Isnin, 14 April 2014

PROGRAM ALAM SEKITAR UiTM SHAH ALAM

         Program yang diberi nama Damai Alam 11 yang mana siri 1 pernah dilaksanakan di Kukup Johor.Kali ini berlangsung di Kuala Sepetang Taiping Perak dengan aktiviti di susun atur oleh Kuala Sepetang Eco Track.Aktiviti yang melibatkan menyemai benih,menanam  bakau,menjelajah hutan bakau,lawatan ke kilang arang dan menaiki bot mencari kerang dan dolphin.
          Semua 82 peserta termasuk pensyarah dibahagikan dengan 3 kumpulan dengan pecahan 3 aktiviti dibantu oleh 3 Tour Guide,En Yusri,En Khairul dan En Razali.Pelajar sebenarnya teruja untuk menaiki bot memancing, melihat dolphin dan burung helang serta menyauk kerang.
 

          Semua aktiviti berjalan dengan lancar walaupun hanya kumpulan kedua trip naik bot yang berpeluang melihat Ikan Dolphin.Saya yang sudah biasa dengan aktiviti ini pun berpuas hati melihat mereka gembira sepanjang masa berbanding sebuah IPT dari Pantai Timur yang terencat disebabkan tiba lewat di lokasi disebabkan kerosakan bas.
          

Saya juga mengucapkan terima kasih pada urusetia program Dayana dan Athirah serta Pensyarah En Zarul,En Raiz dan Puan Liza yang sudi bersama-sama mengetuai program ini.Mereka juga sedia mengongsi ilmu dan pengalaman ketika bersama saya sepanjang program berlangsung.Segala teguran saya terima dengan hati terbuka.Sedikit komen dari mereka yang sempat saya coretkan disini serta cadangan yang boleh dipertimbangkan dari Dayana.

- Mereka lebih berdisiplin dengan menepati masa yang ditetapkan berbanding siri 1-Cik Dayana
-Semua berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini barlaku
-Kuala Sepetang Eco Track- mempunyai pakej yang unik dengan aktiviti yang menarik-En Raiz PPP
-Semuanya ok..tanpa sebarang masalah saya berpuas hati-En Zarul Pengetua
-Perlu tambah aktiviti merempuh halangan dalam lumpur-Cik Dayana Ketua Pelajar 
(Saya akan cari tempat yang sesuai sebab risiko tinggi ada ular bakau yang amat berbisa)

Kami sebenarnya amat mengalu-ngalukankan aktiviti tersebut sebab profil syarikat kami memberi keutamaan dalam menjaga alam sekitar dengan slogan "SAVE NATURE" demi menjaga persekiran yang mengekalkan kehijauan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PAKEJ LAWATAN KE SELANGOR

Selain dari lawatan ke Perak kami juga ,  menyediakan pakej lawatan ke Negeri Selangor meliputi :  -Pakej untuk program CSR (Syarikat atau N...