Pada 10hb Feb saya dapat panggilan dari tekong bot laut dalam,Ah Leong mempelawa saya agar jadi Chef pada group nak pi memancing laut dalam pada 16hb-17hb,sebab group ni semua 12 orang semua melayu.Perancangan awal memancing dengan bot Kakap Tua.
Pada sehari sebelum bertolak dia telefon saya,memaklumkan bot tu rosak semasa bawa pelancong tengok kelip-kelip.Dia suruh saya datang pada pukul 12 tengahari,sebab perlu tukar bot lain,group memancing dah tunggu dah tak sabar sangat nak memancing sebab datang dari jauh.
Kami bergerak dari Jety Kuala Sepetang dalam pukul 2.00 petang dengan bot kerang kepunyaan taukeh sangkar ikan kat tengah laut yang saya kenal dengan panggilan Ah Pong.Saya ditanya...:" wat apa Lu ikut ini olang'' Saya cakap.."saya jadi tukang masa ini hari.."...dalam hati masak-masak juga..pancing tetap pancing..
Dikesempatan yang ada... saya macam biasa,sambil meyelam minum air.. memasak sambil memancing ..mata tengok rod pancing sebalah dapur..sambil dibantu oleh 2 pekerja Myanmar , Yaa Aung dan Tibbo.
Ikan Merah menjadi buruan sebab dalam sangkar ikan banyak Ikan Merah.saya cuma memancing di tepi sangkar ikan saja,dapat naikan 5 ekor Ikan Merah..(bukan dalam sangkar).Satu penyalaman yang sukar dilupakan. Sekadar menggunakan umpan udang sahaja..macam tak percaya je la...

Sebelum tido pukul 12mlm seekor ikan merah dapat dinaiikan dan seekor lagi ikan merah belum sempat gulung mesin ikan tu bawa lari masuk bawah sangkar dan tersangkut.. cuma lawan tarik saja..last2..putus..mungkin tak ada rezeki..
tersedar dari tidur jam 5 pagi..terus bangun,memancing sorang-sorang..memang tak sangka,dapat tawan 3 ekor ikan merah lagi..walaupun seekor sempat lari bawah sangkar..saya angkat sangkar dan sangkut pada paku,terus sujud kat papan,sebab nampak ikan tu tersangkut kat bawah.. dengan tangan benam dalam air..terus tangkap kepala..sentap dan angkat naik...fuuhhh lega...
Itu pun setelah member datang tolong pegang rod..ketika bising tu..anjing menyalak dan group pancing sedar dan mereka bangun sambung memancing...lebuh kurang 10 minit dengar suara bising,rupa-rupanya ikan merah besar dapat dinaikan...sebab besar sikit dari saya punya..bila di campu hampir 20 ekor ikan merah semuanya.
Keesokan Pagi jam 1000 pg..lepas sarapan nasi goreng..saya masak mee segera..lepas sarapan ..nak pi angkat pancing...tiba-tiba ada seekor ikan merah lagi..sebagai penutup...untuk dibawa balik..pemancing lain agak kecewa sebab umpan dah habis..nak mancing dah tak boleh...Nak pi cari umpan pun tak boleh sebab bot tak ada..

dalam pukul 12 bot sampai untuk bawa kami balik ke pengkalan..
selepas ini jika saya bawa group memancing,bot saya sentiasa parking kat sangkar ikan tu..dan biar saya beli umpan lebih,daripada umpan tak cukup..saya juga akan bawa 1 lagi umpan tambahan iaitu umpon-umpon....selain dari ikan merah..dapat Ikan Gelama,Duri,Kitang dan Ikan Tuka
Ikan yang saya dapat semua saya terpaksa ambil,sebab taukeh cina tak pun bagi duit upah memasak untuk group ni makan..sekadar beri seratus ringgit..nak makan 12 orang ..3kali makan..mana nak cukup..so..ikan yang saya dapat masuk dalam tong.bawa balik rumah.
Kepada yang ingin turun boleh call saya untuk booking bot.
Memancing di kelong sangkar ikan..bukan memancing dalam sangkar ikan.
KOS lebih kurang rm190 ke rm200 untuk seorang
(sebab cina sangkar ikan nak baayaran tinggi)
Maxima 10 pemancing- bot fiber
beserta umpan,makan minum 3 kali dan tempat tidur 2H1M

Bot Kakap Tua pun boleh pergi memancing laut dalam 2H1M..
Kos Mahal sikit rm2500
Hp saya 012-631 6132..Yusry..kat Fb Mohd Jusri..ok..TQVM
MENGADAP LAUT
KELONG SANGKAR IKAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan