Catatan

PROGRAM LAWATAN IPTA KE KUALA SEPETANG USM DAN MSU

Imej
SELAMAT DATANG PELAJAR MSU DAN USM-18HB JAN 2015 Lawatan pembukaan tahun 2015 dengan aktiviti menarik menjadi pilihan pelajar dengan jadual siap saya atur dengan persetujuan Pensyarah USM Dr.Asyirah dengan aktiviti di sini. USM Pakej Alam Sekitar dan CSR 7.30 am Sarapan  8.00am Bot Kuala Sepetang ke Kuala Sangga Aktiviti nelayan 10.30 am Rehat Minum Pagi 11.00am Semai bakau 12.00pm Pusat Interpitasi Jabatan Hutan 12.30pm Makan Tengahari 1.00pm Rehat solat zohor 3.00 pm Kilang arang 4.30pm Minum petang 5.30pm Kuala Sepetang Haritage trail 7.30 pm Solat maghrib 7.45pm Melihat Kelip-kelip serta penerangan 9.30pm Mee Udang Banjir Kuala Sepetang HARI KE 2 AKTIVITI KEMASYARAKATAN KAMPUNG MENTERI 8.00am-Industri kerepek dan meruku Matang 9.00am-Industri Pembuatan Belacan 10.00am-Industri udang kering 10.30am-Mengopek kerang bersama penduduk kampung MSU 10.00am-Minumpagi 10.30am-Semai Benih Bakau 11.00am-Treking Hutan Bakau 11,30am-Pusat Pameran Interpitasi Bakau selesai berto...

LAWATAN ECO PELANCONGAN KUALA SEPETANG

Imej
          Kesibukan cuti sekolah penghujung tahun menyebabkan saya kesuntukan masa untuk update blog ini.Pembukaan tahun baru dengan lawatan Pasukan Hoki Remaja Uzbekistan ke Kuala Sepetang serta menikmati makanan popular disini Me Udang Banjir Mak Teh.Mereka amat teruja meniki bot river cruise sebab di negara mereka tiada aktiviti demikian.          Minggu berikutnya menerima tembahan dari MSU dan USM lawatan serta aktiviti khidmat sosial bersama penduduk Kampung Menteri Kuala Sepetang.

PROGRAM KOMUNITI DAN SOSIAL BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG

Imej
Syarikat kami yang boleh menganjurkan program alam sekitar dan kami juga menganjurkan proram khidmat masyarakat kepada pelbagai pihak seperti universiti tempatan, badan kerajaan & koperat.Baru-bari ini kami bersama team KLCC yang datang membuat khidmat masyarakat(CSR) bersama penduduk kampung sekitar Kuala Sepetang. Aktiviti termasuk mengopek kerang,gotong-royong,membuat amal jariah dengan menghulurkan sumbangan beras dan sumbangan cek kepada JKKK.

PROGRAM LAWATAN CUTI SEKOLAH

Imej
Menerima lawatan pelajar dari Sekolah kebangsaan,sekolah menengah dan IPTA bagi program lawatan sambil belajar dan program alam sekitar Hutan Paya Laut Matang Kuala Sepetang. Banyak rombongan datang selepas tamat peperiksaan dan kami terpaksa menambah staf bagi melancarkan program lawatan dan bersedia memberi penerangan  kepada tetamu yang datang.                 Kami telah mengatur jadual atau tentatif  lawatan telah pun melantik seoran Guide untuk membawa rombongan sepanjang lawatan berlangsung.Pakej yang disediakan termasuk:   -Makan dan minum -Penginapan -Tour Guide -Bot Pelancong -Dewan dan cafe -Sound System dan projector dan lain-lain                  Kami juga menerapkan nialai-nilai murni dalam penjagaan alam sekitar serta pendidikan dalam menghijaukan bumi.Banyak rombongan berpuas hati ...

LAWATAN SEKOLAH MENENGAH TAMBUN

Imej
0900 Muzium Sejarah Kota Ngah Ibrahim 1000 Taklimat dan beri tugasan 1030 Rehat Minum Pagi 1100 Trekking Hutan Eko Pendidikan 1200 Semai Benih Bakau 1230 Cari kerang dan lokan 01.30 Makan tengah hari 0230 Sembahyang zohor 0330 Lawatan Kilang Arang 0430 Minum Petang 0500 Kuala sepetang Haritage Trail 0600 Pembentangan tugasan 0700 Mee Udang Banjir Mak Teh 0730 Sembahyang Magrib-bertolak balik ke Ipoh

PERKHEMAHAN SMK PENGKALAN AUR TAIPING DI KUALA SEPETANG

Imej
Perkhemahan 3 hari 2 malam,penuh aktiviti alam sekitar Semai benih bakau Lawatan sambil belajar Kilang arang Treking hutan bakau Cari kerang Masak makan sendiri Team building Tapak warisan KTM Persembahan cintai alam semulajadi Memanah warisan Program motivasi Saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas komitmen semua pihak yang menjayakan perkhemahan ini yang berjalan dengan lancar.Perkhabaran positif dari guru dan pelajar yang semuanya amat berpuas hati dengan aktiviti dan jadual program yang di atur olah kami Kuala Sepetang Eco Track.Cikgu Kumar terus menempah untuk satu lagi trip untuk kelas pendidikan khas pada Oktober nanti. Jika berkesempatan kita berjumpa lagi.                                               Bergambar hari pendaftaran                                 ...

JAGUH JORAN RTM TVi SEPARUH AKHIR KE-3 KUALA SEPETANG

Imej
         Trip Jaguh Joran ini menempuh badai menjejaki mencari monster fish Laut Selat Melaka selama 2 hari 1 malam untuk memilih seorang peserta ke peringkat akhir.Kepercayaan yang di beri digunakan sepenuhnya agar memenuhi sasaran yang dicari. 4 peserta yang terpilih dari saringan sebelumnya terpaksa bertarung untuk muncul juara bagi melangkah ke peringkat akhir.Nizam Sabun,Yus Rimba,Jannatun dan Alif sama-sama handal dan berpengalaman dalam arena memancing berentap sesama sendiri untuk menentukan juara. Danny sebagai pengacara kadang-kadang kelakar apabila melatah ketika ikan yang di pegang masih hidup semasa pengambaran sedang berlansung. Pengambaran bermula di jeti yang agak usang dengan peserta perlu menyiapkan tugasan ikatan appolo yang mana pemenang mendapat imuniti untuk memilih tempat kedudukan di dalam bot Kakap Tua.Saya agak terperanjat dipilih secara spontan sebagai Mashall dan hakim sepanjang trip berlansung. Apabila semua selesai bot mula ber...