catatan (Atom)
CARA BUAT PROPOSAL UNTUK MOHON DANA PEMBIAYAAN ATAU GERAN UNTUK AGENSI KERAJAAN Ingin saya kongsikan di sini beberapa tips berkaitan cara b...
-
Anak bakau untuk dijual di Kuala Sepetang, Perak JENIS BAKAU MINYAK DAN BAKAU KURAP Kuala Sepetang merupakan kawasan hutan paya laut yang ...
-
Kami menawarkan pakej lawatan sambal belajar ke Kuala Kangsar,Taiping,Kuala Sepetang,dan Lumut Perak. Terbuka kepada guru-guru , pelajar d...
-
Kami Kuala Sepetang Eco Tourism yang beroperasi di Kuala Sepetang yang mana menyediakan beberapa jenis anak benih pokok bakau unt...



